“Suami saya, Mohamad Nazri Ismail, menghembuskan nafas terakhir di hari yang mulia”.
Pelakon Kiah Propa berkongsi berita duka bahawa suaminya, Mohamad Nazri Ismail, meninggal dunia. Perkongsian tersebut dibuat menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil di laman Instagram miliknya.
Kiah kembali rujuk dengan Nazri Ismail pada 16 November lalu selepas lelaki itu disahkan menghidap kanser leher. Kiah dan Nazri pernah mendirikan rumah tangga pada 2011, namun berpisah selepas beberapa tahun melayari bahtera perkahwinan.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Ads
Walau diuji dengan dugaan paling getir, Kiah Propa tidak pernah berganjak walau seinci daripada sisi suaminya yang menderita kanser. Sepenuh jiwa dan raga, dia menjaga lelaki yang pernah bersamanya di waktu senang dan tawa, terlantar menanggung derita.
Setiap rawatan, setiap tangisan, dan setiap malam tanpa lena dilaluinya dengan tabah—hanya kerana satu: cinta yang tidak berbelah bahagi. Dalam setiap usapan dahi, setiap suapan makanan, dan setiap doa yang dibisikkan di telinga suaminya, terpancar kesetiaan seorang isteri yang tidak pernah luntur walau ajal semakin menghampiri.
Kiah bukan sekadar isteri, dia adalah penjaga setia hingga ke hela nafas terakhir insan tercinta.Al Fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Misya Mazlan bersuara saat difitnah, “saya tak cari populariti, sekarang pun kena block…
Selepas lama memilih untuk berdiam diri, akhirnya Misya Mazlan tampil membuka mulut berkenaan pelbagai spekulasi dan fitnah yang mula mengaitkan namanya di media sosial.
Dalam kenyataan jujur yang dikongsikan di threads sebentar tadi, isteri kepada Aslam ini bersuara dan mengakui dirinya bukanlah siapa-siapa. Hanyalah ibu kepada tiga orang anak dan juga seorang isteri.
Namun namanya mula menjadi ingatan ramai selepas suaminya, Aslam menikahi Marissa Dania Hakim, 20 tahun yang mana merupakan anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi di Songkhla, Thailand Disember dua tahun lalu di saat Misya mengerjakan umrah.
Hari ini, Umisya tampil memberikan penjelasan selepas namanya mula dipetik dua hari lalu oleh netizen berikutan komen dari Abby Abadi berkaitan isu minta maaf.
“Orang sebut-sebut nama saya dekat sini. Tiba-tiba ada satu komen suruh saya minta maaf dengan Umisya? Kenapa awak tak suruh Aslam tu minta maaf dekat saya atas apa yang berlaku? Aslam tu apa? Kayu ke? Kita diam jangan bagi berbunyi. Awak tu kita selotep mulut tu kang! Haaaaa 😆😾.
Berikutan hal ini, Umisya Mazlan tampil memberi penjelasan berkaitan isu di atas khusus selepas namanya turut terkait berkaitan isu perlu meminta maaf di antara Abby Abadi dan Aslam.
“Assalamualaikum semua, saya Umisya Mazlan, bukan sesiapa hanya orang biasa. Isteri dan ibu kepada 3 orang anak.
Pertama sekali terpanggil Misya, dengan secara tiba-tiba ramai mesej bertanyakan dan memberitahu hal yang Misya sendiri tak tahu. Malah, hal yang Misya sendiri sudah tidak berminat untuk berkongsi ataupun merespons di social media. Tapi disebabkan banyak sangat fitnah yang dikeluarkan, di sini Misya jelaskan kerana pelbagai spekulasi dan kata-kata yang kurang benar dari pelbagai pihak.
Misya tidak berminat untuk masuk campur hal-hal lain yang tidak berkaitan dengan Misya. Di sini, Misya hanya menegakkan tentang apa yang diperkatan tentang Misya yang jauh sekali tidak benar sahaja.
1) STATEMENT
Misya tidak tahu langsung tentang apa-apa statements yang dikeluarkan disebabkan Misya telah di block oleh ibu mertua suami saya dan pihak sana. Malah, Misya sendiri memang tidak berminat untuk masuk campur hal-hal lain yang tidak ada kena mengena dengan Misya.
2) MAAF
Misya ingin menegaskan yang Misya sama sekali tidak pernah mengeluarkan tentang “maaf” apatah lagi untuk mana2 pihak meminta maaf dekat Misya sendiri. Baik pihak yang bersalah ataupun pihak yang sama sekali tidak melakukan apa-apa salah.
Di sini, Misya tekankan Misya dah diblock oleh Puan Abby dan anaknya. Jadi Misya memang tak tahu dengan hal-hal yang berkaitan tentang mereka. Kecuali yang telah dikeluarkan oleh media atau dari netizen.
3) POPULARITI
Jauh sekali tentang populariti, siapa sangka ujian sebegini membawa Misya sampai ke sini. Kalau betul Misya menunggang populariti seperti yang dikatakan. Saya sama sekali akan membuat konten berpegangan tangan bersama madu saya, menjual produk bersama pihak sana dan sebagainya. Malah saya dan pihak sana membuat boundaries untuk ketenangan masing-masing. Hanya kami yang tahu tentang hal-hal yang terjadi.
Akhir sekali, Misya ingin meminta maaf untuk kesemua pihak jika ada tersilap kata atau sebaliknya.Sekali lagi, yang baik dari Allah SWT , yang tidak baik dari saya sendiri.
لاَ يُكَلِّفُ اللهَ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
“Allah does not require of any soul more than what it can afford.”
(2:286)
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Perceraian adalah pilihan terbaik untuk ibu dan ayah”– luahan anak Edika Yusof. Anak sulung kepada pelakon Edika Yusof dan isterinya Nor Hidayah, iaitu Fardeen Nasrulhaq yang kini berusia 21 tahun, mengakui bahawa keputusan ibu bapanya untuk bercerai merupakan langkah yang paling sesuai bagi mereka berdua.
Fardeen yang setia menemani ibunya ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin lalu menyatakan bahawa keputusan tersebut dilihat mampu mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh kedua-dua ibu bapanya.
“Selagi saya masih bernyawa, saya akan jaga ibu. Tak banyak yang saya boleh ucapkan, tapi pada pandangan saya, ini adalah jalan terbaik buat mereka berdua,” katanya tenang.
Menurut Fardeen, dirinya sudah terbiasa menjaga ibunya sejak kecil dan perkara itu bukanlah sesuatu yang asing buatnya.
Dalam prosiding yang berlangsung pada pagi Isnin, mahkamah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai yang difailkan oleh Nor Hidayah. Peguam syarie yang mewakili Nor Hidayah, Mohd Yazid Hazim daripada firma guaman Tetuan Yazid Azuhan Associates, turut memaklumkan bahawa pihak mahkamah memberikan keizinan kepada Edika untuk melafazkan cerai pada tarikh tersebut.
Edika dan Nor Hidayah telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2003 dan hasil perkahwinan selama lebih 20 tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Edika berusaha selamatkan perkahwinan 22 tahun, tapi jika isteri masih mahu cerai kita ikut apa dia nak. Hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pelakon Edika Yusof sekitar jam 10 pagi bagi menyelesaikan tuntutan cerai yang dibuat oleh isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47.
Mengakui masih cuba menyelamatkan perkahwinan yang terbina 22 tahun namun dirinya reda jika di pihak isteri masih mahukan perceraian.
Memetik video dikongsi Media Hiburan, jelasnya dia masih berusaha menyelamatkan perkahwinan yang dibina.Malah dirinya mengakui mahu memohon kerjasama pihak mahkamah untuk sesi kaunseling dan nasihat pakar.
Mendakwa isterinya menghidap meningitis iaitu jangkitan kuman ke otak sekali gus membabitkan kesihatan mentalnya, Edika turut berharap isterinya mendapatkan rawatan dan nasihat pakar.
“Kita serahkan kepada mahkamah untuk keputusan sebab apabila membabitkan isu mental, kita serahkan pada yang pakar. Kalau dia (isteri) tak okay juga, kita berikan apa yang dia nak (bercerai).
“Kalau orang dah minta cerai, kita tak nak teruskan, buang masa juga. Kita cuba untuk berbincang dan saya mahu minta kerjasama mahkamah dengan doktor pakar juga.
“Kita kena mengikuti kaunseling dulu sebelum putuskan apa masalah kita. Apapun, mungkin ada silap saya dan untuk itu, saya pun tidak menyalahkan sesiapa. Saya selalu minta berbincang tapi dia (isteri) yang tak nak,” katanya.
Kisah rumahtangga pasangan ini menjadi tumpuan kerana dilihat dirinya kekal setia menjaga isteri yang kurang upaya walau menyedari dirinya boleh mencari yang lain.
Pada 24 Mac lalu, peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkan wanita itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.
Menurut Mohd Yazid, mahkamah menetapkan tarikh hari ini sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama pada bulan lalu. Tidak diketahui sebab utama Nor Hidayah menuntut cerai, hari ini keduanya hadir di mahkamah untuk sebutan pertama kes mereka.
Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nasrulhaq yang dilihat menemani ibunya di mahkamah hari ini selain Fereena Nurulhaq.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini kisah ibu tunggal yang berjaya membesarkan anaknya. Ramai kenal Lamine Yamal sebagai 'wonderkid' Barcelona, tapi tak ramai tahu kisah wanita hebat di sebalik kejayaan luar biasa bintang muda ni.