
Duit Gaji
Untung sangat kalau dapat suami jenis bagi semua duit gaji pada isteri, langsung tidak pegang sebab serahkan hal kewangan kepada orang rumah.
Kes ini jarang-jarang berlaku tetapi memang ada, ya!
Sebenarnya tak salah pun tetapi yang jadi masalah kalau salah seorang rasa terbeban atau tak puas hati dalam diam. Kemudian ada pula yang jenis jadi batu api. Mula lah jadi kacau bilau rumah tangga yang dibina. Ini bahaya!
Seronok baca pengalaman suasana alam perkahwinan orang macam ini, memang 100% dia serah dekat bini untuk uruskan apa-apa hal.
Terbaca di ruang media sosial, ada sejumlah suami kadang dia sendiri tak ada duit pun diam sahaja tak meminta. Tengok isteri bagi duit pun dia terkejut, “nak buat apa duit ni?” Disoalnya semula sebab suami sudah biasa isteri uruskan semuanya termasuk bayar waktu makan.
Waaahh… bertuah! Ini golongan suami yang suka mewahkan isteri dan anak-anaknya dengan rezeki yang Allah beri dalam kehidupannya.
Terlalu sayang atau suaminya malas nak pening kepala fikir hal kewangan rumah tangga? Owh ya, tidak semua lelaki macam ini, ada yang hanya bagi nafkah untuk isteri dan hal lain dia selesaikan. Pun bagus, sekurang-kurangnya dia tetap ada tanggungjawab untuk hulur pada pasangan hidupnya yang banyak berkorban uruskan hal anak-anak.
BACA ARTIKEL: Isteri Yang Tak Ada Duit Gaji, Pendapatannya Patut Datang Dari Suami
Pssstt, kalau anda salah seorang golongan ini, pandai-pandai lah jaga suami. Risau juga sebab sekarang ramai perempuan suka ambil jalan pintas. Caras suami orang semata-mata nak cepat kaya. Alamaakk.. awas!
Apa pun kita doakan yang baik-baik buat ketua keluarga yang usaha keras mencari rezeki buat keluarga tersayang, semoga dimewahkan rezeki lagi untuk suami-suami yang tak pernah kenal erti penat untuk bahagiakan anak isteri.