Suami Sibuk Main Handphone, Sentulah Hati Isteri Dengan Kemesraan Aman Rumah Tangga. Setuju dengan nasihat yang diberikan oleh Pakar Motivasi terkenal negara Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah menerusi perkongsian di Facebooknya.

Saat suami melafazkan, “aku terima nikahnya…” isteri reda.  Alam rumahtangga merupakan satu ujian untuk suami dan isteri. Namun isteri tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri solehah.

Suami Sibuk Main Handphone

Wahai suami perlulah ingat isteri tak pernah mendoakan hal buruk untuk suaminya walau macamana pun perangai suami.

Perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini ternyata memberikan kebaikan buat pasangan suami isteri.

Suami Sibuk Main Handphone, Tolonglah Duduk Sebelah Isteri Belai Suburkan Ikatan Cinta

“Suami perlu ingat, isteri tak pernah mendoakan hal buruk untuk suaminya walau macamana pun perangai suami.

Isteri juga takkan pernah doakan suaminya ditimpa ujian berat walau saat itu seorang isteri sedang diuji berat dari segi hati dan mentalnya.

Isteri juga tak pernah minta suaminya dihukum oleh Tuhan biarpun dosa yang telah disaksikannya tak boleh diterima akal.

Dia sabar.

IKLAN

Yang dia minta, Allah beri suaminya hidayah. Buka pintu hati dan berubah demi masa depan keluarga.

Dia sabar.

Kerana harapannya besar. Dia tahu dia sedang berusaha menyelamatkan syurga yang kalian cipta saat dia mendengar lafaz suami berkata, “aku terima nikahnya…”

Maka, para suami. Dengarlah rintih dan kasih sayang seorang isteri. Saat kalian penat dan sudah mulai bosan dalam rumahtangga, janganlah terus menerus lukakan hatinya.

Galilah semula keindahan berumahtangga. Ingat semula tanggungjawab dan keseronokkan awal percintaan dahulu.

Ingat semua momen-momen manis

Malam ini, sebelum tidur, janganlah sibuk dengan handphone dan game sahaja. Semua itu tolak tepi. Duduk sebelah isteri dan belainya perlahan-lahan.

IKLAN

Belaian itu bukan sahaja untuk melembutkan hati isteri namun sentuhan mesra itulah yang akan menambah rezeki buat suami selepas ini.

Mula terus hari ini.

Cipta semula keharmonian. Suburkan ikatan mesra. Berdamailah dengan cinta dan kasih sayang.

Percayalah apa yang kalian cuba lakukan hari ini akan menentukan kebahagiaan kalian untuk 5,10 tahun bahkan sepanjang hidup berumahtangga.

Semoga semakin ramai pasangan di luar sana menemui kebahagiaan dan kecintaan sejati. Tok Abah sentiasa berdoa,” pesan Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah.

IKLAN

Suami Sibuk Main Handphone, Tolonglah Duduk Sebelah Isteri Belai Suburkan Ikatan Cinta

Baca Sini : Video Tik Tok Ain Edruce ‘Meletup’ Guna Wajah Suami & Anak, Akui Mereka Punca RezekiBaca Sini : Trend Suami Isteri Tunjuk Romantis, Aksi Manja & Eksklusif TAK PAYAHLAH NAK VIRALKAN

“Sempat Muat Naik Status WhatsApp.’ Kereta Hilang Kawalan, Suami Isteri Terkorban

Mingguan Wanita : Sentisa doakan yang terbaik.

Sumber : Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI