Suami Jangan Ingat, Lepas Isteri Bersalin Bagi Mak Atau Mentua Jaga

Haa.. sebab masa inilah suami nak balas jasa isteri mengandung 9 bulan dan bertarung nyawa dalam bilik bersalin. Jangan bila dah selamat keluar bayi itu, suami pun lepas tangan terus ke mak, mak mentua atau bibik jaga.

Itulah pesan suami ini, Ariff Ismail yang berkongsi tip macam mana dia dengan senang hati amalkan 5 tip jaga isteri berpantang bersalin.

Sayangnya, ada segelintir suami sebaik isteri bersalin beralasan tak tahu nak jaga isteri dalam pantang. Bila mak atau mentua masih sihat, bolehlah lagi bantu dan beri tunjuk ajar. Tapi kalau sudah uzur dan suami lepas tangan, bayangkan macam mana emosi isteri itu.

 

Suami Jangan Ingat, Lepas Isteri Bersalin Bagi Mak Atau Mentua Jaga

5 Tip Suami Mantain Cool Jaga Isteri Lepas Bersalin

“Kisah ni adalah pengalaman saya dari kisah kehidupan yang lalu sebagai seorang suami dan bapak kepada Affan Dzikri.”

1. Masakkan Makanan Pantang Isteri

Jangan bagi alasan “aku tak pandai masak bro“.

Kau main PS4, Mobile Legend, PUBG terus pandai ke brother.
Kena tahu tak semua sayur dan ikan atau sewaktu dengannya isteri boleh makan lepas bersalin. Kena elakkan sayur yang boleh bagi angin dan sejuk, badan isteri tengah lemah lepas beranak.

Antara sayur yang senang korang nak masak adalah sawi dan lobak putih (ni boleh tolong tambah susu badan).

Lagi satu lepas bersalin tak boleh makan ikan yang gatal or boleh mendatang kan alergik. Luka kat dalam bro mana kita nampak. Pilihan ikan yang terbaik adalah salmon dan ikan selar (tak tahu sila google).

Masakan bersalin kena banyakkan halia dan bawang putih. Bagi badan panas sikit. Jangan kau bagi minum ais pulak sebab nak bagi sejuk.

Rebus kan kurma cina dan longan kering dan ada satu tu merah kecik kecik tak ingat lah pulak nama (boleh beli kat kedai ubat cina) letak gula batu bagi isteri minum untuk tambah tenaga dan susu badan.

 

Suami Jangan Ingat, Lepas Isteri Bersalin Bagi Mak Atau Mentua Jaga

2. Belajar Mandikan, Siapkan Isteri Dan Anak

Ni benda paling penting para suami mithali, kau kena mandikan isteri dan mandikan baby, kena belajar cara nak mandikan baby sebab baby sangat fragile masa di awal kelahiran.

Air tak boleh panas dan sejuk sangat. Kena rasa pakai siku korang kepanasan air untuk mandikan baby.

Masa isteri dalam pantang tak boleh pakai baju ketat ketat, kena pakaian longgar dan selesa. Rambut isteri kena tolong sikat dan ikat kemas. Kena letak pilis ( betul rasanya bahasa ni ) atas dahi bini, ni tak reti buat boleh beli kat kedai jamu.

If anak lelaki korang kena tuam bebird beliau supaya tak kena angin pasang (ni pon ada jual). Isteri pun korang kena tungku kan. Tak pandai sila bayar service tukang urut pantang, boleh google je sekarang.

3. Tanam Uri Tu Part Paling Best

Part ni paling best, sapa mabuk darah boleh pengsan (kalau beranak kat private hospital diorang dah tolong basuh kan). Korang kena cuci bersih uri tu dengan air dan garam kasar serta limau supaya hilang bau (ada yang guna asam jawa) jangan lupa selawat sambil basuh.

Lepas siap basuh semua tu tanam kat tempat yang sesuai dan kedalaman yang sesuai. Pastikan uri tu ditanam sempurna dan tak da haiwan yang korek.

Jangan korang kurafat pulak letak pen la pensel la apa la sebab konon konon nanti anak jadi cerdik. Boleh tengok kat utube gak cara nak basuh dan tanam uri baby.

 

Suami Jangan Ingat, Lepas Isteri Bersalin Bagi Mak Atau Mentua Jaga

4. Jaga Anak Tengah Malam

Bapa bapa sekalian tolong kesian kan isteri, lepas bersalin isteri tak ada tenaga, kita lah yang kena jaga malam malam. Tidur dengan anak jangan biarkan isteri pulak yang tidur dengan anak (alasan senang nak bagi susu).

Kesian isteri brother, mengandung dah 9 bulan, beranak lagi sabung nyawa lepas tu kau biar dia yang handle anak. Tak susah pon jaga baby malam malam, buat susu dan tukar lampin. Kalau susu badan masa dia nak susu tu baru hantar kat isteri.

Bagi isteri ruang rehat secukup nya.

Anak kalau menangis biasa nya ada 3 sebab; lampin basah, lapar atau kembung perut. Kena ada ilmu buat susu dan tukar lampin serta cara nak bersihkan baby after tukar lampin. Ilmu perut baby kembung pun kena belajar. Sentiasa kena ada minyak yuyi cap limau.

5. Aturlah Jadual Kerja

Setiap suami mesti ada kerja hakiki (aku dulu ada advantage sebab kerja sendiri tapi bukan alasan tak buat kerja). Kena susun atur jadual kerja kita sebab dah ada tangungjawab baru.

Kena pastikan sebelum keluar kerja, dah mandikan isteri, mandikan baby, bagi susu dan sediakan makanan untuk isteri. Make sure ada orang teman isteri jangan biarkan isteri sorang sorang.

Ini antara tips yang ada, nanti next posting saya akan share cara nak masak makanan pantang.

Sumber/Foto : Ariff Ismail, #isgteam, #doublebrothers

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.


Jangan Lupa Komen

komen