
Isi Kandungan
ToggleMasa bercinta bukan main lagi tunjuk keprihatinannya. Tup..tup..bila kahwin, sikap yang ditonjolkan sebelum ini terus hilang.
Menyesal dah tak guna, dia sudah menjadi suami dan pastinya anda jadi tanggungjawab dia. Bukan sahaja perangai tetapi berat tulangnya juga jelas terpancar. Anda harapkan bila sudah berkahwin, sama-samlah membantu dalam membuat kerja rumah tangga. Tapi, semuanya diserahkan pada isteri. Kononnya kita nie perempuan dan isteri.

Nak tak nak, terpaksalah hadap semua ini. Walau bagaimanapun, usah mengeluh, mungkin dari sisi itu anda nampak keburukannya. Tetapi, bila difikirkan balik, ada kebaikan yang tersembunyi yang suami anda lakukan. jom kita tengok, mungkin inilah sisi hebat suami anda yang anda tidak tahu.
Bercakap Dengan Elok
- Bila berkahwin, maknanya suami anda tidak hidup sendirian. Dia pun ingin tahu pendapat isteri dia. Sebab itulah dia bercakap elok dengan anda, buat lawak hinggakan kadang-kadang anda berdua tidak tahu bila masa anda berdua diam.
Sentiasa Dengan Isteri
- Bila berada dengan kita, hati dia senang. Cuba perhatikan bila anda hilang dari pandangan mata dia. Mesti dia akan tanya berkali-kali. Jadi, tiap kali suami dengan anda, dia tidak mahu masa terbuang begitu saja. Jika anda kemas rumah dan dia hanya memerhatikan pun dah kira cukup baik. Ini belum lagi termasuk tengok televisyen bersama.
Ada Saja Lawak
- Kalau duduk dengan dia, ada sahaja cerita yang lawak dan boleh tarik perhatian anda. Sementelah bila anda rasa sedih, dia tahu bagaimana nak kembalikan mood anda itu.
Selalu Bagi Sokongan
- Sudah dan senang dengan anda sahaja. Suami yang baik adalah suami yang sentiasa buat anda ras bahagia.
Suami Yang Setia
- Pantang tengok wanita cantik mulalah mata menjeling. Tapi suami yang hebat hanya sekadar kagum sahaja sebab dalam hati dia hanya anda yang terbaik untuk dia.
Tahu Kesalahan
- Tidak semua ketua keluarga ini betul, Ada masanya, dia membuat salah dan kesalahan yang dia lakukan diakui dengan betul dan janjinya tidak akan ulangi lagi. Itulah yang anda harapkan pada suami kan.
Jaga Dan Ambil Berat
- Dia sentiasa pastikan keselamatan dan kesihatan anda sekeluarga. Bila kerja di luar kawasan, pesanan supaya pintu rumah terkunci, tanya khabar, beritahu sudah sampai dan sebagainya. Inilah keutamaan dia untuk anda dan anak-anak.
Kadang-kadang bila suami lakukan perkara ini sudah cukup membuatkan dia suami yang hebat. Jadi hargailah suami anda. Dialah yang terbaik untuk anda
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Usia 3 Tahun Kenal Dadah Dari Ibunya, Hakikat Yang Pegawai AADK Hadapi Ini Pedih Untuk Dihadam

Isi Kandungan
ToggleApabila pihak polis berjaya memberkas perbuatan kejam anak-anak remaja yang membakar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sehingga mengorbankan 23 nyawa, Tragedi ini seakan satu tamparan buat negara. Ramai tergugah dengan penemuan demi penemuan yang memilukan dan menyesakkan jiwa.
Salah satu perkara yang membawa pada sifat ganas ini adalah anasir yang telah lama wujud dalam kalangan kita; rokok dan dadah. Sukar sekali mahu membanterasnya. Bertahun-tahun.. bermacam-macam cara.. ia tetap ada.
Malah sehingga artikel ini diketuk, pasti masih ada yang berhadapan dengan kemelut dadah ini. Apa solusi mak ayah untuk tidak membenarkan, menghalang anasir jahat ini singgah ke pintu rumah anda.. masuk ke jiwa anak anda.
Realiti pedih sebeginilah yang dihadapi Puan Nadia Hazmi, Pegawai Anti Dadah di AADK Daerah Kuching, Sarawak. Tiga keping gambar berbicara dengan perjalanan cerita yang menyeksakan jiwa. Anda baca dan tafsirkan sendiri.
Dan andai ada dari kalangan insan yang anda kenali terjebak dengan najis dadah, jangan pinggirkan mereka. Bawalah mereka ke tempat pemulihan yang boleh membantu mengembalikan kembali hidup normal penagih.
Realiti Pedih Si Kain Putih
Dipakaikan kemeja kotak-kotak, dipakaikan T-shirt belang. Ibu bapakah yang memilih warnanya? Salah guru / sistem pendidikankah yang mengarah baju itu ditukar seragam sekolah lalu menukar warna peribadi si anak? Atau salah agensi yang lemah mentadbir penguatkuasaannya. Atau nak salahkan Najib juga.. Gambar di bawah ini ada ceritanya.
Tugas kami dalam pemulihan dadah ni tak sama seperti pejabat-pejabat yang lain, apa yang disantuni saban hari tak seperti yang dihadapi yg lain. Insan-insan yang melangkah masuk melapor diri bukanlah orang ‘biasa’ untuk perhatian yang biasa-biasa. Siapa yang kami santuni adalah realiti tenatnya masyarakat kini yang jarang tampak di mata awam. Apa yang Kak Nad nak kongsi hari ni, tentang REALITI YANG PEDIH.
Kisah Gambar 1: Ibu Mohon Anak Remajanya Berubah
Remaja ini ditahan kerana aduan dari keluarganya sendiri kerana tidak tahan melihat keadaan si anak. Kesan penagihan yang tidak dapat lagi dikawal. Hadir ibu dan bapanya yang kami yakin dari kategori orang yang baik-baik.
Jelas kelihatan di gambar, ada dua tangan yang menggenggam erat tangan si anak. Itu adalah tangan ibu dan bapanya yang bercucuran air mata merayu pada anak mohon anak berubah.. berhenti menagih. Air mata ibulah yang paling banyak tumpah di sini.
Salah ibukah yang melahirkan dia? Tanya diri..
Kisah Gambar 2: ‘Mak Makan Dadah’
Lihat senyuman anak kecil ini, senyuman paling naif, polos dan suci. Dia tidak mengetahui apa-apa sedangkan ibunya sedang ditahan untuk siasatan, untuk menjalani pemulihan.
Bila Kak Nad soal si kecil ini, mak mana? ‘Mak makan dadah’ Sambil masukkan gula-gula dalam poket bajunya. Allah sahaja yang tahu koyaknya hati ni mendengarnya.
Seusia anak sendiri, 3 tahun. Si kecil ini sudah mampu bicara ‘dadah’. Kata si ibu, si kecil ini jugalah yang kerap merayunya dengan kata-kata.. “Mak, Janganlah makan dadah lagi..” Tapi, apa ibu peduli?
Lihat senyuman ini, tahukah anda anak ini baru sahaja lepas menangis sehabis hati selepas ditampar kuat neneknya di pipi hanya kerana membuat bising di pejabat ini.
Kak Nad bawa masuk ke bilik dan pujuk dengan gula-gula. ‘Ini sahaja yang termampu nak.. tenangkan jiwamu..’ sambil hati menangis mengenang nasibmu.
Salah anak inikah dilahir ke dunia? Baru lihat senyumannya hati mampu cair, belum lagi ditenung mata sifar dosanya. Apa andaian anda yang bakal terjadi padanya membesar seperti itu, dengan ibu itu. Dalam keadaan itu.. nauzubilahuminzalik.. Moga Allah lindungi dia.

Kisah Gambar 3: ‘Kak.. Dadah Ni la Yang Ayah Saya Makan’
Sewaktu pameran di sebuah kampung, selesai ceramah untuk orang awam datang si kecil ni.. 5 tahun, pra sekolah katanya. Datang pada Kak Nad, “Kak.. dadah tok lah dimakan bapak kamek” (bahasa Sarawak) “Kak, dadah ni la yang ayah saya makan”.
Ada kat rumah, sambil tunjuk gambar dadah dan jarum suntikan dari brosur yang diambil dari pameran kami.. Allah.. 5 tahun usianya sudah kenal dan lihat dengan mata sendiri dadah keji itu.
Kak Nad tanya apa yang adik buat dengan barang-barang ni kalau jumpa. “saya ambil bawa main dengan kawan, suntik kat ikan, tanam dalam tanah”..
Lemah Lutut Lemah Jiwa Mendengarnya..
Ini realiti dan hakikat anak kita, generasi kita. Kita hanya diam. Menang di papan kunci. Hanya menunding jari. Salah dia salah ibubapa, salah guru, salah agensi salah menteri. Tapi apa salah kita? Sebenarnya salah siapa?
Perangi Dadah Habis-Habisan
Pencegahan dadah bermula di RUMAH. RUMAH. RUMAH.
Sumber/Foto: FB Nadia Hazmi – Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Lelaki Tak Bekerja Banyak Masalah Timbul, Suami Jangan Buat Isteri Tersepit

Isi Kandungan
ToggleSudah tentu bila seorang lelaki tak bekerja banyak masalah akan timbul, suami jangan buat isteri tersepit terpaksa menanggung keluarga dan suami itu juga.
Ternyata ramai yang terkesan dengan pandemik hingga hilang kerja, namun ia bukanlah alasan untuk ayah-ayah menyerah kalah untuk mencari rezeki.
Sebenarnya selain berusaha mencari kerja, lelaki juga jangan memilih dan rajin apabila mendapat pekerjaan baru apatah lelaki dalam keadaan sekarang.
Jangan pula mengambil kesempatan hingga membebankan isteri, buat dia rasa tersepit kerana pengabaian seorang suami.
Bila Lelaki Tak Bekerja
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar, dua, tiga hari ini banyak betul terima mesej daripada isteri yang mengadu tentang suami yang tidak bekerja. Pagi tadi saya bangun tidur, tengok dah ada 1 mesej panjang dekat messenger.
Pun hal yang sama, tentang suami tak bekerja. Atau pun kerap tukar kerja. Tak sampai 1,2 bulan di tempat kerja, berhenti. Cari kerja lain punyalah susah nak dapat.
Lepas dapat kerja lain, berhenti lagi.
Bila tanya dia apa punca dia berhenti. Macam-macam jawapan. Tak sesuai dengan bos, kawan-kawan tak bagus, tempat kerja jauh, penat kena buat kerja macam-macam dan tak kurang ada yang kata tak layak kerja tu. Padahal syarikat dah terima. Sendiri pula rasa tak layak.
Banyak Masalah Timbul
Dalam kes begini ada dua keadaan pula yang saya terima.
Pertama, memang suami jenis kerap tukar kerja. Bila sampai masa tak ada kerja, rajin pula pergi keluar minum jumpa kawan-kawan. Lepaskan tekanan katanya.
Jumpa berjam-jam. Siang keluar, malam pun keluar. Mana dapat duit? Mestilah minta dekat isteri. Bala.
Kerja tidak, minta pula dekat isteri hari-hari.
Kedua, sudahlah kerja pun tak ada, sibuk nak kahwin lagi.
Ini pun banyak. Serius banyak. Pendapatan tak ada, keluarga yang sedia ada ini pun tak terjaga betul.
Baca Juga Di Sini:
Isteri TIDAK BEKERJA Bukanlah Tidak Mampu Membantu Keluarga Tapi Itu Adalah Tanggungjawab Suami
Berusaha Beri Duit Belanja Kepada Keluarga, Itu Tanggungjawab Suami!
Nak Ubah Suami, Isteri Tak Perlu Berleter, Dia Berubah Bila Ingat Tentang Tanggungjawab!
Walaupun Isteri ‘Gaji Besar’, Tanggungjawab Sara Keluarga TETAP Di Bahu Suami, Usah Pertikaikan!
Suami Tolong Buat Kerja Rumah Bukan Sebab ‘TAKUT BINI’ Tapi Kongsi Rasa Tanggungjawab
Masalah Bertambah-Tambah
Duduk rumah sewa dengan adik ipar. Jadi semua bergantung ke adik ipar. Ada isteri yang terpaksa ambil keputusan hantar anak balik kampung, sebab tak ada kemampuan nak hidup sama dengan bandar. Belanja tinggi.
“Tapi puan hantarlah duit ke mak dekat kampung untuk anak-anak?” Saya tanya.
“Tak juga. Kadang-kadang kalau ada lebih. Saya tahu saya salah buat macam tu. Kesian ke mak saya. Tapi saya tak ada duit lebih. Suami memang tak ada duit. Tak bekerja langsung dah 4,5 bulan,” jawab dia.
Suami Jangan Buat Isteri Tersepit
Tak kira keadaan pertama atau kedua, dua-dua keadaan ini menyebabkan isteri tersepit. Tekanan. Antara nak terus bagi semangat ke suami atau nak minta dilepaskan.
Bila tak ada duit, banyaklah masalah timbul. Lagi teruk minta duit dekat isteri, isteri tak bagi, dimarahnya pula.
Bukan kejap kejap. Berlarutan 3 hingga 4 tahun usia perkahwinan. Itu yang saya kata isteri begini tersepit. Akhirnya kemurungan.
Jadilah Lelaki Bertanggungjawab
Kawan-kawan sekalian,
Yang lelaki. Bila kau fikir nak berumah tangga, itu adalah saat untuk kita lebih bertanggungjawab. Membina rumah tangga kau bersama-sama.
Bukan sebagai jalan untuk kau jadi raja dalam rumah. Duduk tanpa kerja. Harap ke duit isteri untuk selesaikan banyak urusan diri kau dan rumah kau.
Satu hal lagi, yang sibuk nak kahwin lagi tapi tak ada kerja ni. Kau dah kenapa bang? Tambah sumber pendapatan dengan tambah isteri, macam tu? Ya ampun.
Kalau betul pun kau tak ada kerja, carilah apa sahaja pun kerja yang kau boleh buat. Sekali pun kau terpaksa bekerja jadi tukang sapu. Asalkan kerja halal.
Jangan Memilih Kerja
Kata kunci dia, janganlah memilih kerja. Fikirkan yang lebih utama. Apakah keselesaan kita bekerja atau hakikat nak menanggung keluarga itu yang lebih dulu kita kena hadap?
Mestilah tanggungan keluarga kita dulu. Lagi-lagi kalau sudah ada anak. Semua nak kena suap makan. Belum cerita soal pakaian dan sekolah lagi.
Berusahalah wahai lelaki, wahai suami. Tak bekerja ini kau bukan seksa kewangan kau, tapi kau seksa juga emosi dan perasaan isteri.
Sampai satu masa, kau balik yang marah-marah ke isteri kau.
Ingatlah, tak selesai urusan kau sebagai suami dekat dunia ni, bermakna tak selesai juga urusan akhirat kau nanti.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Berusahalah kita semua.
Mingguan Wanita : Sudah menjadi fitrah, suami keluar bekerja dan mencari rezeki. Namun jika disebabkan sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan suami terpaksa duduk di rumah. Apakan daya. Tetapi jangan pula ambil kesempatan.

Sumber : Ustaz Firdaus Mokhtar
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Mingguan Wanita juga boleh diikuti di
YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita
Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ipar-Duai Boleh Jadi Punca Hubungan Suami Isteri Bergolak, Sila Waspada!

Isi Kandungan
ToggleIpar adalah adik-beradik kepada pasangan kita. Berbanding lelaki, biasanya wanita yang sering kali menghadapi masalah dengan ipar-duai. Tak semua, TAPI ADA! Banyak penyebabnya hingga hubungan antara ipar-duai itu dingin.
Bukan Sekadar Penyatuan Dua Hati
Perkahwinan bukan saja penyatuan dua jiwa antara kita dengan pasangan saja, malah ia membawa kepada maksud lebih meluas terutama berkaitan keluarga kedua-dua pihak.
Membina hubungan yang baik dengan keluarga mentua itu tidak hanya tertumpu kepada mak dan bapa mentua saja malah ia perlu dilakukan bersama ipar-duai, biras, sepupu dan ahli keluarga yang lain.
Jangan Remehkan Hubungan Dengan Ipar-Duai
Menjalinkan hubungan baik dengan ipar-duai tidak boleh dianggap perkara remeh kerana tanpa sedar pelbagai masalah boleh terjadi sekiranya hubungan dengan ipar-duai tidak dilakukan seikhlas hati.
Tak dinafikan, mungkin akan sering kali terjadi kita bercanggah pendapat dengan ipar-duai kita namun ia perlu ditangani dengan baik. Jangan hingga berbalah sehingga saling tak bertegur sapa. Itu hanya akan memburukkan perhubungan.
Baca juga di sini:
Ada Cara Suami Isteri Cipta Privasi Bila Ipar Tinggal Sebumbung
Jangan Sebab Ipar Duai Tak Suka, Kita Bercerai Dengan Pasangan!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Hubungan Dengan Ipar, Bermula Diri Sendiri
Sebagai orang yang baru masuk ke dalam sesebuah keluarga, sebenarnya kita sendiri kena main peranan untuk ambil hati keluarga pasangan. Bukan saja mak ayah tapi juga ipar-duai.
Berbanding ipar-duai lelaki, biasanya jarang mengalami masalah ini, berbanding wanita. Entah kenapa, mungkin wanita ni kaya dengan emosi kot. Apa pun, buang rasa malu atau ego dan cuba wujudkan kemesraan dengan ikhlas.
Walau pun sudah lama berkahwin, jangan berhenti untuk memberikan imej baik kepada ipar-duai. Sebenarnya banyak faedah bila baik dengan ipar-duai yang merupakan adik-beradik suami.
Jadi Pendamai
Tak nafikan, ada wanita yang kurang rapat dengan mentua atas macam-macam sebab. Namun, kehadiran ipar-duai (anaknya) boleh membantu mengharmonikan hubungan itu.
Jika kita baik dengan mereka, sudah pastinya mereka akan sentiasa menyebut hal-hal yang baik saja tentang diri kita di hadapan mak dan ayahnya. Bahkan, ada masanya akan ‘backing’ kita juga kalau ada masalah dengan abang/adiknya yang merupakan suami kita. Mereka ini boleh dijadikan ‘team’ kita bila ada masalah dengan pasangan. Betul kan?
Ambil Hati Ipar-Duai
Banyak cara nak ambil hati ipar-duai, bukan sekadar belikan hadiah mahal-mahal saja ye. Tanya khabar pun dah cukup menunjukkan kita menganggap mereka itu antara orang penting dalam hidup kita.
Kalau mampu, hadiah boleh dijadikan sebagai ‘pemanis’ hubungan. Sesekali, mungkin ketika hari jadinya, boleh belikan hadiah untuknya.
Atau boleh masak hidangan yang disukainya bila dia datang ke rumah kita. Itu bermakna kita prihatin pada dirinya. Ada masanya kalau lapang, boleh juga keluar bersama. Ia boleh bantu eratkan hubungan.

Kalau mereka ada masalah, jangan lokek hulurkan bantuan. Tak boleh bagi duit, pendapat dan sokongan pun dah memadai…
Jangan jadi kaki sibuk
Ini paling penting. Sebagai ipar, jangan sesekali mencampuri urusan rumah tangga ipar-duai. Jangan juga mencuba untuk memberi nasihat jika tidak diminta kerana ia mungkin boleh memburukkan keadaan. Langkah terbaik ialah hindarkan diri daripada masalah.
Jangan Terlalu Percaya
Berhati-hati bukanlah bermaksud langsung tidak boleh percaya tetapi dalam apa juga perkara perlu ada batasnya terutama sekiranya ia membabitkan soal peribadi kita suami isteri. Jaga rahsia keluarga anda sebaiknya khususnya yang membabitkan soal maruah diri. Kadangkala kita kena ‘simpan’ sikit kisah rumah tangga kita kerana kita kena sedar hati manusia boleh berubah. Tengah baik okay, tapi kalau satu hari nanti hubungan tak berapa baik, macam mana?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI