Wanita yang sedang mengandung sangatlah digalakkan mengambil makanan yang berkhasiat untuk kesihatan diri dan bayi didalam kandungan. Penting memilih jenis makananan yang sesuai diambil pada waktu ini, kerana ia mampu memberi kesan postif pada perkembangan bayi setelah dilahirkan nanti.

Perkongsian daripada Mohd Farhan Zakaria ini mungkin boleh dijadikan panduan dan rujukan buat wanita yang sedang hamil.

Makanan Wajib Sepanjang Isteri Saya Mengandung

Sepanjang isteri saya mengandung, saya dah tetapkan makanan tambahan yang wajib dia habiskan dalam masa 1 minggu. Biasanya saya akan beli makanan ni pada setiap hari Jumaat. Tak susah sebenarnya nak cari makanan ni. Boleh cari di masjid atau di supermarket.

Setiap minggu saya akan habiskan sekitar Rm30-40 untuk beli kesemua makanan ni. Saya selalu cakap pada wife,

“Sayang kena habiskan semua ni dalam masa 1 minggu, kesian baby kalau tak habis kan” .

Tips dan teknik ni saya dapat dari abang dan kakak ipar saya. Kesannya adalah saya tengok pada anak-anak dan kakak ipar. Anak anak nampak cerdik dan mudah belajar. Kakak ipar plak nampak macam bukan orang mengandung. Steady je.haha

Jadi apa salahnya saya kongsikan antara 5 makanan yang saya beli dan khasiatnya sekali.

1. Kurma

Kurma mengandung glukosa yang sangat banyak dan baik untuk tubuh. Kandungan glukosa inilah yang memberikan tenaga pada tubuh. Kurma dapat meningkatkan dan menambah tenaga dalam tubuh terutama untuk ibu hamil untuk melakukan aktiviti harian.

Ads

2. Kismis

Buah kismis dapat meningkatkan kesihatan mata kepada baby. Kismis juga kaya dengan kalsium yang boleh mendukung perkembangan tulang baby.

3. Buah Tin

Untuk menghilangkan “Morning Sickness” pada si ibu, buah tin ini sangat membantu. Buah tin ini mengandungi vitamin B6 yang sangat tinggi.

4. Kacang Cerdik

Apa yang saya tahu, kacang cerdik ni sangat penting untuk awal kehamilan . Kacang cerdik ini dapat membantu pembesaran janin yang sihat dan otak anak akan menjadi cergas dan cerdas. Sapa tak mau anak yang bijak kan! hehe

5. Buat Aprikot

Aprikot adalah buah yang sedap dan mengandungi vitamin A, C, E, Kalsium ,Zat Besi dan Kalium.Aprikot adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, yaitu zat yang sangat penting untuk mencegah anemia. Tapi jangan terlalu banyak. Cukup 2- 4 biji sehari dan seminggu 3 kali sahaja.

Ads

Suami Ini Kongsi Khasiat Makanan Tambahan Isteri WAJIB Ambil Sewaktu Mengandung

Tapi, boleh juga kalau nak tambah makanan lain seperti susu kambing, buah delima,madu lebah dan safron. Tapi, susu kambing tak sesuai sangat kalau minum awal kehamilan. Sebab susu kambing ni panas. Orang tua cakap boleh penyebab kepada keguguran

Pastikan wife anda elak dari minum air tebu, air kelapa dan air berkarbonat. Masa first time wife saya pregnant, saya ada beli KFC sekali air mirinda strawberi. Malam ni minum esok jalan terus (gugur).

Tapi, kalau air kelapa ni untuk awal kehamilan setengah orang ok je minum. Ada yang yang boleh minum ada yang tak boleh minum. Saya ada tiga orang kakak ipar. Yang sulong minum air kelapa hari-hari ok je. Kakak ipar no 3 minum hari ni, esok tu clear jugak. Jalan terus(gugur).

Ads

Jadi, setakat ni jelah pengalaman yang saya dapat kongsi. Saja kongsi sebab ada kawan-kawan saya, wife diorang ada yang baru mengandung tanya makanan apa yang sesuai dan apa yang perlu dielakan. So saya cadangkan 5 makanan ini . Ini adalah perkongsian pengalaman wife saya dan kakak-kakak ipar saya.

Kan lagi best dan bagus. Kita gantikan snack dengan 5 makanan ni.

Selamat mencuba!

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat wanita yang sedang hamil boleh amalkan sepanjang kehamilan. Baik untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan nanti.

Sumber: Mohd Farhan Zakaria

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI