
Suami curang undang padah apabila seorang wanita di Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas bertindak kejam terhadap suaminya sendiri akibat cemburu dan syak wasangka melampau.
Kes tragis yang dilaporkan media tempatan itu bukan sahaja mengejutkan masyarakat, malah mencetuskan perbincangan hangat mengenai batas emosi, kepercayaan dan keganasan dalam rumah tangga, khususnya apabila konflik perkahwinan gagal ditangani secara rasional.

Bertindak Nekad Akibat Cemburu Melampau
Dalam kejadian yang berlaku pada 1 Ogos 2024 di sebuah daerah di Hwado-myeon, Pulau Ganghwa, wanita Korea Selatan potong kemaluan suami selepas mempercayai lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
Tertuduh yang dikenali sebagai A, berusia 58 tahun, didakwa bertindak kejam selepas menerima bukti berupa gambar suaminya bersama wanita lain. Bukti tersebut diperoleh melalui sebuah firma penyiasat persendirian yang beroperasi secara haram.

Difahamkan, perasaan cemburu, marah dan kecewa menguasai diri tertuduh sehingga mendorongnya merancang tindakan yang tidak berperikemanusiaan terhadap pasangan hidupnya sendiri.
Tindakan Dirancang Dengan Niat Mencacatkan
Menurut laporan siasatan, tindakan tersebut bukan dilakukan secara spontan, sebaliknya dirancang dengan teliti. Selepas mencederakan mangsa, tertuduh didapati membuang organ berkenaan ke dalam lubang tandas dengan tujuan memastikan ia tidak dapat disambung semula.
Tindakan wanita Korea Selatan potong kemaluan suami itu jelas menunjukkan niat untuk mencacatkan mangsa sebagai bentuk pembalasan, bukannya untuk meragut nyawa.
Ahli Keluarga Turut Terlibat Dalam Serangan
Siasatan lanjut mendapati perbuatan kejam itu turut melibatkan anak perempuan mangsa, C, berusia 37 tahun, serta menantu lelakinya, B, berumur 40 tahun.
Pada awal pagi kejadian, mangsa dilaporkan sedang minum seorang diri di sebuah kafe sebelum tertidur akibat keletihan. Menantu lelakinya mengambil kesempatan mengikat mangsa menggunakan tali dan pita pelekat industri bagi menghalang sebarang perlawanan.
Selepas mangsa tidak berdaya, tertuduh masuk dan bertindak menikam mangsa sebanyak kira-kira 50 kali sebelum melakukan kecederaan serius menggunakan senjata tajam.

Mangsa Selamat Selepas Pembedahan Kecemasan
Walaupun mengalami kecederaan parah dan kehilangan darah yang banyak, mangsa berjaya diselamatkan selepas ditemui oleh pasukan kecemasan.
Mangsa segera dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan. Doktor mengesahkan mangsa terselamat, namun kejadian ngeri itu dipercayai meninggalkan trauma fizikal dan emosi yang mendalam.
Kes wanita Korea Selatan potong kemaluan suami ini turut menjadi antara insiden keganasan rumah tangga paling ekstrem yang pernah dilaporkan di negara tersebut.
Keputusan Mahkamah: Tiada Niat Membunuh
Pihak pendakwaan pada awalnya menuntut hukuman penjara selama 15 tahun atas pertuduhan cubaan membunuh. Namun mahkamah membuat keputusan berbeza selepas menilai keseluruhan fakta kes.
Hakim menyatakan bahawa tertuduh sengaja mengelakkan bahagian penting seperti jantung dan leher, sekali gus membuktikan ketiadaan niat untuk membunuh mangsa.
Mahkamah mensabitkan tertuduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah yang disengajakan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun.
Hukuman Terhadap Individu Terlibat
Menantu lelaki mangsa dihukum penjara empat tahun kerana membantu dalam serangan tersebut. Manakala anak perempuan mangsa dikenakan denda sebanyak tiga juta won, bersamaan kira-kira RM9,823, kerana mengupah penyiasat persendirian secara haram.
Keputusan mahkamah dalam kes wanita Korea Selatan potong kemaluan suami ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat, termasuk perdebatan mengenai keadilan, emosi dan tanggungjawab dalam institusi perkahwinan.
Pengajaran Buat Wanita Dan Pasangan Berkahwin
Kes ini menjadi peringatan besar bahawa kecurangan pasangan sememangnya menyakitkan hati dan sukar diterima, namun keganasan bukanlah jalan penyelesaian.
Dalam apa jua konflik rumah tangga, wanita dan lelaki disaran mendapatkan sokongan keluarga, khidmat kaunseling atau bantuan undang-undang agar emosi tidak mendorong kepada tindakan yang akhirnya memusnahkan masa depan sendiri.
BACA LAGI : Suami Curang Ketika Isteri Berpantang Di Kampung, Sedih, Sakit Bersalin Pun Tak Hilang Lagi
Sumber : Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




