Pesanan buat para suami, berehsan lah dengan isteri.Bantulah hal kerja-kerja rumah, permudahkanlah urusan isteri lebih-lebih lagi jika memiliki anak kecil. Perkara dan pertolongan yang nampak remeh oleh suami, namun beri makna cukup besar buat isteri serta pasti sangat dihargai.
Berikut perkongsian Fauzan N Siti sebagai panduan buat kita.
Untuk SUAMI… Berehsanlah kepada isteri kamu.
Makan malam bersama cinta hati dan maryam sebab abang-abang dan kakak ada kelas teakwondo.Masuk ke kedai.. duduk..tapi perit tekak sebab ada yang kurang cerdik hisap rokok macam minta mati cepat..jadi kami alih tempat duduk.
Berhadapan kami..satu keluarga..masyaaAllah baik-baik anak-anaknya.6 orang.Yang paling kecil didukung ibu agak-agak usia 4 atau 5 bulan. Saya mengadap meja meraka, mata saya tak habis pandang. Ibunya sekejap bangun, sekejap duduk, sekejap bangun, sekejap duduk.Dodoikan anak.
Ayah?
Cuba teka..
Ya.. Tengok Telifon.
Kami dapat makanan dahulu.Saya makan dengan tenang, teringat masa anak saya kecil-kecil..kalau makan suami akan ambil anak, dia hebat bab makan sambil gendong anak. Macam tiada apa yang digendung..laju sahaja dia habis makan.
Mata saya tak habis pandang lagi ibu itu. Saya dapat tangkap dia sebut..
” Udah ya dik…ibu letih..jom kita duduk?”
Saya pandang suaminya..tak angkat muka lagi.Sambil saya makan, makanan mereka pun sampai.Bapa laju mengadap makanan
Ibu?
Sebelah tangan anak, bahu dengan napkin putih sebelah tangan suap makan.
Saya makan laju-laju sikit.Bila ibunya nampak tak boleh nak makan.letih lengan barangkali.. Saya dengar dia cakap pada anak yang paling tua.
Ads
“Along, tolong ambik adik sekejap”
Soleh sungguh..laju-laju alongnya minum air dan ambil adik..
Sedang ibunya makan..alongnya macam nak terjatuh adik tu…mak nya terjerit..along!
Laju-laju saya pergi..
“Mari puan.. saya jaga dukung baby..”
“Puan makan ya, minum”
Nampak riak muka ibu itu terkejut, lepas itu senyum dan ucap terima kasih…
Laju-laju ibu itu minum.
Saya cakap
“Tak pa puan, pelan-pelan”
Mungkin dia rasa takut menyusahkan saya.Dia minum cepat-cepat dan kembali ambil baby.
Terdengar bapa nya cakap
Ads
“Elok diam dia”
Tak tahu macam mana saya nak bereaksi.Adakah kerana anak diam,boleh biar isteri pegang sepanjang masa?
Untung kamu punya isteri baik begitu.
Ini nasihat saya kepada bapa-bapa.Isteri ini tak minta banyak.Kalau nak di banding kan dengan banyak yang telah dia korbankan dan beri bagi memudahkan pihak suami.Tak terbalas dek suami.
EHSAN suami pada isteri yang ber anak kecil yang pasti isteri akan sangat-sangat hargai.
1.Mudahkan Waktu Makan Terutama Waktu Anak Bawah 1 Tahun
Mohon bergilir pegang atau jaga anak, benarkan isteri makan dahulu terutama isteri yang menyusu badan. Lapar memang sangat lapar bukan di buat-buat. Suami tidak menyusu badan dan perut sedia ada lemak tersimpan tu…tak lapar mana..boleh tahan..
Kalau mampu suap isteri itu lebih bahagia.
2. Mudahkan Urusan Menunggu
Contohnya kalau tengok kedai makan ramai orang dan dapat parking tidak jauh, tak payah minta isteri keluar kereta lagi..biar dia tunggu dengan aircond on. Bila makanan sampai pergi ambil anak dan isteri.
Ads
Ini tidak..dah lah bawak sekali, menunggu panas-panas, tolong dukung anak tak mahu, muka tengok phone, anak menangis marah, makanan sampai dia hadap dulu…isteri terkulat-kulat lapar dan letih..kesian.
3. Beri Masa Isteri Tidur dengan Tenang Di Luar Waktu Tidur
Ehsankan isteri yang sudah berjaga malam menyusu anak anda.Jadi kalau nampak isteri letih, offer jaga anak-anak.Suruh isteri masuk bilik kunci pintu dan tidur.
Ini tidak… ramai bapa macam cacat pun ya..Anak nangis tak reti nak buat apa, anak berak tak reti nak buat apa, anak nak makan tak reti nak buat apa..yang reti..cakap ” pergi kat ibu/mak/mama” …eh…teruk sangat cacatnya tu.
4. Ringan Urusan Sampingan Isteri
Kalau isteri dah basuh baju, tolong sidai kan.. kalau makan, basuhkan pinggan anak-anak, kalau mahu keluar, tolong sarungkan baju seluar anak-anak. Nampak kecik tapi benda-benda ini kalau ditimbun atas bahu isteri sahaja di tambah pula dengan tak tidur malam menyusu dan lapar..ianya sangat -sangat menyiksakan.
Tidak jadi pondan suami kalau tolong basuhkan pinggan.
Dan mertua pula.. jangan sedap mulut mengomel cakap menantu mengkulikan anak jantan awak.Kalau tak nak anak jantan kerja.. jangan bagi kahwin..awak bela sampai tua.
Cukup rasanya 4 ini mampu buat yang ini pun dah sangat-sangat membahagiakan isteri.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Suami baik menghasilkan isteri yg solehah dan isteri solehan menghasilkan ibu yang mithali.
Serius, kalau anak demam kesannya si ibu yang tak lena tidur. Apatah lagi, anak kerap demam malam. Siang hari, si kecil ini cukup aktif tetapi apabila malam tubuhnya mula panas dan diserang demam.
Untuk pantau anak-anak, ibu boleh pantau anak demam malam dengan cara ini…
1. Pastikan anak betul-betul demam
Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Sediakan termometer bagi menyukat suhu tubuh anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah di antara 36- 37.4 darjah Celsius. Ketahui tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:
‘Sponging’ atau menjerlum kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu tubuh. Cara untuk melakukan menjelum adalah:
Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.
* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
* Kemudian, lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.
* Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan ia di situ.
* Akhir sekali, lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
3. Berikan ubat ikut dos dan ketepatan masa
Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar jika diberi mengikut sukatan dan jangka waktu yang ditetapkan.
Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia dua bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi empat dos sehari.
4. Galakan minum air
Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap. Jika anak masih kecil, anda sebagai ibu bapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya.
5. Pakaikan pakaian nipis
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya untuk anak yang mengalami demam malam. Pakaian tebal akan meningkatkan suhu tubuh. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia agen penyerap peluh yang baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.
Ingat ibu ayah, jangan sesekali abaikan kalau anak demam sebab sekelip mata macam-macam boleh jadi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebaiknya suami.. hibahkan harta untuk isteri dan anak-anak siap-siap sementara hayat masih ada. Sebabnya, semasa suami masih bernyawa, indah saja sekelilingnya. Adik beradik baik segala, sebaik suami menutup mata hubungan jadi keruh.
Isteri tak lagi menjadi ipar yang disayangi, kerana harta suami yang menjadi tuntutan sama adik-beradik suami. Sudahnya, isteri yang cuma seorang suri rumah berpendapatan kecil inilah terkontang-kanting sendirian mempertahankan haknya.
Sebaknya, membaca kisah benar yang dikongsikan ibu tunggal ini. Bila mana suami meninggal dunia, adik-beradik suami mula menuntut haknya. Tinggallah isteri, sendirian berjuang akan haknya. Yang mana, semua itu tak perlu pun terjadi kalau suami dah siap-siap sediakan untuk ahli keluarganya.
Pesanan yang disampaikan Puan Marliya Ramliini banyak benarnya. Janganlah biar isteri derita selama-lamanya. Semoga boleh ambil ikhtibar dari perjalanan hidup yang memilukan ini.
DERITA SELAMA-LAMA
1 – Tuan-tuan ambillah sedikit masa. Semak bersama-sama… Berapa jumlah simpanan yang isteri tuan-tuan ada?
2 – Berapa banyak yang isteri tuan-tuan mampu jana pendapatan keluarga? Andai tuan-tuan tiada, isteri mampu urus segala?
3 – Andai Tuan-tuan meninggal dunia, apa yang dihibahkan pada isteri jelita? Berapa banyak jumlah wang dan emas simpanan yang tuan-tuan sedia agihkan?
4 – Anak-anak tuan-tuan akan ada tempat tinggal? Isteri tuan-tuan punya hati kental yang sanggup bertahan? Berapa lama?
5 – Saya 16 tahun bekerjaya sebagai HR ya tuan-tuan… Saya dah tengok abang kakak dan adik beradik yang tuan-tuan sanjung anggap baik segala, merekalah bakal jadi si celaka yang menyusahkan.
Adik-beradik Pun Sama Sibuk Hitung Harta..
6 – Merekalah yang sibuk menghitung harta pusaka dan insuran syarikat yang tuan-tuan tinggalkan. Tuan-tuan masih hidup segalanya baik belaka. Tuan-tuan meninggal esok, anak isteri tuan-tuan merempat tak apa… Yang penting mereka mahu bahagiannya.
7 – Haloba manusia tak kenal sesiapa. Baik ibu bapa tuan-tuan atau saudara mara. Selagi bernafas dan punya nyawa, pandanglah wajah anak isteri tuan-tuan.
8 – Tuan-tuan jangan tunggang agama berserah pada takdir semata-mata. Selagi jasad menghirup udara, ambil lah langkah berjaga-jaga.
9 – Pastikan isteri tuan-tuan punya sebuah rumah namanya. Pastikan isteri tuan-tuan tahu menjana wang untuk anak-anak tercinta.
10 – Jika isteri tuan-tuan surirumah atau berpendapatan kecil saja, segera hibahkan harta. Agar pemergian tuan-tuan tidaklah meninggalkan DERITA SELAMA-LAMA.
Salam sayang dan ya, saya isteri juga.
MW : Sekarang ini dah mudah nak buat urusan hibah ini. Cuma nak dengan tidak saja nak buatnya.
Ramai ibu yang tidak bekerja bimbang untuk bercerai kerana bimbang akan hilang hak jagaan anak. Kononnya anak-anak akan berada di bawah jagaan suami kerana mereka tidak bekerja dan mempunyai pendapatan tetap bagi menyara anak-anak.
Ibu Hilang Hak Jagaan Anak Bila Bercerai Jika Tiada Pendapatan?
HILANG HAK JAGAAN ANAK JIKA IBU TIADA PENDAPATAN?
Ramai ibu-ibu di luar sana yang ditakutkan sama ada oleh bekas suami, mentua atau kenalan mereka yang kononnya ‘jika tiada pendapatan akan hilang hak jagaan anak.’ Ketahuilah bahawa itu hanya MITOS.
Ibu tetap ada hak jagaan ke atas anak walaupun tidak bekerja. Satu yang anda perlu faham adalah nafkah anak itu tanggungjawab bapa, bukan ibu.
Ramai isteri mengadu jika mereka berpisah dengan pasangan, mereka akan hilang hak jagaan anak sebab tidak bekerja.
Ini Fakta Wanita Kena Hadam
Siapa kata? Ini semua anggapan yang salah. Ibu hanya akan hilang hak jagaan jika si bapa berjaya buktikan yang si ibu ini bukan ibu yang baik kepada anak-anak atau atas sebab-sebab lain yang munasabah.
Faham betul-betul, ‘ibu yang baik’ dan ‘isteri yang baik’ adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun seorang isteri itu disabitkan nusyuz oleh mahkamah sekalipun, hak jagaan terhadap anak tetap tidak gugur. Ini kerana walaupun dia bukan isteri yang baik buat suami, tidak semestinya dia seorang ibu yang tidak baik buat anak-anak.
Tiada punca pendapatan itu bukan salah satu alasan boleh digunakan untuk menggugurkan hak jagaan si ibu. Memang ada banyak kes ibu hilang hak jagaan, tetapi alasannya adalah si ibu selalu tinggalkan anak, keluar dengan lelaki lain sekaligus tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Ibu yang selalu pukul anak juga ada. Dan jika anak tersebut sudah mencapai usia yang pendapatnya boleh diambil kira, anak itu sendiri yang memilih untuk tidak mahu tinggal bersama dengan ibu.
Alasan ibu tiada duit hendak sara anak itu bukan salah satu daripadanya kerana bapa yang sepatutnya beri duit nafkah bagi si ibu untuk menyara anak-anak.
Laporan lengkap insiden Jambatan Pulau Pinang dengan kronologi, luahan isteri, kisah gangguan misteri, serta kenyataan keluarga mangsa yang terkesan dengan tragedi ini.