gambar hiasan

Dalam rumahtangga suami isteri haruslah saling memahami, bertolak ansur bagi mengelak konflik dan pergaduhan dalam perkahwinan. Ada sesetengah perkara mungkin suami anggap perkara kecil, namun sebenarnya ia mampu beri makna yang besar bagi seorang isteri.

Jemput baca perkongsian Firdaus Shakirin ini;

Perkara yang kecil bagi seorang suami, tapi besar bagi seorang isteri.

1. Tarikh Birthday / Anniversary

Bagi seorang suami, tarikh hari-hari penting seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, hari mula couple, dan sebagainya ini bukanlah sesuatu yang patut dititikberatkan atau diberikan perhatian. Ianya hanyalah tarikh, semata-mata tarikh sahaja. Hari dimana berlakunya sesuatu.

Tapi untuk seorang isteri, tarikh-tarikh ini amatlah bermakna dalam hidupnya kerana setiap tarikh itu mempunyai sentimental value, mempunyai kisahnya yang tersendiri, ada sesuatu yang berlaku dalam hidupnya pada ketika itu…dan tarikh ini dijadikan rujukan peribadi untuk diri seorang isteri dan dia nak paling kurang pun ucapan dari seorang suami pada tarikh berkenaan sebagai tanda ingatan bahawa suaminya juga mengingati peristiwa apa yang berlaku pada hari tersebut.

2. Respon Kepada Mesejnya

Jangan sekadar “Bluetick” atau membalas “K” untuk setiap mesej isteri…lebih dari itu sebenarnya yang di mahukan seorang isteri. Ada isteri yang sangat takut untuk bergurau senda bila suami didepannya…jarang boleh berbual, berkomunikasi dengan suami bila suami ada depan mata disebabkan dia sibuk menguruskan perkara lain dalam rumahtangga.

Jadi, dia guna medium lain seperti wassup, sebagai cara untuk berhubung, bergurau senda dengan suami…ada pertanyaan yang hanya akan ditanya dalam medium tersebut. Jika disuruhnya bertanya secara berdepan, mungkin tidak terkeluar dari mulutnya akan soalan-soalan itu…tolong berikan respon terhadap setiap apa yang cuba dibualkan isteri walaupun hanya dalam wassup.

3. Cara Pengendalian Diri Didalam Social Media

Bagi si suami, like dan komen pada gambar kawan-kawan perempuan is just sekadar suka-suka atau ‘tak lebih dari sekadar kawan’…simple isn’t? Tapi tidak untuk seorang isteri. Dia amatlah tidak suka akan perbuatan suaminya itu…there is no valid or strong reason for a man that already married, to leave such comments or to respond to others woman posting.

Isteri tagged, isteri post, satu hapak pun dia tak like, tak komen, tak respon…tapi perempuan lain, bleh plak dia react…a big no for this kind of behaviour in social media…especially yang dah jadi suami orang.

4. Keluar Melepak Dengan Kawan

Jumpa kawan ja pun, lelaki semuanya, kenapa nak bising? kenapa tak boleh keluar? Itu yang kita kata, tetapi untuk seorang isteri, dia lebih memerlukan masa lapang suaminya itu untuk berada dengannya, melepak dengannya, berbual, bersembang, berkomunikasi dengannya. Boleh keluar, lepak dengan kawan, tapi pastikan bukan selalu, dan hanya akan keluar bilamana dah membantunya menguruskan rumahtangga…then, u can have your time with your friend…family 1st dulu.

5. Bawa Isteri Keluar

Seorang suami mungkin menganggap bahawa nak bawak isteri kluar dari rumah itu perlukan modal yang besar…dan ada suami yang hanya hari gaji baru bawak isteri keluar dari rumah. Isteri sangat memerlukan masa diluar rumah untuk tenangkan diri, refreshkan diri dan merehatkan diri. Seharian dia mengadap dinding yang sama, ruang tamu yang sama, dapur yang sama…maka dia perlukan sesuatu yang lain untuk dilihatnya.

Bawak isteri keluar, tak semestinya dengan pergi melancong…cukup sekiranya sekadar bawak ke taman, pusing-pusing tasik, ronda-ronda dengan motor, bawak keluar makan, pi pasar malam dan sebagainya…bercuti, melancong, itu lebih baik, tapi nilaikan dari sudut kemampuan kewangan dahulu sebelum bawak isteri melancong. Sekurang-kurangnya, buatlah perkara yang tidak melibatkan modal dahulu.

Ini adalah antara perkara yang kecil bagi seorang suami, tapi besar makna dan kesannya bagi seorang isteri.

Semoga bermanfaat.

MW: Memang ada benar, perkara-perkara ini mungkin nampak remeh,atau kecil je tapi mampu beri kesan besar pada seorang isteri. Pesanan buat para suami, elakkanlah melakukan perkara demikian demi menjaga hati isteri dan kerukunan rumahtangga.

Sumber:Firdaus Shakirin