Boleh dikatakan dalam telefon bimbit isteri mesti penuh dengan gambar keluarga, anak-anak dan pasangan. Tapi, dalam telefon suami belum tentu penuh dengan gambar isteri dan rasanya lebih banyak gambar anak-anak.
Mungkin sesetengah suami merasakan kurang berminat dan tidak gemar untuk ambil gambar isteri. Bukan jenis kaki bergambar dan merasakan ia tak penting.
Berbanding wanita, kalau boleh segala kenangan ingin dirakam dan dikenang sampai bila-bila. Inilah memori dan tak akan berulang lagi. Kalau dulu, ada almbum untuk disimpan dan di tatap. Sekarang ini semuanya digital dan banyak tersimpan dalam telefon bimbit.
Walau bagaimanapun, tak salah untuk suami ambil gambar isteri dan jadikan ia momen-momen indah untuk dikenang. Patutnya, berbanggalah ada wanita di belakang suami dan ibu pada anak-anaknya.
Perkongsian daripada Al Irfan Jani ini sungguh ‘deep’ dan ingatan buat lelaki aka suami di luar sana. Jangan sebab isteri kusut masai, malu pula nak ambil gambar isteri. Sedangkan dialah orang yang patut ditatap dan disimpan dalam ingatan sampai hujung nafas.
Gambar Isteri, Ambillah Untuk Momen Indah Sampai Bila-Bila
Wahai para lelaki…
Perasan tak…Bila kita membuka lembaran album foto-foto lama.
Dari nenek moyang kita sendiri misalnya.
Ads
Kita akan perasan satu perkara…
Betapa rajinnya sang isteri merekod setiap detik-detik penting dalam kehidupan berkeluarga.
Sikit-sikit snap.
Sikit-sikit snap.
Percayalah, tak ramai suami yang tergerak hatinya
ingin memfoto wajah isterinya.
Ada tu tak TERLINTAS LANGSUNG.
Aku sendiri mengaku, sering begini. Kita serupa.
Perasan tak, betapa rajinnya sang isteri merekodkan momen kehidupan yang telah kita bina selama ini?
Sedangkan, dia sendiri terlupa, wajahnya sendiri jarang ada di dalam album kita bersama.
Satu hari nanti,
apa yang paling kita kecewakan, album gambar famili kita tidak banyak memberitahu generasi selepasmu, tentang siapakah seorang wanita, yang berada di belakang kamera.
Ambillah fotonya.
Biarlah betapa malunya dia, asalkan kita teliti dan hati-hati menyimpannya.
Ads
Wahai para suami, Ada seorang wanita, yang patut kita berbangga dengan selekehnya dia.
Dialah ibunda kepada anak-anak kita.
Tetaplah terus menyimpan wajah itu.
Biarkan rambut berserabut,
tidak bersolek, atau dengan T-shirt buruknya itu,
sebab…itu semua tidak penting bagi anak-anak kita saat ketiadaannya kelak.
Apa yang lebih bernilai,
wajahnya itu sudah cukup untuk dicintai,
lebih berbaloi untuk ditatap, disimpan,
diawetkan ke dalam memori.
Memori, mengajar kita tentang jerih-perih.
Tentang doa dan pesanan-pesanan yang kita tinggalkan.
Tiada wanita yang ingin melihat wajah selfie-nya di sepanjang hayat.
Ads
Berbanggalah, kerana punyai seorang isteri
yang sering di belakang kamera keluargamu.
Maka di situlah tugasmu, para suami.
Snap wajahnya.
Kegembiraan.
Kesengsaraan.
Ketabahan.sebelum punyai anak, atau selepasnya. sebelum di hujung nafas
yang entah bila kita dipisahkan-Nya.
Mingguan Wanita : Suami ni nak kena bagitau baru dia nak ambil, itu pun dalam keterpaksaan, kadang-kadang la. Isteri ni kalau boleh semua benda dia nak ambik gambar. Sekurangnya, bila tengok balik akan kembalikan kenangan waktu itu.
Bila perasaan marah kuasai diri, macam-macam boleh jadi. Tetapi yang silapnya ada sesetengah orang suka marah tak bersemuka dan melepaskan amarahnya di tempat yang salah! Sengaja tulis di mesej di phone atau lagi teruk memuat naikkan kenyataan marah di laman sosial. Silap cara, ini bukan selesaikan masalah ya, tetapi boleh jadi keruhkan keadaan semakin buruk.
Bukan itu saja, ada 6 perkara buruk yang mungkin anda akan hadap disebabkan sikap suka menulis daripada terus memberitahu depan-depan. Jom semak!
1. Tak boleh teka reaksi sebenar
Kalau bergaduh menerusi mesej, anda tidak tahu reaksi mereka. Walaupun mesej anda tu bunyi macam tengah marah gila, entah-entah mereka anggap mesej tu macam biasa je.
2. Boleh jadi anda silap baca nada suara
Bila tengah marah memang tinggi suara je. Tapi kalau gaduh menerusi mesej, macam mana nak tahu orang tu tengah marah ke tak? Buat penat tangan je anda menaip dalam keadaan tengah marah.
3. Hati-hati, tak pelik kalau mesej tersebar di media sosial
Hati orang siapa yang tahu. Mana lah tahu jika anda bergaduh dengan pasangan anda dan mengeluarkan kata-kata kurang enak, lepas tu tersebar di media sosial. Tak ke malu!
4. Salah faham cara maksud sebenar mesej
Bila tengah marah, kadang-kadang kita tak faham maksud sebenar mesej tersebut. Lagi parah jika anda menyalah erti maksud mesej tersebut dan boleh mengeruhkan lagi keadaan.
5. Tak tahu situasi sebenar
Ketika anda meluahkan rasa marah menerusi mesej, anda tidak tahu apa yang si dia sedang lakukan. Kadang-kadang mesej anda tidak akan dilayan mungkin kerana si dia sedang sibuk. Jadi, sia-sia je la anda hantar berpuluh-puluh mesej.
6. Pergaduhan anda tak akan selesai
Bagi pasangan yang selalu bergaduh menerusi mesej, mesti setuju dengan kenyataan ini. Bila bergaduh menerusi mesej, rasa marah tu tak boleh di kawal. Mesti akan keep on hantar mesej untuk serang balas. Memang tak akan habis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dikhabarkan hamil sudah tentu mengujakan setiap wanita yang menanti kehadiran cahaya mata. Kehamilan juga tidak kurang menjanjikan perjalanan yang cukup indah bagi bakal ibu. Setiap ibu hamil akan melalui beberapa transformasi hingga membuatkan mereka tidak sabar untuk bertemu cahaya mata yang dikandung.
Di samping itu, terdapat juga perubahan yang kurang selesa buat ibu lalui iaitu perubahan pada warna putting payudara. Kebiasaanya putting akan berubah sedikit gelap. Adakah proses ini normal buat ibu yang hamil?
Ternyata bukan sahaja di bahagian puting, payudara juga akan menjadi lebih kenyal, besar dan sensitif. Perubahan ini dikatakan normal sebagai tanda tubuh badan anda bersedia untuk menyambut kelahiran bayi tidak lama lagi.
Dalam proses menghitung hari fasa kelahiran, ibu mengandung turut mengalami beberapa perubahan lain di payudara antaranya:
Pembesaran payudara
Sakit di bahagian payudara
Urat menjadi lebih gelap di kawasan payudara kerana bekalan darah bertambah
Menghasilkan kolostrum
Puting menjadi lebih besar
Kelenjar kecil yang berada di permukaan isola akan membentuk benjolan
Sekiranya kegelapan kulit berlaku secara mendadak di bahagian putting, anda tidak perlu risau dan bimbang. Situasi ini sangat normal untuk ibu mengandung. Berita baik buat anda, setelah anda melahirkan cahaya mata, kesan gelap tersebut akan berkurangan tetapi tidaklah seperti anak dara kembali.
Pelbagai perubahan berlaku pada wanita, biarkan sahaja dan ketahuilah ianya petanda yang baik.
Tip Penjagaan Payudara
Sepanjang kehamilan, selain mengambil berat tentang kandungan, anda juga perlu peka dengan perubahan yang dialami termasuklah di bahagian payudara yang semakin membesar dan sensitif. Barang kali tip yang dikongsi ini dapat membantu anda:
1. Pilihlah coli khas dan selesa dalam menjaga payudara anda. Coli khas untuk ibu mengandung boleh didapati di pasaran.
2. Kain kapas adalah material terbaik untuk coli ibu mengandung di samping bertali lebar dan tidak mempunyai dawai.
3. Sekiranya payudara makin besar dan anda tidak selesa memakai bra biasa, dapatkan bra materniti pada usia kandungan empat bulan ke atas.
4. Pilihan mandian juga harus tepat dengan situasi anda yang sedang hamil. Jika anda mengalami sebarang alahan, bertukarlah kepada peralatan mandian yang memiliki ciri hypoallergenic.
5. Sebaiknya elakkan diri daripada mandi air panas kerana ia mampu membuatkan kulit anda kering terutamanya di bahagian payudara yang anda sakit.
6. Jadikan rutin harian mengeringkan payudara denhan tuala bersih sebaik sahaja anda mandi.
7. Amalkan pemakanan yang sihat dan tidur secukupnya sepanjang tempoh kehamilan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percayalah rumah tangga akan retak seribu kalau anda masih gagal untuk menghargai kaum wanita malah bersangka buruk dalam banyak perkara. Lagi pahit bila mana suami pula hanya tahu mengarah buat itu ini tanpa membantu buat kerja rumah dan berat mulut nak puji isteri.
Allah… itu yang silap kaum suami hari ini! Bagi menjernihkan hubungan suami isteri dan jaga rumah tangga, bacalah perkongsian Ebit Lew dengan hati terbuka. Moga hubungan suami isteri kalian semakin pulih dan bahagia seperti orang lain…
Cerita Rumah Tangga
Tadi seorang suami muka ganas datang jumpa saya. Dia baru mula solat 2 bulan ni. Dia menangis kerana umur 33 tahun baru mula solat. Semua dah lama tinggal. Kali pertama dengar live di fb 2 bulan lepas. Dia mula berubah. Tetapi serabut dengan isterinya..dia minta nasihat bab perkahwinan..ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak…
Betul ke ustaz?
Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita…Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita… Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..
Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..
Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia..mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga.
Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik.
Hargai Kaum Wanita Dengan Cara Ini
Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kasih sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betala bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..
Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan..mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.
Berlumba-lumba basuh berak anak. Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud.
Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..
Abang tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri sesat dan baru berubah kerana ada orang doakan kita. Kenapa tak boleh kita bersabar berdoa dan bimbing pasangan kerana Allah….Saya pohon ampun dari Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri ditinggalkan suami selepas derita kanser payudara, tak mampu bekerja sara dua anak. Berat ujian seorang isteri apabila dia ditinggalkan suami selepas mengambil keputusan...