Kadang-kadang, isteri rasa geram dan sakit hati bila suami tahu komplen apa yang isteri buat. Sedangkan dia tak tahu keadaan rumah dan hanya mahu apa yang dibuat isteri siap.

Isteri tidaklah harapkan suami bantu buat kerja rumah. Tapi kalau ada sifat bertanggungjawab, dapat tolong kerja-kerja yang mudah pun dah cukup gembirakan isteri. Bukan reti komplen saja.

Ada juga isteri yang tak reti komplen atau beritahu pun suami tentang keadaan rumah yang mungkin ada rosak tanpa suami ketahui. Sebab itulah suami kena jenguk apa-apa barang keperluan rumah. Mana tahu kan ada yang boleh dibantu atau dibaiki.

Apa yang dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar ini boleh membuka mata suami di luar sana yang belum ‘sedar’ tentang keadaan rumah. Jangan harapkan isteri lakukan semua, sedangkan ada peralatan rumah yang boleh menyebabkan kerja-kerja harian isteri jadi lambat.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mampu Duduk Berbincang, Selesaikan Masalah Rumah Tangga Bersama Pasangan, Barulah Digelar Suami Gentleman

Berkahwin Lain BUKAN Bermakna Lupakan ARWAH Suami, Tak Perlu Meratapi Kematian SETIAP Masa

Info Lebih Menarik DI SINI

Jangan Komplen, Suami Jenguklah & Bantu

Suami, sesekali kena masuk ke dapur…

Bukan setakat basuh tangan. Tolonglah memasak.
Bukan apa, kadang waktu itulah kita dapat tengok rupanya dapur masak isteri kita tu apinya dah kecil. Dah tersumbat sebelah. Tinggal sebelah sahaja yang elok.

Kabinet dapur punya laci dah tercabut. Tunggu nak roboh je.

Tengah potong sayur, pisau tak lut. Belum cuba potong daging lagi. Entah macam mana punya payah isteri kita cuba tekan pisau.

Blender pun dah macam bunyi enjin lori. Bunyi bising tapi bahan masak tak lumat pun.
Banyak yang nak kena ganti dah.

IKLAN
Suami, sesekali basuhkanlah baju dekat rumah…

Guna mesin basuh yang ada tu. Bukan setakat letak baju dalam bakul baju kotor sahaja.

Kadang masa itu baru kita perasan, pair air dah bocor. Air dok menitik tak berhenti. Hos tempat air keluar daripada mesin basuh dah rupa apa entah. Pecah pecah sampai air melimpah sana sini.

Waktu itu juga baru kita tahu besi penyidai baju kita dah 10 tahun tak ganti. Daripada awal kahwin pakai yang sama. Siap berkarat sana sini.

Suami, sesekali jenguk lah almari baju dekat bilik…

Tolong kemas dan susunkan kain baju yang banyak dalam tu.

Kadang masa itu baru kita tahu, rupanya pintu almari tu tak boleh pakai. Sendal macam gitu sahaja. Silap sikit boleh terbalik pintu almari.

Iron baju kita pun silap silap dah barai. Jenuh lah isteri ni ironkan baju. Hati hati takut terbakar baju. Yang ada tu jenis masukkan air, melimpah pula keluar. Basah bajunya.

Suami, jenguk lah juga sesekali ke bilik tidur anak-anak…

Lapik kayu katil anak tu ada yang dah patah. Anak dok melompat selalu, patah lah. Bila tidur senget dah.

IKLAN

Langsir bilik anak pun dah luntur. Warna dah tak berseri. Kita tak pernah pandang.

Utamakan Keadaan Rumah, Kesenangan Isteri

Ada banyak lagi kerja rumah yang kita boleh buat. Bukan setakat dapat membantu isteri, tapi lebih utama kita tahu keadaan semasa rumah kita.

Mana yang rosak, perlu diganti atau cuma perlu dibaiki. Benda benda ni kita jarang perasan sebab kita tak pernah tengok.

Yang kita tahu persoal ke isteri bila lambat masak. Selow kita kata. Padahal dapur rosak sebelah.

Baju kerja kita rosak. Bau kepam. Kisahnya mesin basuh rosak. Jadi basuhan tak sempurna.

Kita marah marah je tahu.
Nak cari seluar kerja tak jumpa. Iyalah dah almari separa roboh. Memanglah jadi tak tersusun. Nak mencarinya bukan main payah.

IKLAN

Isteri tu bukan tak nak bagitahu. Diam sebab tak nak susahkan kita. Tak nak bebankan kita. Dia guna segala apa yang ada.

Jadi, kitalah kena selalu melihat. Tengok apa yang perlu.

TV, aircond, extension plug, meja kerja dekat rumah, sofa dan katil kita tidur memang lah kita tengok selalu. Sebab tu barang kita. Barang yang isteri guna hari hari ni kena perhati juga.

Begitulah hidup suami isteri. Ada banyak lagi. Tinggal kau kena peka dan selalu mendengar.

Mingguan Wanita : Bila dah rosak, inilah yang melambatkan kerja rumah isteri. Bukan tak nak bebankan suami tapi selagi boleh pakai, guna ajelah. Suami kena faham laa….

Sumber: Firdaus Mokhtar

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI