Ini dikira salah satu ikhtiar untuk kurangkan masalah batuk dengan cara alami, tetapi kalau teruk sangat sila rujuk doktor ya.
Perkongsian daripada Puan Ruziani Radzi ini cuma menggunakan buah oren dan garam sahaja dan kalau nak guna buah limau biasa pun in shaa Allah berkesan.
Stim Buah Oren sunkist atau Limau Dengan Garam
Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua.
Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah
Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (athma)
Sesuai Untuk Orang Dewasa Dan Kanak-kanak
Pasti ada antara kita yang pernah mengalami masalah batuk berpanjangan, dah cuba pelbagai jenis ubat dan petua tapi ada yang tidak berkesan atau lambat. Atau mengalami on off batuk mengikut musim
Disini saya nak kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini.
ﺇﻥ ﺷﺎءﺍﻟﻠﻪ
IKLAN
Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Cara-caranya:
1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit.
*Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.
* Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist)
IKLAN
3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.
*Boleh digantikan dengan buah limau mandarin
Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.
IKLAN
Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?
Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.
Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.
Sumber: Jes Tham, Solu Heal
Semoga perkongsian ini dapat membantu masalah batuk yang berpanjangan. Cuba tau!! InshaAllah. Kita ikhtiar!
Lipan selalunya dijumpai dalam bilik air, dalam bilik tidur mahupun di dapur. Sakitnya terkena sengatan lipan, rasa membengkak, kemerahan dan menyebabkan kegatalan. Sebagai panduan jangan panik bila terkena sengatan lipan, buat perkara ini terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan doktor.
Hari ini klinik doc dikunjungi oleh seorang anak muda berbangsa Indonesia, beliau kena sengat lipan malam tadi dalam pukul 2 pagi sewaktu sedang lena tidur. Kasihan pula doc tengok tangan dan bahunya bengkak. Lepas sengatan pertama, beliau boleh sambung tido lagi, mungkin dah terlampau kerap disengat, orang kata “alah bisa tegal biasa”. Tapi selepas disengat kali kedua, barulah beliau rasa geram nak bunuh lipan tu.
Tapi malangnya cari punya cari tak jumpa juga, rupanya lipan beliau ni pandai main sorok-sorok. Hehe. Doc pon sebenarnya tertanya-tanya juga, kebelakangan ni banyak juga pesakit doc yang kena sengat lipan. Kebanyakannya datang klinik doc awal pagi, dan sewaktu tengah tidur.
Doc secara peribadinya memang dah terlalu banyak menangani kes disengat lipan, jadi doc memang kalau boleh tak mahu lagi ada yang tersalah anggap mengenai makhluk Allah yang bernama lipan ini.
Antara perkara yang perlu anda tahu mengenai lipan adalah :
1. Lipan dalam Bahasa Inggeris dipanggil “Centipedes”. Perkataan ini berasal daripada Bahasa Latin yang bermaksud “seratus kaki”. Tetapi tiada lipan yang memiliki seratus kaki kerana kaki lipan berjumlah ganjil seperti 9,11,15 dan seterusnya.
2. Sengat lipan memang berbisa, tetapi tidaklah sampai membunuh. Melalui pembacaan doc, anda perlu disengat sekurangnya lebih seribu kali sebelum boleh mati disebabkan sengat tersebut. Namun ada beberapa keadaan di mana anda perlu mengambil serius dan berjumpa doktor juga. Teruskan bacaan.
3. Lipan ada beberapa jenis, tapi yang paling berbahaya kalau di Malaysia adalah lipan bara (Scolopendridae). Ia berwarna merah dan saiznya besar serta boleh mencecah 30cm. Walaupon begitu, lipan ini sangat jarang dijumpai di kawasan yang didiami manusia, dan selalunya membesar di hutan serta kawasan bawah tanah hutan hujan tropika.
4. Lipan selalunya tinggal di kawasan yang kotor dan lembap seperti dalam rekahan lantai bilik air, celah rak, bawah tikar getah,bawah rumput karpet dan dalam kasut. Selain itu, ia juga suka tinggal dalam selimut dan bersembunyi dalam baju terutamanya pakaian yang kerap dibiar berlonggok di lantai. Oleh itu, perhatikan setiap kawasan yang berisiko ini.
5. Lipan sering menyengat apabila berasa terancam. Jika anda terjumpa lipan, anda jangan lah terlalu takut,melatah,menjerit dan sebagainya.(Doc kuat melatah sebenarnya. Hahaha) Sebaliknya, dengan tenang ambil objek tumpul dan ketuk kepala lipan tersebut sampai lunyai. Doc pakai lesung batu je. Hehehe
6. Kesan sengat lipan mirip seperti gigitan ular, kerana terdapat dua bintik halus dan kemerahan . Jangan pula anda terkeliru dan pastikan anda betul-betul melihat jenis lipan tersebut, seperti saiz dan warna. Kalau berani, tangkap dan simpan lipan tersebut serta tunjukkan kepada doktor yang merawat.
7. Lipan tidak memiliki taring atau penyengat, tetapi sebaliknya ia menggunakan dua kaki depan yang berbentuk seperti penyepit (seperti ketam dan lobsters tu!) yang dipanggil Forcipules untuk “mencubit” dan menyuntik bisanya ke badan mangsa.
8. Kebanyakan lipan tidak memiliki mata! Mereka bergerak dengan berpandukan bunyi yang dikesan oleh sesungut Antena mereka. Oleh itu selepas ini anda jangan takut-takut lagi untuk berperang dengan lipan ya! Sebab dia tak nampak anda, tapi dia boleh mendengar, jadi jangan bising-bising sangat lah ya.
Baiklah, andai kata anda sedang tidur, dan tiba-tiba terasa seperti dicucuk objek tajam, anda terjaga dan terlihat lipan. Apa yang perlu anda lakukan?
Ketuk Kepala Lipan Dengan Objek Tumpul
Dengan tenang, cuba “kepung” lipan tersebut. Cari objek tumpul dan ketuk kepalanya beberapa kali sehingga beliau mati syahid. Kalau anda ingin merasa disengat sekali lagi, bolehlah biarkan ia hidup. Sebab lipan akan menyengat mangsanya berkali-kali sekiranya terasa diancam.
2. Basuh Tempat Sengatan Dengan Sabun Antibacterial
Ok, lipan sudah mati dan anda puas. Bagaimana pula dengan tempat sengatan lipan yang sakitnya amat tajam dan mencucuk itu? Segeralah basuh kawasan disengat lipan dengan sabun antibacterial beberapa kali dan bilas dengan air yang banyak.
3. Tak Perlu Picit Kawasan Sengatan
Tidak perlu dipicit kawasan sengat kerana bisa lipan kebiasaanya tidak merebak. Tindakan memicit kawasan sengat akan menyebabkan ia mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan bisa masuk lebih dalam menyebabkan sakit anda lebih lambat pulih.
4. Rendam Dengan Air Panas (Suam)
Sengatan lipan terdiri daripada protein yang boleh terurai oleh suhu panas. Sekiranya tempat sengatan anda menjadi bengkak, rendamkan kawasan tersebut dalam air panas(35-45’C) selama 30minit. Kepada mereka yang dah lama follow doc, doc memang selalu kongsi pasal rendaman air panas ni. Termasuklah kalau disengat obor-obor, ikan batu, ikan sembilang dsb.
5. Guna Krim Steroid
Sesetengah lipan menyebabkan kawasan sengat menjadi gatal. Oleh itu, anda boleh dapatkan krim steroid seperti Hydrocortisone untuk mengurangkan gatal dan kesan kemerahan pada kulit.
6.Dapatkan Nasihat Doktor Guna Ubat Penahan Sakit Jenis NSAIDs
Sengat lipan amat sakit dan terasa sehingga 48jam lamanya. Dapatkan ubat penahan sakit jenis NSAIDs seperti tablet Diclofenac atau Ibuprofen. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda baru pertama kali ingin mengambil ubat ini.
5. Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jika kesan sengat lipan tidak baik selepas beberapa hari dan semakin bengkak.
Sejurus selepas disengat, anda dinasihatkan mengambil suntikan anti-tetanus (kancing gigi).
Beberapa kes sengatan lipan boleh menyebabkan alahan yang teruk.(anaphylaxis reaction) Oleh itu berjumpalah doktor segera untuk penilaian lanjut sekiranya anda mengalami sesak nafas,pening kepala, sakit dada, merah seluruh badan dan sakit yang melampau.
Anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah serta warga emas yang digigit lipan hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.
Tips Extra! :
Ada juga pesakit doc yang pergi sapu perut lipan pula di tempat terkena sengatan lipan. Tapi nampaknya tak berkesan sebab tu terpaksa cari doc juga. Antara petua orang tua yang lucu bila doc baca antaranya ada yang sapu getah keladi dekat tempat kena sengat! (Tak melekit ke nanti?) Ada juga yang sapu cuka dan biji hitam, kemudian gaulkan dan campur pula bawang putih (Ni dah macam nak memasak pulak!). Yang sapu abu lipan pon ada (Baik buat BBQ lipan je. Nyum-nyum). Sapu air asam jawa dan macam-macam lagi lah petuanya.
Petua ni sebenanya pada pendapat doc selagi ia tidak memudaratkan, tak salah nak mencuba. Tetapi kemungkinan anda akan rugi masa dan tenaga saja jika petua tersebut tidak berkesan. Jadi, doc sarankan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu atau boleh juga cuba tips yang doc kongsikan ini.
Dr Hj Uwais Al Qorni
Haji yang takut lipan
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika terkena sengatan lipan, jangan panik dan ikut tip-tip yang dikongsikan ini terlebih sebelum berjumpa doktor.
Tanda-tanda sakit perut yang wanita ini, Ummi Nadia alami disangkanya disebabkan gastrik. Perut jadi berangin, berhari-hari. Makan ubat baik, nanti datang lagi. Sampai satu tahap dia jadi susah nak bernafas.
Bila dah tak tahan sangat, air mata pun dah habis melimpah keluar.. ibu ini usahakan dapat rawatan ke hospital swasta. Rupanya, sangkaan sakit gastrik yang dialami meleset sama sekali. Itulah simptom Hiatal Hernia. Yang mana, katanya jika tak ditangani awal boleh membawa sakit Gerd.
Kongsinya,
Alhamdulillah selesai sudah endoscopy.
Nadia 1st time kene sakit macam gastrik ni 4-5 bulan. Kerap sangat. Dua minggu sekali kena.
Pergi cek klinik doctor kata gastrik. Inject baik. Sakit lagi pergi klinik, inject baik. Dan selalu bila kena macam tu Nadia minum soya sekotak besar terus reda.
Tapi hari Sabtu lepas (ketika status dimuatnaik), Nadia kena pukul 2 pagi. Makan Gaviscon ok, tapi pukul 6 pagi dia mai lagi sakit. Senak rasa nak mati. Susah sangat cari nafas, siap pakej muntah lebih 10 kali pagi tu. Pergi klinik inject, baik reda sekejap.
Doc tanya ada makan apa-apa tak buat jadi gastrik? Nadia cakap tak ada makan pedas / takde lewat makan. Doc pun pelik jugak.
Tapi pukul 2 petang, perut dah tunjuk rasa tak sedap. Berangin. Tapi masih under control. Continue makan ubat je.
Lepas Dua Hari, Sakit Perut Berangin Attack Balik
Lepas 2 hari, malam tadi Isnin (ketika posting dimuatnaik) Nadia tengah stress. Memang ngam lepas nangis sebab stress tu. Pukul 12 malam, Tiba-tiba dia slowly attack. Dah makan ubat siap-siap dah.
Mula mula berangin, sampai la rasa susah nak nafas. Meringkuk Nadia cari nafas. Makan ubat doc yang dari klinik Sabtu lepas / Gaviscon / minum susu… semua tak jalan. Duduk tak kena. Baring tak kena. Pendek kata memang tak selesa.
Rasa nak mati dah. Tak cukup nafas. Siap pakej kaki tangan shaking, bila berdiri ada rasa nak tumbang. Kadang dia tarik sekali sakit pinggang belakang.
Ingat Gastrik Rupanya Bukan
Nadia terus pergi private hospital bahagian emergency pukul 4.30 pagi. Doc suruh puasa. Pukul 8 terus pergi buat scope masuk camera dalam mulut. After scope buat ultrasound. Alhamdulillah servis pantas.
Dari pukul 12 am sampai 8 pagi Nadia hidup dalam keadaan nafas tak cukup. Memang meleleh je air mata.
Pukul 12 tengah hari result dah keluar, pakar mai datang explain. Ni bukan gastrik. Ni hiatal hernia. Ingat hernia je.
Ni lagi teruk dari gastrik.
Saluran tu macam dah longgar dan merah merah sekitar dinding. Sebab tu asid boleh naik. Kalau tak jaga, boleh jadi GERD.
Gerd lagi bahaya. Injap dah longgar teruk.
Doc kata, 1. Makan tak leh terlalu kenyang sangat 2. Tak leh lambat makan 3. Makan kene tunggu reda 2 jam baru boleh tidur. 4. Makan pedas pun boleh jd faktor sebab berasid. 5. Stress pun antara punca. Sebab jus acid tu boleh rembes keluar
Kalau Tak Jaga Pemakanan, Boleh Dapat GERD
Dua hari check in private hospital.
Ramai kata hospital ni antara yang termurah.
Lepas dah buat endoscopy masuk camera dalam mulut + ultrasound
Doctor diagnos Nadia ada hiatal hernia.
Lagi teruk dari gastrik. Kalau orang rasa gastrik dah teruk. Yang ni lagi teruk separuh mati.
Hiatal hernia ni Injap dah longgar. Tak boleh nak ketat dah. Tapi tak selonggar Gerd
Kalau tak jaga lifestyle dan pemakanan dari sekarang. Boleh dapat Gerd,
Lagi susah… boleh bawa maut.
Bila injap dah longgar, salah makan sikit asid boleh terus naik. Tak makan asid naik, terlebih makan asid naik, makan pedas asid naik, stress pun asid naik.
Sakit Ni Dah Mula Famous Kat Malaysia
Kalau hospital lain yang dah dikenali/ada nama mungkin mahal kut eh?
Siang tadi nadia dah discharge.
Tapi bila tiba dah malam ni, Nadia takut nak tidur.
Korang yang suka makan pedas, dah boleh control makan. Korang yang suka makan berlebihan, dah boleh control makan.
Doctor cakap, sakit ni dah mula famous kat Malaysia. Sebab orang Malaysia ni kerjanya makan je. Makanan viral sikit pi makan.
Sebelum ni Nadia diet ok je. Tapi 2 minggu ni, nadia memang tak jaga makan. Seminggu ni bantai makan pedas Kuah banjir pulak. Sekali mendapat.
Dah terlambat ye kawan kawan.
MW : Sila hadam baik-baik pesanan Puan Nadia ini ya. Kena jaga makan dan gaya hidup kita dari sekarang, agar jadi lebih sihat dan bebas sakit-sakit.
Mungkin ada yang pernah mengalami situasi panik rasa’ditindih’ semasa sedang tidur, mulut tak dapat bersuara malah tangan dan kaki juga tak dapat digerakkan. Seringkali juga situasi seperti ini dikaitkan dengan gangguan mistik mahupun makhlus halus. Namun demikian dari sudut sains, kejadian seperti ini dikenali sebagai ‘Sleep Paralysis’.
Hanya yang pernah alami sahaja yang dapat menceritakan betapa paniknya apabila sedang alami situasi tubuh dihimpit sehingga menyesakkan. Hendak menjerit mulut terkunci dan tangan dan kaki tidak dapat digerakkan.
Ianya biasa berlaku dalam masa singkat, tetapi yang alaminya terasa cukup lama!
Fenomena ini sebenarnya boleh dijelaskan dari sudut sains. Sleep paralysis ialah kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur.
Walaupun OTAK sudah terjaga, namun OTOT badan masih lagi dalam keadaan tidur. Seseorang itu tidak akan mampu bergerak dan tidak mampu bersuara walaupun mencuba untuk berteriak sekuat hati.
Pada waktu inilah perasaan cemas dan panik menyelubungi diri lebih-lebih lagi sekiranya ia pengalaman pertama kali.
Faktor Penyebab:
1. Tidak cukup tidur
2. Corak tidur yang tidak teratur
3. Stress
4. Tidur terlentang
5. Gangguan mental
6. Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Untuk mencegah kejadian dihimpit:
1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
4. Mendapatkan khidmat nasihat doktor bertauliah sekiranya kekerapan kejadian semakin bertambah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selalunya jika rasa ‘ditindih’ semasa tidur, ramai yang mengaitkannya dengan unsur mistik. Namun dari segi kajian sains rupanya kita sedang alami ‘Sleep Paralysis’.
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.