Dalam kesibukan dunia moden, wanita hari ini sering berlari tanpa henti antara tanggungjawab kerjaya, keluarga, dan tuntutan sosial yang tidak pernah berakhir. Dalam setiap senyumannya tersimpan keletihan, namun juga kekuatan luar biasa.

Justeru, kempen “Still Me With More” lahir sebagai satu gerakan kesedaran baharu  menyeru setiap wanita untuk berhenti sejenak, menarik nafas, dan kembali mengenal dirinya.

“Still Me With More”.Bila Kecantikan dan Ketenangan Jiwa Bertemu

Lebih daripada sekadar kempen kecantikan, “Still Me With More” adalah satu falsafah hidup. Ia meraikan wanita yang memilih untuk mengimbangi, bukan mengorbankan  mengingatkan bahawa keyakinan sebenar tidak bermula di cermin, tetapi di hati yang tenang.

Demi Kesihatan Mental

Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, pelancaran kempen ini yang diserikan dengan sesi perbualan eksklusif bersama tiga figura inspirasi iaitu Prof. Dr. Azmawaty, Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan dan kaunselor bertauliah, Ezzanie Jasny, pelakon dan Duta BMF  dan Dato’ Fazley Yaakob, cef selebriti, usahawan dan Duta Svenson.

“Still Me With More”.Bila Kecantikan dan Ketenangan Jiwa Bertemu

Mereka menyelami topik penuh makna tentang mengurus tekanan hidup, membina kesejahteraan emosi, dan bagaimana falsafah Reset, Recharge, Recover menjadi kunci keseimbangan sebenar dalam kehidupan seharian.

Masalah Kemurungan Kian Membimbangkan

Majlis dimulakan dengan mesej yang cukup menyentuh hati mengenai“Kecantikan dan kesihatan mental tidak boleh dipisahkan.”

Kajian semasa menunjukkan 4.6% rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas kini berdepan kemurungan.  Hampir dua kali ganda berbanding tahun 2019. Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi kisah hidup yang senyap-senyap menjerat ramai wanita di tengah kesibukan mereka menjaga semua orang, kecuali diri sendiri.

Ads

Menurut Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif BMF The Aesthetics People, menyentuh realiti itu dengan kata-kata cukup bermakna.

“Kesihatan mental amat penting kerana tanpa keyakinan dari dalam, sukar untuk kita melihat nilai diri sendiri. Tiada rawatan wajah yang dapat menggantikan keyakinan yang datang dari hati.”

Kesedaran Kesihatan Mental

Sementara itu, Prof. Dr. Azmawaty menekankan bahawa walaupun kesedaran tentang kesihatan mental semakin meningkat, stigma masih menjadi tembok besar. Beliau mengajak masyarakat untuk lebih empati belajar mendengar tanpa menghakimi, dan mencintai diri tanpa syarat.

Antara langkah mudah yang disarankan untuk mengatasi masalah ini termasuklah meditasi ringkas, menetapkan sempadan peribadi, dan memberi ruang kepada diri untuk berehat tanpa rasa bersalah.

“Still Me With More”.Bila Kecantikan dan Ketenangan Jiwa Bertemu

Ads

Ezzanie Jasny, dalam kelembutan senyumannya, mengakui tekanan media sosial sering mengusik keyakinan diri wanita. Namun, baginya keaslian adalah bentuk kecantikan paling tulus.

“Kini, kecantikan bukan lagi tentang kesempurnaan. Ia tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri.”ujarnya.

Sebagai pelakon dengan jadual yang padat, Ezzanie mengekalkan keseimbangan diri dengan CFU Face Treatment BMF, yang membantunya tampil segar tanpa mengorbankan waktu rehat.

Sementara itu, Dato’ Fazley Yaakob pula memberi dimensi berbeza sebagai seorang bapa, cef dan usahawan. Mengurus pelbagai peranan bukan mudah, namun beliau menemui ketenangan melalui Muay Thai, muzik, dan 8-in-1 Stress Relief Therapy Svenson.

“Still Me With More”.Bila Kecantikan dan Ketenangan Jiwa Bertemu

Ads

“Kesihatan mental bukan tanda kelemahan.Ia perjalanan berterusan ke arah keseimbangan dan penambahbaikan diri.”tegasnya.

“Still Me With More”.Bila Kecantikan dan Ketenangan Jiwa Bertemu

Melalui “Still Me With More”, BMF x Svenson ingin mengingatkan setiap wanita bahawa tidak mengapa untuk memperlahankan langkah kerana ketenangan bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan yang sebenar.

Apabila kesejahteraan dalaman berpadu dengan kecantikan luaran, maka lahirlah versi terbaik diri kita. Masih diri yang sama, tetapi dengan lebih ketenangan, lebih keyakinan, dan lebih cinta!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI