
Skrub viral alami ini mudah saja nak buat. Tak ambil masa yang lama pun. Selain dilumur pada tangan, boleh juga cuba dekat bahagian kaki yang gelap dan kusam. Nanti taklah muka saja putih tapi tangan hitam. Cantik, biarlah sekata.
Puan Azzatie Intan Suraya berkongsi cara buat skrub viral alami dan aturan penggunaannya. Panduan bergambar disertakan untuk mudahkan mak-mak lebih faham.
“Korang dah try belum? Ala.. yang viral sampai habis licin stok lotion vaseline ni kat kedai.” Katanya yang buatkan MW pun tak sabar nak mencuba.
Nota : Anda yang kulit jenis sensitif tak digalakkan mencuba skrub ini.
Bahan-bahan Diperlukan
1 sudu besar soda bikarbonat
1 biji limau nipis
1 genggam asam jawa
Losyen vaseline
Seketul tangan untuk disental
Rujuk Gambar Untuk Membuat Skrub Viral Alami





Hasilnya Tangan Berbau Wangi
“Sedap weh bau tangan. Perap tangan tu 15 minit tau. Kalau buat dengan kecap cantik cam che ta la tangan ye dak?” Selorohnya.
“Papa balik sat gi, nak hulur tangan kat dia. Abaikan tangan gebu berurat angkat kettlebell hari-hari tu.”
Sumber/Foto : Azzatie Intan Suraya
Inilah 20 Punca Wanita Nampak Tua Dari Usia Sebenar, Tolonglah Berubah Kalau Nak Awet Muda

Normal bila dah bertambah usia, kulit akan hilang kolagen yang membuatkan wanita nampak tua berbanding usia sebenar. Namun kalau dibandingkan dengan kaum lelaki, perempuan lebih nampak cepat tua daripada usia sebenar.
Tak percaya? Cuba tengok pasangan yang kahwin sebaya, memang ketara nampak. Mungkin kulit wajah nampak muda tetapi kedut di wajah sudah makin jelas. Itulah realitinya, paling tidak wanita akan tutup kesan cela itu dengan solekan. Tapi tahannya bukan seharian, tetap kembali nampak sedikit tua bila dah basuh wajah. Agaknya kenapa?
Ok, inilah yang nak dikongsi dengan anda! Kalau anda memang suka buat dan selalu alami 20 perkara ini, tak peliklah wajah nampak tua dari usia sebenar. Jom semak!
1. Tekanan di tempat kerja dan di rumah.
2. Tak suka bersenam.
3. Suka makan makanan segera.
4. Suka tidur lewat malam.
5. Tak suka makan jamu.
6. Lepas bersalin, tak pantang dengan betul.
7. Sembelit, susah nak buang air besar.
8. Banyak berfikir.
9. Suka makan lewat malam.
10. Banyak minum caffein.
11. Kurang berehat, sibuk uruskan anak.
12. Tiada rutin cuci muka yang betul.
13. Tak suka sedekah senyuman pada orang, asyik tarik muka serius.
14. Tak suka makan sayur dan buah.
15. Diet tak seimbang.
16. Suka makan makanan bergoreng dan berminyak.
17. Kerap kena matahari.
18. Cepat marah dan kerutkan dahi.
19. Suka pakai make up tetapi malas cuci wajah sebelum tidur.
20. Ini paling penting, malas solat! Tahukah anda air wudhuk itulah NUR dan akan jadi ‘pembersih wajah’ paling mudah dan berkesan.
Haaa… inilah pilihan yang ada, nak tak nak memang anda kena jaga lebih kalau nak awet muda. Moga bermanfaat buat kaum Hawa untuk jadi jelita setiap hari buat si dia!
Suri Rumah Ini Berjaya Turun Berat 20kg Rahsianya Cuma Kena Rajin Bersenam Jaga Makan

Satu kejayaan besar apabila personaliti yang menghiasi ruangan Motivasi Sihat kali ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg. Apatah lagi kini Farah Ramly, 34, sudah boleh bergaya dengan busana idaman.
Masakan tidak seronok apabila suri rumah yang memiliki dua cahaya mata ini berjaya turunkan berat badan dari 78kg ke 58kg. Malah kini dengan pelbagai aktiviti kecergasan yang diamalkan wanita ini mampu menyarungkan pakaian bersaiz M.
“Pada peringkat awal saya hanya menjaga pemakanan dengan mengawal pengambilan makanan mengikut kalori harian (diet kalori) dan juga amalan pemakanan suku suku separuh. Dalam masa sama saya cuma cuba untuk mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh hingga 10 ribu langkah setiap hari dan cuba berjogging sekurang-kurangnya dua kali seminggu sejauh dua atau tiga kilometer dalam satu larian.
“Selepas hilang hampir 10kg, ketika berat mencecah 68kg, berat mulai statik dan kadar penurunan berlaku sangat perlahan. Ketika ini saya mula berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai misi yang sama. Pada awalnya berat badan saya hampir atau lebih 80kg, pada waktu itu terasa malu nak naik penimbang. Berat terkini 58kg, alhamdulillah berjaya turunkan hampir 20 kg. Paling seronok saya berjaya menukar saiz baju dari XXL ke saiz M,” ujar Farah yang begitu teruja rahsia dia menurunkan berat badan.
Kulit Jadi Gelebeh
Farah juga berkongsi kisah di mana sebelum aktif dalam kecergasan dia lebih mengamalkan penurunan berat badan melalui penjagaan makanan.
“Melalui pengalaman saya, penjagaan makanan sahaja memang akan menurunkan berat badan, tetapi kehilangan lemak yang banyak akan menyebabkan kulit menjadi gelebeh (flabby) di bahagian-bahagian tertentu seperti perut, paha dan lengan. Di sini amat penting untuk kita membentuk kembali bahagian-bahagian tersebut dengan rutin senaman yang betul dari jurulatih yang bertauliah.
“Salah seorang rakan mencadangkan untuk menyertai program kecergasan ‘Fit n Trim Challenge’ di bawah latihan Coach As dari Asfitt Studio. Dan mula menyertai kelas-kelas aerobik harian yang di anjurkan beliau. Pada awalnya agak kekok dan kelakar juga, kerana koordinasi kaki dan tangan yang masih belum selari. Tapi melihat rakan-rakan lain kelihatan gembira dan cergas saya nekad untuk terus menerus menghadiri kelas Coach As. Sejak dari itu saya mula seronok kerana corak latihannya yang bersesuaian dengan jiwa saya dan memberi kesan kepada penurunan berat dan bentuk badan.
“Dari kelas-kelas itu saya mula seronok untuk terus melakukan aktiviti kecergasan kerana variasi latihannya yang pelbagai seperti aerobik, aerodance, aerofit, body toning dan sebagainya. Gerakannya yang pantas tetapi masih boleh di ikuti menjadikan ianya lebih seronok untuk dilakukan.
“Selain terus konsisten dengan amalan penjagaan pemakanan sebelum ini, ditambah dengan rutin senaman mingguan dan kelas intensif yang saya sertai berat semakin menurun dan bentuk badan lebih kemas serta badan lebih cergas,” ujar Farah yang turut mengadakan kelas asas pemakanan secara atas talian melalui whatsApp group bersama beberapa orang rakan lain.
Lakukan Secara Konsisten
Ditanya tentang teknik untuk mengajar wanita melakukan aktiviti kecergasan, Farah menerangkan segalanya boleh dilakukan secara perlahan-lahan.
“Mulakan dengan pergerakan ringkas seperti berjalan keliling rumah, lakukan banyak pergerakan. Perlahan-lahan banyakkan aktiviti berjalan di waktu pagi atau petang secara konsisten.
“Usaha perbanyakkan langkah dalam setiap aktiviti harian, seperti pilih naik tangga berbanding lif, parkir kereta lebih jauh agar boleh berjalan ke kedai. Sertai kumpulan kecergasan berhampiran lokasi anda. Bila berada dalam kumpulan kita akan lebih bermotivasi untuk buat bersama-sama berbanding buat sendiri yang mana kita akan lebih mudah berputus asa. Cari coach yang berhampiran supaya dapat bantu membetulkan senaman-senaman rutin yang kita lakukan,” kata Farah yang turut membantu suaminya menurunkan berat badan.
Menu Sihat Yang Diamalkan
Sarapan : Roti wholemeal, Telur hancur, Salad, timun, Susu
Makan Tengahari: Nasi putih, ikan bakar/ayam bakar, ulam-ulaman dan buah-buahan
Minum petang: Kopi 0 kosong, Roti wholemeal sekeping bersama cheese atau buah-buahan
Makan malam: Nasi putih, ikan/ayam/tauhu, ulam-ulaman dan buah
Buah Tin Suplemen Semulajadi Untuk Badan Sihat

Buah Tin atau Ara boleh dimakan ketika buahnya masih segar mahu pun setelah dikeringkan. Terdapat banyak jenis buah Tin. Antara yang paling popular adalah Black Mission (kulit berwarna ungu kehitaman dan isi berwarna merah jambu), Kadota (kulit berwarna hijau dan isi berwarna ungu), Calimyrna (kulit berwarna kuning kehijauan dan isi berwarna kuning), Brown Turkey ( kulit berwarna ungu dan isi berwarna merah), dan Adriatic (kulit berwarna hijau muda dan isi berwarna merah jambu).
Masyarakat global mengenali buah Tin ini dengan nama Fig. Buah ini amat baik untuk kesihatan kerana ia kaya dengan serat, , magnesium, mangan, vitamin B6, potassium, dan kalsium. Buah Tin yang telah dikeringkan pula mengandungi phenol, omega-3, dan asid berlemak omega-6.
Anda boleh mempertimbangkan buah Tin sebagai suplemen untuk pemakanan sihat setiap hari kerana banyak kebaikan yang mampu diberikan oleh buah ini.
Mengurangkan Berat Badan
Kandungan serat dalam buah Tin dikatakan mampu membantu mengurangkan berat badan. Tidak hairanlah buah ini kerap disyorkan kepada individu obes atau mempunyai berat badan melampau. Namun begitu, kandungan kalori buah Tin yang tinggi boleh menjadi penyebab kepada penambahan berat badan. Oleh itu jangan makan buah Tin secara berlebihan.
Merawat Masalah Ketidaksuburan
Dikatakan buah Tin adalah buah yang disyorkan boleh dimakan untuk mengurangkan masalah berkaitan disfungsi seksual termasuklah kemandulan, disfungsi erektil dan lemah tenaga batin. Selama berkurun buah ini dianggap sebagai makanan penambah afrodisiak. Kebenarannya masih menjadi tanda tanya tetapi apabila melihat jumlah kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam buah ini menjadi penyebab ada yang salah anggap ia sebagai peningkat tenaga ketika melakukan hubungan kelamin.
Merendahkan Tekanan Darah
Buah Tin tinggi kandungan potassium dan rendah sodium (garam). Jadi buah Tin adalah baik untuk dijadikan sebagai pertahanan menentang kesan hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Menguatkan Tulang
Dikatakan buah Tin kaya dengan kalsium yang amat penting untuk menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Selain itu buah Tin juga kaya dengan fosforus yang menggalakkan pembinaan tulang dan mempercepatkan pertumbuhan semula tulang jika terdapat sebarang kerosakan.
Mencegah Sembelit
Kandungan serat yang tinggi dalam buah Tin dikatakan mampu membantu merangsang kesihatan dan mencegah sembelit.
Tahap Kolesterol Mampu Direndahkan
Buah Tin dikatakan mengandungi pektin, serat mudah larut yang mengatur pergerakan usus secara sihat. Ia boleh juga memberikan kesan penjulap kerana buah ini yang paling padat serat. Pektin juga dikaitkan dengan kemampuannya merendahkan tahap kolesterol dan aktiviti antikanser.
Mencegah Kemerosotan Makular
Penyebab utama masalah penglihatan di kalangan orang tua adalah kemerosotan makular. Dikatakan dengan memakan buah Tin mampu mengelakkan simptom-simptom biasa penuaan ini.
Melegakan Sakit Tekak
Kandungan musilaj tinggi dalam buah Tin dikatakan mampu menyembuh dan melindungi sakit tekak. Sifat pelega semulajadi dalam buah Tin dikatakan juga mampu melegakan sakit dan tekanan pada pita suara.
Menyihatkan Kulit Dan Rambut
Dikatakan buah Tin kaya dengan flavonoid dan polifenol yang merupakan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Buah ini memiliki kandungan tinggi alkana yang mampu mengatur pH tubuh. Buah Tin dikatakan banyak digunakan untuk merawat masalah-masalah kulit seperti eczema dan psoriasis.
Baik Untuk Jantung
Memakan buah Tin yang kaya dengan zat, vitamin dan mineral mampu merendahkan kolesterol sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.