Bergelar primadona negara bukanlah suatu jalan yang mudah. Setiap keputusan hidup diperhatikan, malah ada kalanya dipersoalkan.

Siti Nurhaliza Pernah Rasa Bakal Kehilangan Peminat Bila Pilih Datuk K Sebagai Suami

Begitulah yang pernah dialami penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin, ketika beliau memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Keputusan untuk berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya antara langkah paling mencabar dalam hidupnya. Apatah lagi,  berbeza usia 20 tahun daripadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NONA (@majalahnona)

“Masa itu saya kata macam, okay saya reda lah. Kalau itu mungkin orang kata kerjaya saya pun dah mula menjunam ke apa, saya rasa saya reda,”ujar Siti melalui siaran potcast  Borak CEO  Majalah NONA.

“Bukan titik terendah lah kita panggil, tapi titik yang kita rasa kita dah macam reda. Apa nak berlaku, berlaku lah. Itu masa fasa sebelum jadi isteri.

Ads
“Sebab masa itu, saya… yalah, semua orang sedia maklum, Datuk K pun pernah berkeluarga dulu kan.

“Jadi saya memilih untuk berkahwin dengan Datuk K. Masa itu, peminat pun dah terbahagi dua, ada yang suka, ada yang tak suka. Ada yang setuju, ada yang tak setuju,” kongsinya dalam temubual tersebut.

Siti Nurhaliza Pernah Rasa Bakal Kehilangan Peminat Bila Pilih Datuk K Sebagai Suami

“Ökey, Saya Reda”-Siti Nurhaliza

Pada masa sama, Siti percaya jika itu adalah jodohnya maka dia akan tetap meneruskan perkahwinan tersebut.

“Masa itu saya kata macam, okey saya reda. Kalau itu mungkin dah, orang kata kerjaya saya mula menjunam, saya tetap reda.

“Sebab saya cuba untuk pertama, itulah jodoh yang telah tertulis oleh Allah dan juga saya membina masjid.

Ads

Siti Nurhaliza Pernah Rasa Bakal Kehilangan Peminat Bila Pilih Datuk K Sebagai Suami

“Rezeki Allah dah tetapkan. Apapun cabaran, dugaan ketika itu, saya serah pada Allah sahaja. Allah tentukanlah yang terbaik untuk saya. Kadang-kadang orang kata rezeki, jodoh, maut, semua di tangan Allah.

“Sebab apapun yang berlaku, di hujungnya nanti saya tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk saya,” ujarnya.

Peminat Terbahagi Dua

Malah selepas berkahwin, Siti tetap berusaha untuk terus kekal dalam industri meskipun sedar ada peminat yang sudah beralih arah.

“Selepas itu memang ada peminat yang terbahagi dua. Tak lama lepas saya dah bergelar isteri, mereka melihat macam mana Datuk K jaga saya.

“Saya masih lagi bekerja keras dalam industri. Akhirnya mereka semua kembali memberi kepercayaan kepada saya semula. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan itu.

Ads

Siti Nurhaliza Pernah Rasa Bakal Kehilangan Peminat Bila Pilih Datuk K Sebagai Suami

Siti Nurhaliza Pernah Rasa Bakal Kehilangan Peminat Bila Pilih Datuk K Sebagai Suami

“Itulah keadaan yang kalau ditanya, titik terendah saya itu. Bukan senang sebab ini adalah keputusan masa depan saya juga. Kalau silap, saya kena lalui sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur,” tambahnya.

Ujarnya, perkahwinannya dengan Datuk K sudah mencapai 20 tahun, apa yang penting adalah pasangan yang saling menjaga.
Siti Nurhaliza Pernah Rasa Bakal Kehilangan Peminat Bila Pilih Datuk K Sebagai Suami

 

Perjalanan Lebih Matang

Perkahwinan pun dah hampir capai 20 tahun. Yang penting pasangan kita ini, dia menjaga kita dengan baik. Sama-sama kita punya nawaitu itu sama. Hubungan yang dibina sejak 2006 itu kini melangkah matang dengan kehadiran dua cahaya mata, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, menjadi pelengkap bahagia.

“Saya percaya rezeki, jodoh, semua datang daripada Allah. Apa yang penting, saya perlu jujur dengan hati sendiri. Bila saya yakin dengan pilihan, akhirnya masa yang menyembuhkan dan membuat orang faham,” katanya lagi.

“Perkahwinan itu hanya Allah yang menentukan bagaimana ia berakhir. Tapi biarlah berakhir sampai ke jannah,” kongsinya mengakhiri perbualan.

Tonton Video Penuh di https://www.youtube.com/watch?v=6lgr0qw6sJE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI