Sindiket persundalan tumpas, ibu ayam didakwa, dua pelajar tingkatan 2 terbabit. Polis berjaya mematahkan kegiatan sindiket pemerdagangan manusia yang memperdaya pelajar sekolah menengah untuk dijadikan mangsa seks, menerusi beberapa operasi khas yang dijalankan dari 24 hingga 29 Julai lalu.
Sindiket Pelacuran Tumpas, Ibu Ayam Didakwa, Dua Pelajar Tingkatan 2 Terbabit
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai memaklumkan, hasil siasatan mendapati kumpulan itu merekrut remaja perempuan termasuk dua pelajar tingkatan dua untuk dilacurkan kepada pelanggan.
“Kegiatan ini terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan pada 24 Julai lalu.
“Susulan itu, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Keningau menyelamatkan empat mangsa berusia 13 hingga 21 tahun dan menahan lapan individu bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ads
Beliau berkata, antara yang ditahan ialah seorang gadis berusia 18 tahun dikenali sebagai ‘Elly’ yang dipercayai berperanan sebagai ibu ayam. Remaja itu sudah pun dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
Tambahnya, sindiket berkenaan menggunakan platform media sosial untuk mencari pelanggan dengan bayaran sekitar RM200 bagi setiap khidmat seks. Mangsa kemudiannya dihantar ke hotel tertentu dan hasil kutipan wang dibahagikan antara suspek dengan mangsa.
“Semua mangsa sudah dibawa ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan kesihatan dan ditempatkan di Rumah Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak.
“Bagi dua mangsa bawah umur, mahkamah meluluskan Perintah Perlindungan selama tiga bulan dan mereka ditempatkan di Rumah Perlindungan Ampang, Selangor sehingga 13 November depan,” katanya.
Sewa rumah baru, buka akaun bank, Caprice bantu pasangan warga emas uzur.Tindakan prihatin penyanyi rap dan personaliti media sosial, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, menyentuh hati ramai apabila beliau tampil membantu pasangan warga emas yang kisah mereka tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Caprice dilihat mengunjungi pasangan tersebut yang menetap di tingkat empat sebuah flat tanpa kemudahan lif. Momen yang dirakam memperlihatkan si suami terpaksa mendukung isterinya yang sedang uzur setiap kali ingin keluar rumah, sekali gus mengundang sebak ramai.
Prihatin dengan nasib mereka, Caprice mengambil langkah proaktif dengan menghadiahkan sebuah rumah sewa baharu yang lebih selesa dan sesuai untuk golongan warga emas sebagai kejutan buat pasangan berkenaan.
“Rumah ni untuk pak cik. Lepas ni pak cik tak perlu naik tangga dah. Pak cik pun dah berumur,” katanya kepada warga emas itu dalam video berkenaan.
Tidak terhenti di situ, Caprice turut membantu pasangan tersebut dengan membuka akaun bank atas nama si suami bagi memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan secara terus.
“Untuk setahun pertama ni pak cik jangan risau, pengikut saya di media sosial ni suka membantu, jadi mereka akan terus transfer bantuan ke akaun pak cik.”
Caprice turut menjelaskan bahawa kos rumah sewa baharu itu dibiayai hasil daripada sumbangan orang ramai yang tampil membantu selepas kisah pasangan tersebut dikongsikan.
Tindakan murni Caprice menerima pujian dan sokongan ramai netizen yang menganggap usahanya sebagai contoh terbaik dalam menggunakan pengaruh media sosial untuk membantu golongan memerlukan.
Anak kecil 4 tahun meninggal dunia akibat perut banyak cacing, tragedi timpa adik Raya menyayat hati. Tragedi memilukan menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Raya, dari Kampung Pasir Ceuri, Sukabumi. Selepas sembilan hari bertarung nyawa di hospital, R Syamsudin SH, Kota Sukabumi, anak kecil ini akhirnya meninggal dunia pada 22 Julai 2025.
Raya dimasukkan ke hospital pada 13 Julai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika dirawat di unit kecemasan, doktor dan keluarga dikejutkan dengan kejadian mengerikan di mana cacing hidup ditemui menjalar keluar dari hidung dan mulutnya. Cacing gelang berukuran 15 cm itu boleh ditarik menggunakan tangan begitu sahaja.
Menurut doktor yang merawatnya, Dr Ifran, lebih satu kilogram cacing berjaya dikeluarkan, namun keadaannya tetap kritikal semasa diberi rawatan. Kematiannya berpunca akibat cacing gelang itu sudah bersarang di bahagian otaknya. Selepas sembilan hari diberikan rawatan, dirinya pergi,” kata jurucakap hospital.
Ibunya pula mengakui pernah mendapat cadangan untuk membawa Raya ke puskesmas, tetapi gagal kerana dilarang oleh suami. “Saya mahu bawa, tetapi suami tidak izinkan,” katanya kepada bidan desa. Akibatnya, rawatan yang sepatutnya diterima anak kecil itu sering tertunda.
Hasil pemeriksaan mengesahkan Raya dijangkiti askariasis, iaitu penyakit akibat cacing gelang (Ascaris lumbricoides). Parasit itu menyerang usus sebelum menyebar ke organ lain termasuk otak, menyebabkan penurunan kesedaran dan akhirnya meragut nyawanya.
Suka bermain di kolong bawah rumah
Sejak bayi, Raya sering bermain di kolong bawah rumah keluarganya, satu ruang sempit yang turut dijadikan kandang membela ayam dan penuh dengan najis kotoran haiwan. Dari situlah dipercayai cacing masuk ke tubuhnya, membiak tanpa henti.
Usaha membantu adik Raya ada dibuat namun berat badannya sentiasa di bawah paras sesuai dengan usianya. Pihak klinik desa ada menyalurkan bantuan makanan bergizi dan mengikuuti program makanan tambahan tapi beratnya tak pernah naik. Lebih malang, keluarganya tidak membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan sehingga membawa kepada kematiannya.
Air Mata Keluarga
Mak saudara arwah, Sarah berkata, dia masih terbayang wajah anak saudaranya pada hari-hari terakhirnya.
“Hari Jumaat dia masih bermain, ketawa dengan anak-anak lain. Arwah ada alami batuk dan kami ingatkan batuk biasa. Tak sangka rupanya keadaan jadi begini, membawa kepada kematiannya,” katanya sebak.
Air mata ibu saudaranya ini menitis laju ketika mengetahui tubuh kecil Raya dipenuhi ribuan cacing hingga ke otaknya. “Kami baru tahu selepas doktor berita tetapi masa itu dia sudah tiada,” ujarnya dengan suara terhenti-henti.
Pemergian adik Raya mendatangkan kesunyian di rumahnya. Tiada lagi suaranya bermain di bawah kolong. Dan penting juga anak-anak diberi ubat cacing secara berkala. Syukur kerana kita diberi kemudahan klinik dan hospital kerajaan hari ini berbanding negara jiran yang sesetengahnya sukar mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan awal. Paling utama, berilah anak-anak makanan sihat dan sentiasa buat pemeriksaan berkala.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hati mana yang tidak luluh bila mendengar berita tentang si kecil yang baru mengenal dunia, pergi terlalu cepat. Itulah yang berlaku kepada bayi lelaki berusia tujuh bulan, Muammar Aidil, yang meninggal dunia selepas dipercayai tersedak susu ketika berada di sebuah taska di Wangsa Maju, pada 26 Mei lalu.
Hari ini, insiden menyayat hati itu berakhir di kamar mahkamah apabila seorang pengasuh, Nor Fatihah Abdul Rahim, 24, didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuai dalam menjalankan pengawasan sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut.
Nor Fatihah, yang hadir dengan jubah hijau, kelihatan sebak. Dia menangis teresak-esak selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin. Suasana menjadi pilu apabila dia ditenangkan ahli keluarga sebelum digari dan dibawa ke lokap mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal mengadakan pengawasan dan pemeliharaan wajar sehingga mengakibatkan kematian Muammar Aidil. Kesalahan itu didakwa dilakukan sekitar jam 11.08 pagi di taska terbabit.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwa raya memohon agar tiada jaminan diberikan memandangkan kes ini melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi. Namun, sekiranya jaminan dibenarkan, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM30,000 bersama syarat tambahan, termasuk melapor diri setiap bulan di balai polis, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi.
Nor Fatihah, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jaminan dikurangkan kerana menanggung keluarga di kampung.
“Saya ada tanggungan ibu, adik dan ayah kandung sakit saraf. Selain itu, saya ada komitmen dan hujung tahun ini akan berkahwin,” katanya dalam rayuan penuh emosi.
Mahkamah akhirnya membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September depan.
Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.
Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Anak kepada peguam, Aidil Khalid, dilaporkan meninggal dunia selepas dihantar ke taska. Menurut laporan Kosmo!, anak tunggalnya Muammar Aidil yang berusia tujuh bulan dikatakan tidak sedarkan diri selepas dihantar ke premis jagaan itu pada pukul 9.20 pagi.
Pemergian bayi lelaki itu sangat mengejutkan memandangkan bayi itu dihantar dalam keadaan sihat dan ceria oleh ibunya, Nur Farihah Meor Mazli, 29 pada hari kejadian.
Mengulas lanjut, Aidil berkata pada hari kejadian bayinya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom tidak sihat.
Aidil berkata, isterinya menerima panggilan daripada pihak taska yang memaklumkan bayi mereka dalam keadaan seakan-akan pengsan, selain terdapat susu keluar dari hidungnya.
Nur Farihah segera bergegas ke taska berkenaan sebelum membawa bayinya ke Jabatan Kecemasan di sebuah hospital swasta di Setapak.
“Doktor yang melakukan pemeriksaan beritahu bayi kami tidak menunjukkan sebarang respons tetapi pasukan perubatan tetap berusaha memberikan bantuan pernafasan selama 40 minit.
Kes ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap isu keselamatan anak-anak kecil di pusat penjagaan. Kematian Muammar Aidil bukan sekadar satu statistik, tetapi luka mendalam buat kedua ibu bapanya, juga amaran buat semua pihak agar soal pengawasan kanak-kanak tidak pernah dipandang remeh.
Menurut laporan polis sebelum ini, bedah siasat mengesahkan bayi berusia tujuh bulan itu meninggal akibat tersedak susu. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Tragedi ini memberi pengajaran bahawa menitipkan anak bukanlah perkara kecil. Berikut beberapa panduan yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa:
Jika anda rasa sesuatu tidak kena dengan suasana taska atau cara pengasuh melayan anak, usah diabaikan.
Nyawa anak adalah amanah paling berharga. Ibu bapa tidak boleh berkompromi soal keselamatan, manakala pengasuh pula perlu sedar bahawa setiap bayi yang dijaga adalah tanggungjawab besar yang menuntut kesabaran, disiplin, dan ilmu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!