Memang ada benarnya, bila nak dekat Hari Raya sayuran seperti daun kunyit, kunyit, lengkuas, serai, bunga kantan dan sebagainya jadi sangat ‘berharga’ dan bernilai. Ramai yang mencarinya untuk masak juadah raya. Sebenarnya sayuran ini boleh dibeli dan disimpan lebih awal. Simpan dalam tempat sejuk beku boleh tahan 3 hingga 6 bulan. Namun ada syarat dan caranya.

Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis ini sebagai rujukan;

Tip simpanan sayur beku

Meh hani nak bagi teka teki petang-petang ni. Apa benda yang sekarang nampak bersepah kat supermarket tapi bila sehari dua hari lagi nak raya tetiba dia ”hilang”? Hahahah
Sekarang kita tengok dia tak de nilai kan? Beshe-beshe je orang cakap haha ha tunggu lah sehari dua nak raya sok. Ini lah benda paling bernilai dan berharga .

Untuk orang yang macam Hani tak ada bercucuk tanam kat flat ni, nak jumpa daun kunyit kemain lah susahnya bila nak raya sok. Belajar dari pengalaman tiga tahun lepas, dua tiga hari mengagau si Alif mencari daun kunyit kat kedai-kedai sampai ke taman sebelah mencarinya.

Iyo rondang takdak daun kunyit bukan rondang namo eh ayang oii.
Tahun ni nak mengagau lagi? Idok ler.
Dah 2 kali raya lah Hani praktikkan beku kan sayur-sayur berharga macam ni.

Daun kunyit
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit hidup
Bunga kantan
Daun pandan
Daun kesum

Baca Lagi Di Sini: CARA PILIH Sayur Betul-Betul SEGAR, Barulah Bila Simpan Tahan Lama!

Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

Tapi ada cara dan syarat dia kalau nak simpan sayur-sayur kat atas guna kaedah sejuk beku ni.

  • Mesti kena bersihkan dan basuh bersih-bersih dahulu.
  • Tengok macam mana nak guna sayur tu, potong siap-siap terus, macam daun kunyit tu kan kalau masak rendang kita ghicir halus-halus, ha ghicir siap-siap terus.

Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

  • Nak guna, keluarkan sikit dari bekas atau plastik, yang lebih terus simpan dalam peti beku balik, jangan nanti-nanti, nanti lupa terus, lembik sayurnya.
  • Nak guna, takyah basuh dah, terus campak je dalam kuali , periuk, tak perlu defrost/thaw dulu. Beku-beku tu masuk je dalam kuali/periuk.
  • Kalau daun sup, hani suka masuk dalam bekas-bekas kecil asing-asing sekali penggunaan, tambah air sikit paras daun, biar dia jadi air batu daun sup.
  • Daun ketumbar hani tak suka bekukan sebab hilang kerangupan dia. Hani suka daun ketumbar yang rangup.

Ketahanan? Selagi tak habis insya Allah 3-6 bulan.

Ha petang ni balik kerja singgah jap kedai Acheh borong siap-siap daun kunyit ya, jangan cakap kak hani tak payung.

Semoga bermanfaat.
P/s: Kita bagi can siapa yang tak follow hani untuk mengagau cari daun kunyit nak raya sok, yang penting followers hani yang 95 ribu orang ni bukan orang nya.

IKLAN

Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

Hani belah dia siap-siap. Ini sekali hani campak dalam lemak cili api ke, sambal bali ke. Ini dah 3 bulan dalam peti ais sian beku dia.

Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

Kemain banyak halia haha actually baru topup 3 hari lepas. Nak guna ambil je dua potong, campak dalam temomix blend sekali dengan bawang merah putih 5 saat , halus hancuq!

Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

Amik gambar ni baru teringat dah lama tak top up lengkuas haih. Esok nak merendang jenuhh. Esok gak suh alif gi beli.

Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

IKLAN

Kunyit hidup

Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

Ini dah 4 bulan. 4 bulan lepas hani borong RM20 bunga kantan, mahal kan bunga kantan sekarang, sekuntum rm2.50! Ni dah tinggal sikit dah, masak laksa asam pedas asam rebus.

Simpan Sayur ‘Berharga’ Waktu Raya, Basuh Bersih & Bekukan Tahan 3-6 Bulan!

Hani guna plastik ni je senang. Jimat space. Susun kat pintu peti ais bahagian freezer.

Plastik, Hani guna saiz 18X26beli di sini .

Yours truly,
#drurusrumah
#hanimynis

IKLAN

Mesti Baca: Guna Aluminium Foil, Cara Simpan Sayur Paling BERKESAN Tahan Lebih Seminggu!

Artikel Menarik: Letak Bahan Ni, Sayur Layu Kembali Segar Bugar Macam Baru Lepas Petik!

Mingguan Wanita:Raya tak lama lagi ni, mak-mak bolehlah simpan sayur-sayur ‘berharga’ ni mulai sekarang. Bila dah ada dalam peti ais senang. Tak lah kalut nak cari untuk masak raya nanti.

Sumber: Hani Mynis

Betul ke wanita bekerja sebab bimbang bebankan suami?

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Macam ni nak anyam ketupat nasi rupanya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI