Simpan DOKUMEN PENTING Keluarga Dalam Satu Fail, Sangat Diperlukan Bila Berlaku Kematian!

Share

Memang ada benarnya simpanlah senarai dokumen penting setiap ahli keluarga, baik suami, isteri dan anak-anak dalam satu fail. Ia sangat diperlukan apabila berlakunya situasi kecemasan mahupun kematian.

Penting bagi suami isteri mengambil tahu dokumen penting yang miliki seperti password telifon bimbit,akaun media sosial, no pin pada kad ATM, akaun simpanan yang dimiliki, sijil takaful, geran rumah, kereta dan sebagainya. Ini kerana jika segala dokumen telah dicatat dan disimpan sempurna ia memudahkan pasangan, waris mahupun anak-anak menguruskan segala urusan nanti.

Baca perkongsian daripada Puan Ismi Sabiha ini sebagai rujukan;

Antara fail penting kami sekeluarga. Nampak tak penting sekarang, tapi akan jadi sangat-sangat penting jika berlaku kematian (bila-bila saja boleh berlaku). Pesan kat pasangan dan anak, apa-apa jadi semua dokumen ada dalam fail ni.

Antara isi kandungan fail:

1. Salinan kad pengenalan diri sendiri dan ahli keluarga. Saya standby buat 10 keping setiap salinan.
2. Salinan sijil nikah.
3. Salinan sijil kematian ahli keluarga.
4. Senaraikan nama ahli keluarga serta pertalian waris
5. Senaraikan aset (Geran rumah, geran kereta, geran tanah, geran rumah-kedai, emas dan lain-lain)
6. Nota Hutang / loan bank.
7. Polisi-polisi takaful yang kita ada (Kemaskini senarai penama atau pemilik hibah, jumlah pampasan hibah dan nyatakan nama agent untuk dihubungi)
8. Kemaskini maklumat akaun bank dan kata laluan akaun bank.
9.Senaraikan maklumat KWSP,Tabung Haji, ASB, Share-holder, saham, unit trust, fixed deposit dan lain-lain

Satu je belum ada dalam fail ni, iaitu sijil mati diri sendiri. Bersedia atau tak, mati itu pasti. Senang macam mana pun kehidupan kita, dunia letak di tangan sahaja jangan di hati.

Orang-orang yang hutang dengan kita and tak reti nak bayar perlu ke eh kita senaraikan nama diaorang dalam ni.

Mesti Baca: Isteri Kena Ambil Tahu No Pin Kad ATM, Password Handphone Suami & Dokumen Penting Lain
Baca Lagi Di Sini: Panduan Jika Berlaku Kematian Dalam Ahli Keluarga Terdekat, Ini Persediaan Yang Perlu Dilakukan!

Semoga Bermanfaat!

Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebagai persediaan, simpan segala dokumen penting keluarga di dalam fail dan tempat yang selamat. Ia bagi memudahkan segala urusan yang berkaitan apabila berlakunya kematian nanti.

Sumber: Ismi Sabiha

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

IKLAN