Ilmu mengenai simbol amaran kenderaan ini perlu dipelajari.Jika selama ini hanya tau memandu je, bila keluar simbol amaran ni mulalah panik tak tahu nak buat apa kann! Berikut merupakan pengetahuan asas maksud disebalik simbol yang mungkin ‘muncul’ di dashboard kereta nanti sebagai panduan.
1.Lampu Amaran Brek Tangan
Kebiasaan untuk simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan handbrake, ataupun handbrake sedang aktif, selain itu untuk masalah yang jarang di hadapi adalah ianya menandakan bahawa terdapat masalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan ( Low brake fluid )
2.Lampu Amaran Suhu Enjin
Simbol tersebut menunjukkan ianya adalah bertujuan untuk mengukur suhu temperature pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ianya bermaksud air coolant di dalam radiator anda berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi segera berhentikan kenderaan dan buka bonet kemudian biarkan sehingga suhu panas berkekurangan seterusnya setelah sejuk, periksa radiator lihat paras air dan juga bawah radiator, sama ada terdapat kebocoran.
3.Lampu Periksa Cecair Penyejuk
Ianya bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator anda berada dalam tahap yang rendah, seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant / penyejuk yang rendah sila periksa dan tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan kenderaan.
Ads
4.Lampu Amaran Aras Minyak Enjin
Simbol berlampu yang bermaksud minyak enjin, sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan.
5.Lampu Amaran Sistem Bateri Kenderaan
Indicator yang bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula berjalan, ianya bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, Masalah Kabel, Power Steering ataupun kemungkinan masalah pada cooler pump enjin anda.
6.Beg Udara SRS
Simbol yang bermaksud Beg Udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak, jika masih bernyala, kemungkinan ianya mengesan kerosakan dan perlu diganti sekiranya perlu. TPMS secara manual.
Ads
7.Lampu Amaran Minyak Brek
Ianya bermaksud bahawa cecair untuk brek anda berada di dalam tahap yang rendah, periksa tahap cecair kerana ianya akan berkekurangan apabila brakepads habis. Sekiranya simbol ini bernyala bermakna ianya menandakan masalah kekurangan cecair sudahpun berlaku, sila rujuk pada bengkel kenderaan untuk memeriksa masalah yang berlaku.
8.Amaran Periksa Enjin
Bermaksud enjin anda memerlukan servis oleh kerana di sebabkan pelbagai faktor, berkemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan, antara sebab ianya bernyala berkemungkinan di sebabkan kekurangan kuasa enjin, ataupun elektrikal sensor anda mengalami masalah.
Ads
9.Amaran Lampu Tinggi
Sinar terang umpama berlian berkilau ini adalah simbol untuk lampu tinggi, ianya akan menyala sekiranya anda menggunakan lampu tinggi, apa yang penting anda perlu tahu bila untuk gunakannya. Biar kena pada tempat.
10.Amaran Lampu Kabus
Simbol tersebut bermaksud lampu kebus di hadapan dan juga di belakang, ianya amat berguna khususnya di dalam persekitaran pemanduan yang berkabus, hujan lebat dan juga dalam keadaan yang tidak jelas, cahayanya yang terang juga boleh memastikan pemandu lain dapat menyedari kehadiran anda, dan dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini boleh berlaku.
11.Lampu Amaran Kawalan Penstabil Kenderaan
Ianya bermaksud TCS anda berada didalam mod pilihan Off – Tidak aktif. TCS bermaksud Traction Control System, iaitu sistem yang mengawal tayar anda daripada tergelincir dan juga memastikan cengkaman tayar pada permukaan jalan. Amat sesuai di dalam keadaan jalan basah dan licin terutamanya ketika hujan lebat, amatlah tidak di galakkan untuk sistem TCS ini dalam pilihan OFF ketika di dalam pemanduan pada jalan yang basah atau licin.
Sumber: Lawak Siyot
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pembunuhan Bersiri, Wanita Racun Kawan-Kawan Sendiri Apabila Diminta Hutang! Memang melampau dan kejam apabila sanggup membunuh rakan-rakan sendiri dengan racun apabila tak mahu membayar hutang dan wang dipinjam.
Seorang wanita yang didakwa kerana meracuni mangsanya, berdepan 14 pertuduhan membunuh, kata polis Rabu lepas dalam kes pembunuhan bersiri antara paling kejam di Thailand.
Racun Mangsa Guna Sianida
Sararat Rangsiwuthaporn dituduh menipu wang mangsa-mangsanya berjumlah ratusan ribu baht sebelum meracuni mereka dengan menggunakan sianida.
Dia ditangkap minggu lalu kerana kaitan dengan sembilan kematian mencurigakan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, namun polis kini memperluaskan siasatan mereka.
Suaminya yang merupakan seorang pegawai polis berpangkat tinggi turut berdepan dakwaan penyelewengan berkaitan pembunuhan bersiri tersebut, kata Timbalan Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn Rabu lalu.
Bunuh Apabila Minta Hutang
Surachate berkata, Sararat memperdaya 15 orang supaya mengambil kapsul sianida yang kononnya pil herba, namun seorang daripada mereka terselamat.
“Dia meminjam wang daripada ramai kenalan kerana mempunyai banyak hutang kad kredit. Sararat mula membunuh mereka apabila mangsanya meminta wang dikembalikan.
“Kami masih menyiasat jumlah wang yang diterima daripada mangsa-mangsanya,” kata Surachate kepada pemberita.
Kedua-dua Sararat dan suaminya menafikan tuduhan terhadap mereka.
Hamil 4 Bulan
Sararat yang sedang mengandung empat bulan, berdepan 14 tuduhan melakukan pembunuhan terancang dan satu dakwaan cubaan membunuh, namun polis masih menyiasat tiga lagi kes berkaitan.
Pada minggu lalu, pasukan penyiasat meluaskan kawasan siasatan melibatkan lima wilayah dengan kebanyakannya terletak di barat Bangkok
Polis pada awalnya mengesyaki wanita itu membunuh seorang rakannya di wilayah Ratchaburi, barat Bangkok pada pertengahan April lalu.
Media tempatan menyatakan bahawa mangsa rebah di tebing Sungai Mae Klong selepas melepaskan ikan dalam satu upacara agama Buddha.
Selepas menyoal siasat suspek, polis mengaitkannya dengan kes keracunan sianida yang lain.
Bagi masyarakat Tionghua, Yee Sang merupakan hidangan wajib ada dan disediakan ketika makan besar setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga.Hidangan ini sebenarnya bukan saja-saja dihidangkan tapi punya simbolik dan makna yang tersendiripada perayaan ini.
Sebagai masyarakat Malaysia yang hidup bersama dengan kaum Cina tak salah kalau kita pun turut mengetahui simbolik Yee Sang ini. Apa pun hormati budaya dan adat agama lain, agar kita dapat hidup dalam keadaan harmoni di negara ini.
Perlu Tahu!
1. Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi Yee Sang diangkat ketika digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan, kemakmuran dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.
2. Dalam bahasa Cina, perkataan “Yee” bermaksud ikan yang turut membawa pengertian lain iaitu kekayaan berkekalan. Perkataan “Sang” pula merujuk kepada mentah dan turut mempunyai maksud lain iaitu hidup serta kebangkitan. Pendek kata, hidangan Yee Sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur.
3. Inti Yee Sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon), hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih, bijan, kekacang yang ditumbuk, halia, buah abung (pomelo), jus limau, serbuk lima rempah dan keropok rangup. Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan bulat.
4. Sebelum proses menggaul Yee Sang dimulakan, sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan tindakan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu. Selepas sos dituangkan, tibalah detik-detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul Yee Sang .
5. Proses menggaul Yee Sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti Yee Sang itu digaul bersama secara agresif menggunakan penyepit oleh mereka yang berkumpul di keliling meja bulat.
6. Mereka yang berkumpul di keliling meja bulat digalakkan untuk menjerit perkataan ˜Lou Hei”. Dalam konteks ini, perkataan “Lou” bermaksud menggaul manakala “Hei” pula ialah naik.
7. Semakin tinggi Yee Sang itu diangkat dan digaul, maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun. Selain kemakmuran yang ingin dicapai, masyarakat Cina turut percaya bahawa perkataan “Lou Hei” dijerit dengan harapan ia dapat memberi kesihatan lebih baik kepada seseorang.
Menarik bukan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibarat ibu, shiha respek sikap Arwah Sharifah Aini tidak suka meuar-uarkan setiap kebaikan dilakukan. Seperti yang kita ketahui hubungan penyanyi Shiha Zikir dan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah begitu akrab.
Walaupun Arwah Kak Pah sudah tiada namun Shiha sentiasa mengingati setiap detik indah bersama. Perkenalan Shiha bersama ‘sifu’ dalam program realiti, Mentor musim kelima pada 2011 menjadikan Shiha ‘protégé’ kesayangan Kak Pah.
Berkongsi kisah tentang wanita hebat itu, Shiha menyatakan arwah banyak berkongsi pengalaman dan tip kejayaan yang sehingga kini dipraktikkan oleh Shiha.
Paling dikagumi sikap arwah yang menyembunyikan kebaikan dilakukan.
“Saya respek dengan sikap arwah yang tidak suka meuar-uarkan setiap kebaikan dilakukan. Malah, banyak rakan seperjuangannya dibantu tanpa mendedahkannya.
“Perkara ini saya ingat sampai hari ini dan menjadi panduan saya,” ungkap Shiha seperti mana dikongsi menerusi Berita Harian.
Kena Pandai Menyimpan Wang
Malah arwah Kak Pah juga sentiasa mengingatkan Shiha agar setiap kali menerima undangan pentas pastikan disimpan separuh.
“Arwah selalu ingatkan saya, setiap bayaran undangan nyanyian perlu disimpan 50 peratus, manakala bakinya barulah dibelanjakan.
“Memang kata arwah mulanya pahit, tetapi akan menjadi manis akhirnya.
“Lagipun, sebagai artis, kita tidak tahu sampai bila mampu bertahan.
“Apabila berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) barulah saya sedar kebenaran pesanan arwah.
“Saya ikut pesanannya, jadi, dapat juga saya membantu mereka yang berdepan kesempitan hidup dengan wang simpanan sebelum ini,” kongsi Shiha lagi.
“Kita ada hak untuk bergerak, tak perlu kasihan dan merasakan saya perlu duduk di rumah saja. Apa yang penting, saya seronok dan bahagia dengan apa yang saya buat,” – Ikuti perkongsiannya dalam Kisah Inspirasi Sukses MW.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...