Sifat Keibuan Menebal, Isteri Jangan Layan Suami Sama Macam Layan Anak!

Sebagai seorang ibu, sudah terbukti anda merupakan ibu yang terbaik. Bukan sahaja anak-anak yang merasa sifat ke’ibu’an anda itu tetapi juga rakan-rakan anda di media sosial. Gambar profil dan segala foto aktiviti harian yang dikongsi di laman sosial semuanya tentang anak-anak. Suami anda barangkali begitu pemalu kerana tidak ada satu pun gambar dia yang anda kongsikan.

Ya, siapa yang boleh persoalkan? Itu laman sosial anda dan tentu anda boleh tulis dan letak apa sahaja yang anda suka. Ikuti perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation.

Sifat Keibuan Menebal, Isteri Jangan Layan Suami Sama Macam Layan Anak!

Anak Atau Suami Lebih Penting?

Saya ingin berkongsi satu cerita benar. Seperti biasa semasa perjalanan pulang ke rumah dari pejabat saya mendengar saluran radio yang bercorak santai. Juruhebah memilih satu isu sempena gebang petang itu tentang isu yang mana lebih penting antara anak dan suami? Isu ini  seperti magnet yang sangat kuat menarik panggilan telefon daripada pendengar.

Saya terdiam apabila satu panggilan daripada seorang isteri yang secara terbuka menyatakan yang dia meletak anak-anak lebih tinggi berbanding suami. Mungkin ada isu lain antara dia dan suaminya tetapi dia mengaku yang dia tidak peduli sangat tentang makan pakai suami asalkan anak-anak terjaga. Juruhebah lelaki yang membawa peranan provokatif bertanya dalam ketawa sinis,

“Adakah awak tidak kisah jika suami bosan dengan perangai awak itu dan beralih perhatian kepada perempuan lain”

“Eh..mestilah kisah. Itu buat hal namanya!” begitulah lebihkurang jawapan daripada pemanggil itu. Barangkali isu itu terlalu berat dan sensitif yang suasana petang maka juruhebah wanita yang turut mengendalikan ruangan itu masuk campur dan beberapa saat kemudian panggilan itu tamat dan lagu popular dimainkan.

Sifat Keibuan Menebal

Nota kali ini bukan mahu mengupas isu pemanggil itu tetapi sebenarnya untuk menarik perhatian pembaca tentang kekeliruan antara isu layanan isteri kepada anak-anak dan layanan kepada suami sebagai isteri. Mungkin kerana sifat keibuan yang sangat kuat sehingga keliru dan melayan suami seperti budak-budak.

Tanpa sedar dan tanpa niat berbuat begitu, anda secara tidak sengaja membuat suami terasa seperti diperbudak-budakkan. Bagaimanakah sikap dan perbuatan itu? Itulah yang saya mahu kongsikan dalam nota minggu ini.

Berdikari Sebab Tak Nak Susahkan Suami

Anda berpendidikan tinggi dan juga wanita berdikari. Semua perkara anda boleh buat sendiri. Sifat ini bagus tetapi jika tidak berhati-hati boleh menyinggung hati suami. Adakah anda berniat tidak mahu menyusahkan suami tetapi agak keterlaluan sehingga dia merasa yang anda tidak percaya tentang kemampuannya sebagai kapten dalam rumahtangga?

Sebagai contoh dapur adalah gelanggang anda dan suami tidak boleh masuk campur. Apa yang anda masak itulah yang dia kena makan sebab dia ada masalah obesiti sama seperti dua orang anak anda. Semua keputusan penting yang perlu dibuat, anda yang boleh beri kata putus. Anda buat begitu  sebab dulu dia pernah buat silap dalam perniagaan sehingga rugi besar. Begitu juga anak-anak. Apa yang mahu dibuat mesti tanya mama dulu. Kalau mama kata ‘OK’ baru buat. Niat anda memang betul tetapi tidak ada suami yang suka diperlakukan begitu.

Dinamik hubungan antara suami dan isteri memerlukan anda berdua duduk bersama untuk berbincang kenapa situasi ini berlaku. Adakan ini berlaku kerana anda ‘cemas’ kerana tidak percaya pada dia atau kerana tidak faham sifat dan perangainya pada lapisan kedua, ketiga, keempat atau yang lebih dalam? Pernah anda fikirkan itu?

https://www.mingguanwanita.my/suami-mengaku-dirinya-curang-wajarkah-isteri-memaafkan-dan-beri-peluang-kedua/

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI