Barang kesayangan tak sengaja dipecahkan anak-anak atau pun suami. Faham sayang barang tu, tapi tak perlu marah-marah. Rasa nak marah.. tapi kena sabar. Dan tak usahlah mencari punca ‘salah siapa’.
Sayangkan barang biarlah berpada-pada. Ini pesanan yang dikongsikan Ummu Naufal. Tak dinafikan, nak mencari duit dan mengumpul barang kesayangan ini tak mudah. Tetapi ingatlah, barang itu tak bernyawa.
Anak-anak dan suami lebih berharga sebenarnya. Kerana, pada mereka punya jiwa yang perlu disayangi dan diambil peduli.
Tak Perlu Mencari Punca..
Sayang barang
Tercari-cari penutup periuk kecil Vision. Periuk ini, khusus untuk masak makanan Haneen. Setiap hari digunakan. Dibeli di Miami dan dibawa ke Yanbu bila pindah ke sini. Pastilah sayang. Jauh dibawa, banyak kenangannya.
Bila tong sampah dibuka, ternampak cebisan kaca di dalam.
“Laaaa, pecah rupanya!”
Mesti lewat malam semalam berlaku kejadian.
“Siapalah yang pecahkan? Boleh jadi anak, boleh jadi juga Abinya.”
“Macam manalah boleh pecah? Dah berbelas tahun guna, tak pecah pun.”
Duhai hati yang cintakan dunia,
Lepaskan!
Bebaskan hati kita!
Ads
Tak perlu dicari siapa puncanya.
Dan tak perlu tahu macam mana berlakunya.
Tak perlu sesal,
kerana sudah berakhir hayat barang itu berkhidmat untuk kamu di dunia.
Ia cuma barang!
Allahu besarnya pengorbanan seorang ibu tiada galang ganti.Bukan mudah untuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan kian aktif, adakalanya boleh mengakibatkan diri sendiri tercedera. Ini yang dialami oleh pelakon dan penyanyi Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe atau lebih dikenali Betty Banafe,39.
Baru sebentar tadi, ibu kepada sepasang cahaya mata ini, Julia Claire Dargus,5 dan Bruce Dean Dargus,3 berkongsi cerita yang mata hitamnya tertusuk mainan anak. Namun apa yang menariknya, meskipun tercedera dan alami luka, Betty tetap positif dengan ujian yang menimpa serta menganggap pengorbanan bagi seorang ibu memiliki anak yang aktif.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Bersyukur Kita masih boleh nampak. Alhamdulillah.. bayangkan mereka yang buta permanently..salute pengorbanan mereka dan orang sekeliling mereka. Kuatnya semangat mereka untuk hidup, Dan terus hidup kerana Allah. Bagi mereka yang tersenyum melihat orang lagi menderita, bersihkan lah hati mu.Kerana waktu Kita akan datang dengan cubaan yang sama atau yang lain nya. “
Betty juga sempat menitipkan pesanan agar para pengikutnya mendoakan perkara yang baik-baik buat mereka sekeluarga.Serta para golongan ibu-ibu diberikan kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan menguruskan anak-anak.
“Doakan yang baik baik buat kami sekeluarga.Terima kasih bagi yang mulia hatinya.Anakku tertusuk mataku dengan mainan Lego nya.Pengorbanan seorang ibu pada anaknya yang aktif Masyaallah hingga melukakan mata hitam nya.Semoga Kita para ibu diberi kesabaran yang tertinggi.. amin ya Rab.”
Terdahulu, Betty telah berkahwin dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan pasangan ini telah 6 tahun mendirikan rumahtangga. Mingguan Wanita mendoakan agar Betty segera sembuh daripada kecedaraan ini, dan banyakkan bersabar dalam menjaga anak-anak yang semakin aktif.
Selalunya orang luar merasakan pasangan yang kita ada adalah yang terbaik. Mulalah memuji sebab pasangan dilihat berbuat baik pada isteri dan keluarga. Beruntungnya dia ada pasangan sebaik itu.
Itulah yang mungkin dikatakan oleh orang luar tentang pasangan yang berbuat baik pada isteri dan anak-anak. Hakikatnya, semua itu hanya isteri dan anak-anak saja yang tahu baik buruk pasangan di mata mereka.
Bila berkahwin, corak dan warna perangai sebenar akan mula terserlah. Mungkin juga ada pasangan yang sebelum berkahwin bukan main lembut lagi tapi bila sudah berkahwin, mula tunjuk perangai yang berbez, berubah 360 darjah.
Ini belum lagi bila dihadapan kawan-kawan. Bukan main baik lagi, tapi bila dengan isteri dan anak, 10 kali tanya pun belum tentu dijawabnya.
Janganlah begitu, hidup berkeluarga kenalah dahulukan pasangan dan anak-anak. Merekalah yang lebih kenal hati budi dan perangai sebenar kita. Susah senang kita nanti, anak binilah yang dicarinya.
Sebab itulah, kalau nak berbuat baik, kena dahulukan isteri dan keluarga seperti yang dikognsikan oleh Firdaus Shakirin ini.
Kita sebagai suami, baik buruk hanya isteri kita seorang sahaja yang tahu…
Ayah kita tak tahu, mak kita tak tahu, adik beradik kita pun tak tahu…
Kita buat baiklah maacm mana pun pada orang di luar, kita pijak semut tak mati sekali pun, lidah tak bertulang dan nampak mulia di mata masyarakat sekeliling kita pun, tapi kalau kat rumah kita dengan isteri tu sebaliknya, maka kita ni adalah seorang yang “munafik”…
Bila dengan isteri sendiri lain, dengan orang luar lain.
Kalau nak baik, buat pada keluarga sendiri dulu, anak-anak kita. Itu yang paling afdal an utama. Orang yang baik pada keluarga dia, Insya Allah akan baik terhadap mereka yang berada di sekelilingnya.
Tapi orang yang baik terhadap orang sekelilingnya, belum tentu lagi baik terhadap keluarganya.
Dengan kawan cakap elok-elok tapi dengan isteri cakap tinggikan suara, tengking-tengking. Bila dengan adik beradik sendiri boleh melawak dan bergurau senda. Tapi dengan isteri serius sepanjang masa.
Apatah dengan mak ayah sendiri boleh hormat dan buat apa yang mak ayaah suruh, tapi dengan isteri sendiri tak nak hormat dan tak nak dengar cakap isteri.
Isteri Lebih Kenal
Isteri nampak tingkah laku kita, tahu pembawakan diri kita itu berbeza. Kita bukan orang yang sama di luar dan di dlm rumah…
Suruh solat pun liat, tapi di kampung solat tepat waktunya, nafkah pun tak bagi, tapi rajin belanja kawan-kawan makan. Tolong orang sana sini tapi isteri minta tolong, disuruh buat snediri. Sentiasa selesaikan masalah orang lain, tapi masalah di rumah sendiri pura-pura tidak tahu.
Kalaulah kan isteri itu nak berterus terang beritahu semua orang sikap dan perangai suami yang sebenar, boleh saja dia buat. Tapi untuk apa. Isteri pula akan dituduh buka aib suaminya.
Dia hanya nak suami dia itu adalah orang yang sama baik di dalam atau di luar rumah. Dia hanya nak suami dia seperti diri suaminya di depan mak ayah, adik beradik, kawan-kawan dan orang lain.
Dia tak nak suami dia jadi “munafik”…
MW: Entahlah, apalah yang suami fikirkan, isteri dan anak inilah yang sentiasa ada dalam susah dan senang.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan.
Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Selalu kita dengar, adik beradik boleh berpecah belah, bergaduh dan putus saudara, gara-gara kerana harta pusaka peninggalan mak ayah. Sedikit atau banyak harta pusaka itu tidak menjadi persoalan yang penting mereka mendapat hak masing-masing.
Kadang-kadang, harta peninggalan tidaklah seberapa dan sesetengahnya, mak ayah masih ada lagi. Tapi adik beradik sudah mula menghitung jumlah yang boleh mereka dapat. Kesian mak ayah yang punya anak seperti ini.
Ketahuilah, harta pusaka itu adalah hasil usaha mak ayah kita semasa mereka masih hidup. Tak perlulah kita berebut atau bergaduh. Kalau ada pun bahagian kita, bersyukurlah.
Inilah yang harus dipesan oleh adik beradik kita seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa Fans ini.
Pesan Pada Adik-Beradik
Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri..beli rumah, beli tanah, beli aset..
Bagi ada harta dengan nama sendiri..
Jangan direbutnya tanah sekangkang kera di kampung tu nanti..
Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka…bertelagah..
Kita ini sulung ke, lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain pun, janganlah fikir, berharap.. atau meletakkan target yang kita nak rumah, mahukan tanah, kita nak kebun atau nak harta..
Jangan..
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, bergaduh dan nak menuntut.. Sedangkan ketika “harta” tu ada, bukan kita yang jaga, usahakan atau berbakti. Tiba-tiba bila harta tu sudah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat “hak” kita…
Hak apa yang kita nak? Kita tuntut dan kita berhak ke?
Kumpul Harta Sendiri
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita…yang lebih utama ialah menjaga ibu bapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka…
Ini tak, kita buat mereka seperti bola..sekejap pass sana, pass sini..
Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka..
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan.. Tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama “harta pusaka”..
Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula..
MW: Isu inilah yang memang tak akan pernah habis dan sering jadi masalah dalam hubungan adik beradik.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!