Shu Shukri tarik kes tumbuk pipi kiri. Terbaru ramai yang terkejut apabila pempengaruh media sosial Nurul Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Shu Shukri menarik balik kes menumbuk pipi kiri yang didakwa dilakukan bekas suaminya Hafidz Roshdi.
Kes tersebut didakwa dilakukan oleh Hafidz pada 13 Mac lalu. Seperti mana ditemubual wartawan Hafidz sangat gembira apabila Shu menarik semula dakwaan tersebut dan memberita dirinya sudah berdamai dengan bekas isterinya itu.
“Alhamdulillah, saya rasa sangat berpuas hati. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada media yang datang. Terima kasih banyak-banyak.
“Tentunya rasa gembira. Alhamdulillah rasa bersyukur. Selama ini memang dah tenang, hari ini lagi tenang.
“Saya rasa ini berita yang sangat gembira untuk saya. Saya harap ini membuka mata kepada orang-orang di luar sana, bahawa kami sudah berdamai. Tak ada konfrontasi dan sebagainya,” ungkap Hafidz seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Tak Ada Sebarang Isu
Hafidz juga menerangkan dirinya dan bekas isteri sudah sepakat untuk berdamai.
Ads
“Tak ada sebarang isu atau sebarang provokasi yang berlaku.
“Memang kami bersetuju untuk berdamai secara baik. Semuanya secara baik.
“Saya harap semuanya berdamai dan berjalan dengan baik. Isu anak-anak itu dapat diselesaikan dengan baik,” kongsinya.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nora Danish berpakaian tutup aurat. Baru-baru ini pelakon cantik, Nora Danish membuat penampilan dengan mengenakan hijab menerusi akaun media sosialnya. Tindakan Nora itu mencetuskan pelbagai pertanyaan di kalangan warganet apatah lagi Nora turut menyekat komen menerusi hantaran terbabit.
Sebelum itu industri hiburan dikejutkan apabila ibu kepada dua orang cahaya mat aini telahpun sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Nedim Nazri selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok Nora memberitahu dirinya mengenakan pakaian menutup aurat dek kerana mahu menunaikan solat dan membaca al-Quran ketika berada di hospital kerana menjaga bekas suaminya yang sedang sakit.
“Pada siapa yang tahu Nedim sekarang berada di hospital dan dalam proses pemulihan.
“Cuma, saya tidak boleh kongsi butiran penyakit Nedim kerana sulit dan terlalu peribadi buat keluarga mereka.
“Kalau saya menjaganya di hospital, saya guna pakaian yang senang untuk saya tunaikan solat.
“Pada masa sama, saya mengaji. Jadi, lebih senang jika saya mengenakan pakaian menutup aurat,” luah Nora.
Pada perkongsian yang sama Nora turut berterima kasih kerana mendoakan agar dirinya kekal mengenakan hijab.
“Saya ingin berterima kasih kepada anda yang tidka henti-henti mendoakan saya.
“Saya harap doa anda, ibu dan doa saya, Allah makbulkan… Insya-Allah,” ungkap Nora.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Datuk Siti Nurhaliza taja 20 pasangan program IVF, warga maya puji usaha murni bantu usaha miliki zuriat. Anak adalah penyeri rumah tangga selain penyambung zuriat dalam sesebuah perkahwinan.
Bagaimanapun bukan semua pasangan yang berkahwin melalui jalan mudah untuk memiliki zuriat. Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun namun masih belum berpeluang memiliki zuriat.
Persenyawaan in vitro (IVF) adalah usaha buat pasangan memiliki zuriat. Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik @nurjiwafoundation
Video berkenaan memaparkan Tokti yang memberi tahu bahawa di bawah yayasan Nurjiwa Foundation akan mengadakan program IVF bagi 20 pasangan yang telah berkahwin namun belum dikurniakan cahaya mata.
Assalamualaikum, kami ingin berkongsi berita gembira kepada pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga dan masih belum mempunyai zuriat untuk menyertai Program IVF Nurjiwa. Anda boleh semak kelayakan seperti berikut:
Kriteria Kelayakan: – Warganegara – Pendapatan bulanan bersama tidak melebihi RM6000 – Tempoh perkahwinan melebihi 5 tahun – Umur isteri hendaklah 36 tahun kebawah – Lulus pemeriksaan kesuburan di Alhaya Fertility Centre (Kos pemeriksaan adalah tanggungan sendiri)
Permohonan adalah terhad kepada 20 pasangan terawal sahaja.
Daftar sekarang di: [https://forms.gle/AofVeCKGwhdQPgVJA]
Rata-rata ramai warga maya terpegun dengan video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa program yang dibuat oleh Tokti bersama suaminya di bawah yayasan tersebut akan memberi sinar baru dalam kehidupan pasangan yang kurang berkemampuan tetapi teringin untuk memiliki zuriat.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kronologi kes menyayat hati, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan, 6 pelaku ke tali gantung. Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Enam bekas penuntut tersebut ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang kesemuanya kini berusia 28 tahun.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati. “Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Berikut kronologi kes pembunuhan Zulfarhan yang meruntun hati seluruh rakyat Malaysia.
13 Mei 2017
Mangsa dipukul kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya.
20 Mei 2017
Mangsa dipanggil pada jam 3.00 pagi ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer.
Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga 11 pagi 21 Mei.
27 Mei 2017
Mangsa dalam keadaan lemah dibawa mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian di Sebiah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Mangsa dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.
30 Mei 2017
Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh suspek yang membulinya.
1 Jun 2017
Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis.
Mangsa dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum kematiannya disahkan.
14 Jun 2017
Seramai 19 orang pelajar UPNM yang dipercayai terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Kesemuanya mengaku tidak bersalah.
Walau bagaimanapun enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.
14 Ogos 2017
Perbicaraan kes sepatutnya diadakan ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan ini ditolak kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.
29 Januari 2018
Hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh mengaku tidak bersalah.
23 Januari 2018
Perbicaraan disambung dan saksi terlibat iaitu rakan rapat Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik Johor Bahru memberi keterangan seterika yang digunakan dalam kejadian adalah miliknya dan merupakan item utama dalam kes ini.
Jun 2019
Mahkamah menetapkan 8 Julai 2019 sebagai tarikh mendengar hujah tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.
8 Julai 2019
Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.
31 Julai 2019
Seramai 18 orang penuntut UPNM yang berusia 25 tahun diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.
Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir ses pendakwaan.
Pertuduhan terhadap enam tertuuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Manakala baki 12 yang lain pula akan dibicarakan di bawah seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Susulan daripada itu, bapa Zulfarhan dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar selepas mendengar keputusan hakim.
Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.
2 Oktober 2019
Mahkamah mengarahkan 18 dari 19 tertuduh dalam kes kematian Allahyarham Zulfarhan membela diri.
Kes membela diri bermula di mana 20 saksi memberi keterangan.
8 April 2021
Pembelaan menutup kes.
29 dan 30 September 2021
Penghujahan akhir kes pembelaan.
2 November 2021
Keputusan akhir dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah yang mana enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.
Manakala 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.
3 Januari 2024
Dalam satu temu ramah portal berita tempatan, ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menyatakan beliau bukan tidak reda namun tidak boleh terima cara arwah didera.
Malah sehingga ke saat itu beliau dan suami, Zulkarnain Idros trauma menggunakan seterika untuk menggosok pakaian mengenangkan penderitaan dilalui anak sulung mereka.
Zulkarnain berkata, selepas kematian anaknya itu, beliau ‘mengharamkan’ keturunannya tidak kira anak atau cucu untuk memasuki universiti itu.
14 Mei 2024
Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu ini.
Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.
Katanya, tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada Zulfarhan.
Bagi kes pemerasan pula, Zulfarhan dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya,” katanya.
Mahkamah mendengar rayuan silang 12 orang pelaku yang menyebabkan kecederaan kepada Allahyarham Zulfarhan.
16 Mei 2024
Mahkamah menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.
Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Dania! Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sani dan Mohamad Syazwan Musa.
Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Keputusan bedah siasat mendapati kematian Zulfarhan Osman adalah disebabkan kombinasi antara ‘hypervolemia’, masalah jantung dan buah pinggang. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur merumuskan punca kematian disebabkan jangkitan kuman di dada dan luka lecur utama ‘sequela.’
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cukup menyayat hati kemalangan tragis antara dua buah kereta yang berlaku semalam, dua maut manakala empat lagi cedera yang melibatkan Proton Saga dan Nissan Sentra.