Alhamdulillah, merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikurniakan cucunda baru-baru ini. Hanya bersela 2 hari dikurniakan sepasang cucunda hampir serentak, putera dan puteri.
Pengkhabaran ini disiarkan dalam satu hantaran menerusi laman Instagram @Istana_Negara pada tengahari tadi.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan inayah-Nya, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dikurniakan dua cucunda baru-baru ini.
Ads
Selang 2 Hari
Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.
YM Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga YAM Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Ads
Manakala YM Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua YM Tengku Abu Bakar Ahmad dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran merafak sembah ucapan tahniah buat pasangan diraja ini di atas kurniaan cucunda-cucunda tersayang, sekaligus melengkapkan jumlah 5 cucunda, baginda berdua ketika ini.
Semoga Lara cepat sembuh, patah tangan kiri tersungkur jatuh atas jalan. Allahu kesiannya Lara Alana puteri sulung kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari ini.
Selepas dua minggu akhirnya ibu dan ayah memaklumkan Lara mengalami kecederaaan patah tangan kiri akibat daripada terjatuh.
Seperti mana yang diberitahu menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram Lara Alana, kejadian berlaku pada 11 Februari lalu di mana Lara jatuh tersungkur ketika bermain di hadapan kawasan kediaman mereka hingga terpaksa dibawa ke hospital selepas lengannya membengkak.
“Disebabkan ramai yang bertanya, cerita dia macam ini, balik dari Langkawi hari tu, Lara pun macam biasa, main dengan kawan-kawan di kawasan rumah.
“Biasalah sudah lama tak jumpa kawan, teruja. Tiba-tiba ketika berlari, Lara tersungkur dan jatuh atas jalan sehingga seluar koyak serta lutut berdarah.
“Daddy (saya) pujuk masuk mandi dan bersihkan luka. Mula-mula tak perasan, tiba-tiba Lara mengadu tangannya sakit dan lengan dia juga mula membengkak.
“Bawa pergi ke (bahagian) kecemasan dan terus buat ujian X-Ray (imbasan). Doktor maklumkan dua tulang patah,” luah Awal.
Bapa kepada dua cahaya mata ini juga memaklumkan Lara terus dimasukkan ke dewan pembedahan sejurus selepas itu. Malah pembedahan juga telah berlangsung selama setengah jam.
“Jadi Lara perlu memakai ‘cast’ (penyangga) itu untuk tempoh sebulan. Doakan Lara cepat sembuh ujarnya” sambung Awal.
Manakala Scha yang ketika itu menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis terus bergegas pulang ke Kuala Lumpur.
Romantisnya Lisa & Yusry sedekad mahligai bahagia. Tahniah diucapkan buat pasangan sama cantik sama padan Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani yang sudah 10 tahun melayari kehidupan berumah tangga.
Diam tak diam, begitu pantas masa berlalu apabila pasangan ini rupanya sudah sedekad menjalin hubungan cinta sebagai pasangan suami isteri.
23 Februari detik nan indah apabila mereka disatukan apatah lagi pasangan ini saling memberi ucapan yang cukup manis antara satu sama lain menerusi akaun Instagram masing-masing sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
Ayat romantis menggambarkan betapa bahagianya kehidupan pasangan itu yang kini dikurniakan tiga cahaya mata.
Malah Yusry juga turut meluahkan rasa hatinya dengan memanjatkan rasa bersyukur dipertemukan jodoh dengan wanita teristimewa. Bukan itu saja malah Yusry juga berterima kasih kepada isteri tercinta yang telah melahirkan tiga anak kesayangan.
“10 tahun dah kita hidup bersama.
“And throughout it, there isn’t a single minute that I don’t feel like the luckiest guy in the world.
“Thanks for the wonderful & meaningful times spent together… thanks for always being there for me & our children.
“You are such a wonderful person to be spending my life with; you are a fabulous & loving mother to our 3 beautiful kids. Really don’t know how else to express my feelings as I am so deep in gratitude. Thank you dear,” luah Yusry.
Pelakon cantik Lisa juga membalas kata-kata paling manis buat suaminya.
“I love you & am madly in love with you. Selamat Hari Kita 10 sayang”
“BismillahiMasyaAllah. Dearest Yushby, we hit a milestone together today. Alhamdulillah, 10 lovely years. Who would have thought here is where we would be today after our eyes were locked on one another at that Raya event.
“It was so brief , in my mind then I thought “Get real Lisa. He’s not interested.” U later told me , you thought “I would never get a chance with her.” But by His Will and Grace, I have had the chance to spend my days with someone I had the hots for and love the one who became my best friend.
“He also blessed us with 3 beautiful children. Though our lives were with its ups and its trials, am truly grateful to Him and I count my Blessings how we made it through together. May our love be blessed with His Barakah and may He allow for us to grow old together and be reunited again in the Gardens of Paradise.
“Kurniakanlah Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah buat kami Ya Allah. I love you Baby. Selamat Hari Kita,” tulis Lisa pula.
Malah dikesempatan itu juga, Yusry turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan.
“Terima kasih kepada semua atas segala ucapan untuk Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 10.
“Kami doakan yang terbaik juga untuk anda semua -YL,” coretnya.
Menerusi ruangan komen, ramai rakan artis dan pengikut di akaun Instagram pasangan ini mendoakan yang terbaik.
Paling menyentuh perasaan komen dari bapa tunggal, Shuib Sepahtu yang turut menyatakan bakal menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-11 tiga hari lagi.
“Alhamdulillah, Syukur, Happy Anniversary both of U, My Anniversary coming up lagi 3 hari,,,Alhamdulillah 11 tahun 🤲 Semoga Allah kurniakan rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat @lisasurihani,” komen Shuib.
Ternyata apa yang ditulis oleh Shuib cukup membuatkan air mata bergenang. Walaupun arwah isterinya, Siti Sarah sudah tiada namun Shuib sentiasaa mengingati tarikh penting mereka. Al Fatihah buat arwah Siti Sarah.
Mingguan Wanita: Semoga Yusry dan Lisa hidup bahagia di dunia hingga akhirat. Buat Shuib pula semoga tabah harungi kehidupan.
Kemelut kontroversi bekas balu allahyarham Abam Bocey ini akhirnya menemui jawapannya apabila pihak mahkamah dan hakim memutuskan bekas adik iparnya, Ali, Puteh, diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 terhadap kes saman fitnah difailkan kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan, di Instagram dua tahun lalu.
Dalam pernyataan ringkas yang dikongsi di Instagram story, Hidayah menegaskan bahawa dirinya tidak gilakan harta arwah suami malah tidak fitnah sesiapa seperti yang dituduh. Hidayah juga meluahkan rasa syukur dan malah turut berterima kasih pada tuan hakim apabila kemenangan tersebut dapat membuktikan kebenaran sekaligus membersihkan nama dan maruahnya.
Hidayah juga percaya bahawa berkat doa semua orang yang mendoakannya, doa anak yatim serta yakin Allah bersama orang yang benar dan memakbulkan doa orang yang teraniaya.
Sementara itu, bagi menzahirkan rasa kesyukuran di atas kemenangan keputusan tersebut yang memihak padanya, Hidayah juga berkesempatan membeli buah-buahan, bersedekah untuk orang-orang surau.
Mingguan Wanita: Alhamdulillah dan tahniah atas keputusan kemenangan ini. Sekaligus dapat membersihkan nama dan maruah diri Hidayah yang dituduh gila harta selama ini. Semoga Hidayah dapat membesarkan anak tunggal kesayangan dan menjalani kehidupan yang lebih baik dan tenang selepas ini.
Sedang berpantang selama 15 hari selepas melahirkan anak kedua pada 2016 bukan penghalang untuk ibu anak tiga menghadiri temuduga dalam bidang kejuruteraan.