Bapa ini, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24 menjawab pertanyaan orang yang tentang Ainul Mardhiah sewaktu bayinya itu masih diuji ketumbuhan pada lidahnya. Adakah dia mendedahkan Ainul kepada umum atau sebaliknya.
Akui bapa ini. ‘Kadangkala dia bawa juga Ainul keluar.’ Cuma dengan kondisi yang terlindung agar tak dapat terlihat oleh umum. Ujian Safiuddin dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 23 tak sedikit.
Saat hati terlalu rapuh dan berputus asa, pernah bapa ini mendoakan yang bukan-bukan untuk anaknya. Namun, kuasa viral mendedahkan juga ketumbuhan yang dialami Ainul Mardhiah, bayi usia 8 bulan itu kepada orang ramai. Dan kesannya luar biasa hebat.
Sebelum pembedahan dulu, setiap kali nak bawa Ainul Mardhiah keluar wajah Ainul akan ditutup sebegini.
Bawa Ainul Mardhiah Keluar, Dan Akan Tutup Wajahnya
Orang tanya dulu masa ainul ada ketumbuhan tu, duduk rumah je ke?.
Jawapan : Tak pun. Kadang-kadang keluar juga. Selalunya ainul ikut walid pergi kedai. Jaga ainul di kedai. .
Selalunya kalau bawak ainul keluar, dia akan ditutup macam dalam gambar ni. Ya. Memang kami tutup sebab tak nak bagi orang nampak.
Ads
Bukan sebab malu, tapi sebab tak nak nanti orang sedih bila tengok ainul and takut orang ramai nak tengok dia.
Kalau boleh dulu, memang tak nak cerita pada sesiapa pun pasal ainul ni terutama pada umum. Sebab pada ketika itu, walaupun kami rasa ujian ini terlalu berat, tapi kami berjaya pujuk hati kami bahawa ada orang lagi berat ujian mereka.
Pernah Doa Yang ‘Bukan Bukan’ Kepada Ainul
Kedua, kami tak mahu ainul viral. Kalau ikutkan, kami boleh je ambil kesempatan viralkan ainul ni. Tak perlu tunggu ketumbuhan tu besar untuk raih simpati.
Ads
Tapi saya rasa serba salah ketika itu sebab saya bekerja dan mempunyai pendapatan yang tak sedikit dan tak banyak. Setakat mahu ulang-alik hospital dan biaya perubatan ainul, alhamdulillah saya mampu ketika itu walaupun kadang-kadang bisnes tak ok. .
Alhamdulillah, Allah cukupkan rezeki kami sekeluarga.
Tapi kami selalu doa supaya Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kami.
Akhirnya, kisah ainul di viralkan oleh orang lain. Dan kesan daripada itu, Ainul sihat dan ceria pada hari ini.
Ads
Dulu, kami hampir berputus asa sehingga doa yang ” bukan bukan ” kepada Ainul.
Alhamdulillah… semakin sihat dan cantik Ainul Mardhiah.
Ketika Tak Mampu Buat Apa-apa Setelah Berusaha, Mintalah Pada Dia
Then bila fikir-fikirkan balik, selagi nyawa masih dikandung badan, jangan sesekali menyerah kalah. Hanya mati sahaja tiada ubatnya. Selagi badan masib bernyawa walaupun sakit, tetap ada ubatnya. .
Jangan putus asa.
Allah swt ini sangat ajaib. Pada waktu kita rasa kita dah tak mampu nak berbuat apa apa setelah berusaha, maka kena akur bahawa Allah swt itu memiliki segalanya. Minta pada DIA.
Percaya lah, DIA lebih tahu apa yang tidak kita tahu.
Ilmu dan fikiran kita terbatas, tetapi tidak bagi Allah SWT
Akhir sekali, kuat lah kita dalam apa jua cabaran yang kita sedang atau bakal lalui, DOA dan JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA!
MW : Buat mak ayah yang diuji anak sakit di luar sana. Ambil lah inspirasi dari kisah ibu bapa Ainul ini. Semoga urusan mak ayah dipermudahkanNya juga nanti.
Sayunya hati bila seorang ibu merindu anak-anaknya. Begitulah perasaan yang dialami Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid atau lebih mesra dengan panggil Shahida yang kini tepaksa membuat kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat adik lelaki dan isterinya yang positif Covid-19.
Seperti mana yang dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini menyatakan kerinduan kepada anak-anaknya terutama Yusoff. Shahida dan Aliff dikurniakan lima orang anak, Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.
Yusoff Sering Bagi Alasan Nak Dekat Dengan Mama
Isteri kepada jutawan kosmetik ini juga mengakui ketika sedang menjalani kuarantin di rumah anak-anaknya terutamanya Yusoff yang sering cuba datang ke biliknya.
“Rindu sangat nak dukung anak..nak cium nak gomol……..paling geram dengan Yusoff ni….siap curi-curi datang bilik saya nak masuk……dia kata Yusoff takut, Yusoff takut…alasan nak dekat dengann mama dia…….nak minta kek la….mama cantik la….baju mama ada bangau la…macam-macam akal dia.
“Sabar ya anak-anak semua…tak lama lagi dah habis kuarantin.
“Kepada yang tanya IG Yusoff…IG Yusoff kena hack….saya tengah usaha juga nak dapat balik tapi sebab masing-masing kurang mahir la bab-bab IT ni…mudahan ada orang yang sudi bantu…saya sayang kenangan Yusoff masa kecil sampai besar…macam-macam ada kenangan dalam IG tu” tulis Shahida.
Sebelum itu, Shahida ada menulis perkongsian mengenai dirinya yang kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
“Assalamualaikum,
“Saya sekarang tengah menjalani kuarantin di rumah memandangkan adik saya dan isterinya positif covid-19… isteri nya merupakan seorang JURURAWAT dan dia juga mendapat jangkitan Covid-19 daripada pesakit yg dirawat….
Dua Kali Ujian Calitan Negatif
“Alhamdulillah dah dua kali saya swab test iaitu pada 30/11 dan yg terbaru semalam 3/12 dan kedua2 test PCR saya negatif.
“Hanya saya seorang saya yang di kuarantin kerana saya sahaja kontak rapat yang berjumpa dgn adik saya dan isterinya…suami saya @aliffsyukriterlajaklaris dan anak-anak saya tidak berjumpa mereka.
“Sabtu 28/11 saya jumpa mereka dan 30/11 mereka telah disahkan positif , saya sendiri telah mengambil inisiatif utk kuarantin dan menjalankan swab test…..sementara menunggu KKM menghubungi saya sebagai kontak rapat.
Saya Pakai Gelang Putih Bukan Pink
“Saya maklumkan supaya tak ada pihak-pihak yang mengambil kesempatan cuba mengaitkan saya menuduh menjadi punca kluster-kluster tertentu…….saya pakai gelang tapi bukan gelang pink tapi gelang putih ok,gelang ada 5 warna…ikut stok dan daerah tak silap……. saya juga tidak mendekati atau menyentuh anak-anak saya juga…..walaupun sedih tengok anak-anak nangis-nangis kan tapi keselamatan mereka lebih penting…
Doakan Adik & Adik Ipar Kembali Sihat
“Doakan adik saya @shaiful_rashid dan isteri @ainilameera yg berada di Hospital Sg Buloh kembali sihat….Kita doakan semua juga mereka yg dijangkiti covid segera sembuh…….Covid bukan satu jenayah untuk kita sisihkan mereka….juga bukan musibah kepada sesiapa yang kena…..pandang dari sudut yang baik adalah ujian Allah kepada hamba-hamba yang dia sayangi ,” kongsinya.
Selepas membeli 100 tablet, akhirnya hadiah yang begitu dinanti-nanti pelajar memerlukan ini disampaikan sendiri oleh Ustaz Ebit Lew. Perasaan sebak tetap terbit di sanubari Ustaz, apabila masih ada ramai lagi pelajar yang masih mahukan untuk keperluan belajar.
Berkali Ustaz meminta maaf dalam postingnya di instagram, kerana masih belum dapat memenuhi permintaan 100 ribu permohonan pelajar yang diterimanya.
Bagaimana pun, tetap ada bahagian untuk anak-anak yang direzekikan menerima. Kongsi Ustaz Ebit lagi,
“Tadi dengan bantuan guru besar dan cikgu yang hebat aturkan pelajar menerima hadiah dari saya. Saya singgah di sebuah sekolah. Sebenarnya kasihan jika pelajar tak masuk kelas walau secara online.
Banyak juga yang saya kenal pasti khas untuk yang ada kad OKU dan adik beradik ramai terus hantar ke rumah.. Maafkan saya yer tak banyak. Sorry yer. Sorry. Saya minta maaf. Tab ni permintaan ada 100 ribu dah.
Dah setahun tiada kelas sangat. Takut setahun lagi. Ilmu sangat penting membangunkan jiwa pelajar. Adik-adik belajar rajin-rajin yer. Doakan yer cuba bantu sikit-sikit lagi.”
Mohon Doakan Dapat Bantu Lagi Pemberian Tablet
Sebelumnya pemberian tablet ini lagi Ustaz Ebit sudah berasa sebak. Mengenangkan permintaan anak-anak yang begitu memerlukan.
“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja (sebaik Ustaz Ebit muat naik pemberian tablet 4 hari lalu) 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri.
Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8 ribu kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.”
Ustaz Ebit Lew dengan rendah hati memaklumkan ketidak mampuannya. Bagaimanapun, ramai sedia maklum dan sedar betapa Ustaz sudah melakukan yang terbaik. Malah, usaha yang ustaz lakukan untuk menggembirakan anak-anak sekolah ini begitu murni memberi kesan di hati rakyat Malaysia.
Tangan kirinya telah tiada. Tetapi itu bukan halangan untuk Mohd Yusnizal bin Mohd Yusoff untuk melakukan aktiviti yang disukainya iaitu selam skuba dan menunggang motosikal. Terkini, Yusnizal telah berjaya mendapat lesen yang membolehkan dirinya bergelar jurulatih selam skuba berlesen.
“ Tuhan tidak mahu kita mengeluh. Apabila Dia tarik sedikit daripada kita itu sebab Dia bagi kelebihan yang banyak yang kita tidak tahu. Saya banyak cuba buat aktiviti dengan menggunakan sebelah tangan.
“ Saya bersyukur sehingga sekarang tidak ada masalah dalam apa sahaja yang saya lakukan. Sekarang ini saya antara instructor OKU diving yang pertama di Malaysia. Saya boleh mengajar dan memberi lesen kepada sesiapa sahaja yang mahu melakukan aktiviti selam skuba. Lesen ini saya perolehi daripada Scuba Diving International (SDI).”
.
Suka Mencabar Diri
Jelas Yusnizal lagi, selam skuba jadi pilihan kerana dia dapat melihat keindahan di dalam lautan. Pemandangan di dalam laut sentiasa berubah walaupun penyelam berada di kawasan yang sama. Melihat pemandangan yang cantik juga boleh menghilangkan tekanan dalam dirinya.
“ Saya suka mencabar diri. Kalau orang lain boleh buat, kenapa saya tidak boleh buat seperti mereka. Saya cabar diri buat kali pertama dengan menyertai sukan paint ball. Saya memang suka sukan lasak. Banyak juga pertandingan yang saya sertai bersama-sama dengan pasukan paint ball saya.
“ Setelah saya jadi OKU, saya cabar diri sekali lagi dengan menyertai selam skuba. Perkenalan saya dengan selam skuba ini berlaku apabila saya bertemu dengan sekumpulan penyelam skuba berlesen. Mereka kata jika saya mahu bercampur dengan mereka, saya perlu ada lesen selam skuba.
“ Masa itu saya rasa tercabar. Saya pergi semua tempat selam skuba. Tetapi semua tidak mahu mengajar saya. Mereka tidak percaya saya boleh menyelam skuba. Walau ditolak saya tidak patah semangat.
“ Apabila kumpulan ini pergi melakukan aktiviti selam skuba, saya ikut tetapi saya buat aktiviti snorkelling. Namun apabila sampai di tempat tersebut saya telah berkenalan dengan seorang guru selam skuba. Dia tarik saya masuk belajar selam skuba. Dia ajar saya sehingga dapat lesen selam skuba,” ujarnya lagi.
Contoh Kepada OKU Lain
Selepas mendapat lesen selam skuba, Yusnizal mula melangkah jauh dalam bidang selam skuba ini.
“ Saya ambil lesen ini sebab saya mahu tunjukkan kepada orang lain bahawa OKU seperti saya juga boleh jadi tenaga pengajar. Untuk mendapat lesen ini memang susah. Memang orang tidak akan percaya OKU boleh melakukannya.
“ Apabila saya ada lesen, saya boleh menjadi contoh kepada OKU lain yang berminat untuk menceburi selam skuba ini untuk menceburinya sama. Sekarang ini saya lebih yakin dengan kebolehan diri. Saya juga lebih bermotivasi. Tidak ada benda yang mustahil yang tidak boleh kita lakukan.”
Selain selam skuba, Yusnizal juga suka menunggang motosikal. Pada Disember 2018, dia telah berjaya mencatat rekod Malaysia dengan menunggang motor menggunakan sebelah tangan di jalan yang mempunyai 1000 selekoh di Thailand.
.
KISAH YUSNIZAL SELANJUTNYA BOLEH DIKETAHUI DALAM RUANGAN KU GAPAI BINTANG, MAJALAH MINGGUAN WANITA VOLUME 2 DISEMBER 2019.
Foto: Azfarina Sulaiman dan koleksi peribadi Mohd Yusnizal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah mengharukan tentang Dr Siti Ruqyah Adnan yang kehilangan ayahnya beberapa jam sebelum konvokesyen, namun tetap bangga menunaikan impian ayah untuk melihatnya bergelar doktor.