Setiap anak pasti menjadikan mak sebagai kekuatan utama mereka, apatah lagi di saat mereka jatuh tersungkur. Bukan mudah anak bangkit semula tanpa kekuatan daripada seorang wanita yang bergelar “MAK”.

Tanpa mak, mana mungkin anak yang diuji Tuhan mampu bangun daripada kegagalan yang dilalui dalam hidup mereka. Sukur Ibrahim yang merupakan seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) juga menjadikan ibunya sebagai sumber kekuatan untuk dia meneruskan hidup. Kerana ibunya, dia redha dan tidak pernah mengeluh dengan kekurangannya.

Ikuti perkongsian, Sukur Ibrahim :

Haritu saya bertemu dengan dua orang OKU fizikal. .

IKLAN

Syahrain rider Grab Food viral yang tangannya kudung kerana bom dan tetap rajin berusaha dengan tulang empat kerat mencari rezeki. .

Seorang lagi ni haa… Adib @adib_ramli yang hilang kedua belah kakinya kerana kemalangan bas di Genting Sempah yang juga meragut nyawa tujuh kawan-kawannya yang lain. Kini, Adib meniaga makanan western di Kedah.

IKLAN

Kedua-duanya lahir ke dunia dengan nikmat fizikal yang sempurna..siapa sangka bukan… Namun hidup perlu diteruskan… .
.
Saya sempat berbual panjang dengan Adib ketika kejadian 10 tahun yang lalu dia berusia 20 tahun…. Saya tanya macam mana bangkit ya? Ye lah hilang kedua belah kaki hingga paras peha. Bergerak dengan kerusi roda.

Dia jawab sebab MAK.

Terbayang Pengorbanan Mak

Saya terus terbayang pengorbanan mak saya. Mak yang menerima saya dengan redha. Mak yang memberi peluang yang sama kepada saya sama seperti adik-beradik yang lain.

Buat semua ibu di dunia ini, andalah kekuatan seorang anak, andalah keteguhan sebuah keluarga, andalah ratu hati kami. Moga syurga firdausi buatmu ibu.

IKLAN

Apa pun terjadi akan ada seorang insan yang Allah kirim buat menjadi kekuatan kepada diri kita.
.
#kamiluarbiasa #OKUtapiOK #syukurselalu #senyum #alhamdulillah #terimakasih #inspirasiSukur #kawan #bukancalangcalang

Sumber:
Sukur Ibrahim

MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Sesungguhnya kehadiran seorang ibu amat bermakna buat anak-anak apatah lagi dikala mereka susah. Tanpa ibu, mana mungkin anak-anak mendapat peluang kedua. Semoga Allah memberi balasan syurga kepada ibu-ibu di luar sana.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI