Seronok Upload CHALLENGE, Tak Sedar Rupanya Mak Ayah Buka Pintu Fitnah

Fenomena challenge ini muncul makin kerap bila mana Perintah Kawalan Pergerakan memasuki fasa ketiga. Tak dinafikan, ada orang dah mula rasa bosan, bila terlalu lama duduk rumah.

Challenge sebegini diwujudkan sebab nak bantu hilangkan rasa bosan di samping galakkan orang ramai patuh arahan duduk rumah. Kalau pun nak ikut serta, ada panduannya agar tak membuka pintu fitnah dalam keluarga. Inilah pesan yang dikongsikan Puan Intan Dzulkefli.

Sebelum Upload Apa-apa Challenge, Ada Tak Semak Dulu..

Berhias untuk suami itu sudah bagus, memang bagus. Apabila suami memandang isteri yang berhias untuknya hingga menimbulkan syahwat, itu dikira pahala di sisi Allah. MasyaAllah.

Namun, apabila dengan pakaian, mekap dan gaya penampilan yang begitu menonjol, mengapa pula diupload gambar-gambarnya ke media sosial, wahai para isteri, wahai suami?

Sebelum upload demi apa-apa ‘challenge’ pun, ada tak semak dahulu?
Lengan baju isteri yang terselak hingga menampakkan auratnya.
Aurat kaki yang tidak memakai stokin.
Gaya posing isteri yang menampakkan susuk tubuhnya.
Tudung yang singkat, baju yang ketat menampakkan bentuk dada.
Mekap berlebihan yang sewajibnya menjadi tontonan dan santapan pandangan mata suaminya sahaja.

IKLAN

Fikir.
Tapis.
Fikir dahulu.
Muhasabah dahulu.
Apa natijahnya perbuatanku ini?
Bermula dengan niat sekadar suka-suka, namun natijahnya kelak akan menjurus lebih banyak kebaikan ataupun membuka pintu fitnah dan dosa?
Sedih kan kalau niat sekadar suka-suka tetapi akhirnya menyebabkan akaun dosa kita pula yang bertambah.

Bagaimana jika gambar/post itu tular – dan ada terdetik di hati atau ada komen yang tidak senonoh dari lelaki-lelaki ajnabi yang terpegun dan terpesona hingga menimbulkan syahwatnya kepada wajah dan tubuh badan si isteri tadi? Nauzubillah min zaliq.

Muhasabah Untuk Kita Semua

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)…..” (surah at-Tahrim, ayat 6)

IKLAN

Di antara tanda baiknya Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat untuknya,” (HR at-Tirmizi)

Muhasabah untuk kita semua. Mari sentiasa ingat mengingati, saling bermuhasabah dan memperbaiki diri.

IKLAN

Kita selalu lalai dan terleka dalam menjalani hidup ini, baik sebagai suami mahupun isteri.  Moga Allah ampunkan kejahilan kita dan sentiasa beri taufik hidayah untuk kita bertaubat dan lebih memahami agama yang mulia. Amiin-amiin ya Allah.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah Al-An’am, ayat 32)
Muhasabah diri saya sendiri terutamanya.

Baca sini : Walau atas nama senaman, berzumba tempat terbuka dan seumpamanya tetap haram.

Sumber/Foto : Intan Dzulkefli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI