Seramnya pendarahan tanpa henti, koyak rabak isteri sang suami kerja kan. Menerusi catatan di laman Twitter, doktor ini berkongsi tentang pesakit wanita yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan apabila pendarahan berlaku selepas bersama suami.
Doktor Muhammad Izzat menerusi akaun di Twitter Muhammad Izzat OBGYN @muhammadeizat bercerita tentang kisah seorang pesakit wanita yang hadir.
Kisah yang dikongsikan ini sememangnya agak seram buat kaum wanita. Malah kaum bapa tolonglah jangan seksi isteri dengan ‘pakai’ benda merepek sewaktu ‘bersama’.
Isteri yang menanggung kesakitan dek kerana suami yang terlalu ingin mencuba sesuatu yang baru.
Semoga apa yang diceritakan oleh Doktor Muhammad Izzat menjadi pengajaran pada kaum suami di luar sana ya.
Nota *jalan cerita, serta watak telah diubah dari kisah sebenar untuk menjaga kerahsiaan dan privasi pesakit*
“Jam menunjukkan 3 pagi. Baru nak luruskan pinggang baring kat katil patient, caesar non stop malam tu, tetiba fon berbunyi lagi. Ahh sudah…
“Assalamualaikum Dr Izzat, gynae oncall harini kan?
Sorry ganggu pepagi buta ni, saya nak discuss satu kes dari jabatan kecemasan ni”
“Mariam. Dr Izzat ni. Awak ok ke?”
“Saya ok doktor. Cuma pening-pening”
“Ape jadi tadi ? Cerita dari awal, terus-terang. Saya nak bantu awak”
Ads
“Tadi sebelum tidur, saya ‘bersama’ dengan suami. Sebelum ni ok je doktor. Cuma kali ini sakit sangat, saya pun taktahu kenapa.
“Lepas bersama tu, berdarah banyak sampai skang. Kat umah kain batik saya penuh darah doktor. Siap ada darah beku”
“Ok mariam saya kena periksa bahagian bawah tu, kena masukkan alat bernama speculum ni”
“Doktor buat slow-slow eh. Tadi dorang dah cuba, tapi sakit sangat”
Membuak-Buak Darah Entah Datang Dari Mana
Masuk speculum. Membuak darah. Langsung tak nampak dari mana datang pendarahan tu. Bertakung speculum dengan darah. Allahu. Mata yg mengantok ni pun terus jadi terang!
“Ok mariam, saya rasa kena periksa awak kat dalam dewan bedah, sebab nanti akan bagi awak bius penuh. senang..
“Saya nak locate kat mana bleeding tu. Examination under anaesthesia (EUA). Awak selesa dan tidur, saya boleh check properly. Kalau camni awak kepit-kepit saya takboleh buat keja”
Ok prepare patient for EUA ! Standby blood
Sekejapan patient dalam dewan bedah
Maka saya pun masuk speculum, dengan peralatan suction Yankauer (sejenis penyedut ). Pesakit pun dah tido, maka senang nak visualize cervix dan dinding vagina. Mencari-cari manalah datangnya darah macam air paip.
Ads
Ada Koyakan Di Bahagian Pangkal Rahim
Rupanya ada koyakan pada bahagian belakang pangkal rahim (serviks). Memang memancut darah dari situ.
Fuh, berpeluh ketiak gak nak menjahit dalam ruang yg sempit dan kedalam tu. Dengan misi dewan bedah (scrub nurse) yang sangat efisyen membantu,..
Alhamdulilah boleh la menjahit koyakan dalam yang berdarah tu.
Yang peliknya, macam mana dia ‘bersama’ suaminya sampai koyak teruk mcm tu?
Pandang la atas bawah. Dalam hati, saiz pun biasa-biasa je. Awatlah boleh koyak sampai begitu?
“Encik saya tanya sikit soalan peribadi yg agak sensitif. Encik kena berterus terang. Masa bersama isteri tadi, ada pakai apa-apa ke pada anu?”
“Saya baru try satu cincin penis ni doktor. Orang kata bagus untuk tahan lama. Baru first time pakai tadi, tetiba orang umah berdarah tak berhenti-henti plak”
Jam dah kol 5 pagi, tak mampu dah aku nak bebel-bebel. Seriuss aku tak mampu!
Tolonglah sebelum menggunakan menggunaan alat permainan seks haruslah tahu cara penggunaan yang betul melalui bacaan atau rundingan bersama doktor pakar terlebih dahulu ya? Jika tidak isteri yang akan sengsara.
Gambar hanya sebagai hiasan.
Janganlah Pakai Merepek-Repek! Komen Netizen
Menerusi ruangan komen ramai yang menasihati agar kaum bapa tidak menggunakan alatan sebegitu kepada isteri.
Mingguan Wanita : Ngerinya bila baca kisah dalam kain suami isteri ni!
Bergelar doktor dan juga seorang selebriti Dr Say Shazril akui dirinya berasa cukup gembira apabila isterinya Dr. Azura Abas terbuka hati untuk berhenti bekerja sementara waktu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram bapa kepada Aezriel atau Ace ini mengakui dirinya sangat bersyukur apabila isterinya jadi untuk berhenti kerja buat seketika.
Dr Say Shazril, Suami Yang Baik
Cukup risau dengan keadaan isterinya yang kini sedang hamil lima bulan, Dr Say berasa berat hati untuk membenarkan isterinya bekerja.
Akui isterinya merupakan seorang wanita yang cergas. Selain bekerja sebenarnya Dr Azura kini sedang menyambung penganjian peringkat Master.
“Baru2 ini saya ada tanya kepada pasangan yang isteri tak bekerja dan suami tanggung semua, bagaimana kehidupan mereka?
“Ceritanya gini, hujung tahun lepas sy ada buat post saying bini nak quit Januari 2021 tapi tak menjadi. Kali ni saya bertekad nak convince dia berhenti. Kenapa? Because its too much for her to handle dah.
“Bini saya seorang yan kental. Ampa tengok muka dan kakitangan dia pun boleh tau dia kental luaran dan dalaman. But being pregnant is challenging. Cepat penat, kerap sakit kepala, hidung tersumbat, bloated are some of it. Kalau dia kerja & pregnant ja takpe tapi coursework Master programme yang diambilnya sedikit mengganggu kesihatan mentalnya.
Isteri Makin Kerap Stress
“Dia makin kerap stress in which not good lah for our 2nd baby. Jadi sy minta dia quit kerja to focus on pregnancy and studies. Semestinya dia tak mahu sebab all along she has been working and living with her own income. Ade la tiap-tiap bulan saya bagi nafkah RM1000. Ramai isteri yang DM, “kekok perasaannya hidup mengharapkan duit suami walaupun suami mampu tanggung seperti gaji kerja sendiri”.
“Sy tak faham ke-kekok-annya tapi kalau saya letak diri saya di tempat bini dan sy makan duit dia, euwww dayus gila perasaanya. But the situation is different now. Bini saya dah nak masuk lima bulan mengandung. Perut yang pada awalnya macam terlebih makan dah nampak macam mengandung for real.
Bukan Berhenti Selama-Lamanya, Cuma Berehat Seketika
“Tu yg sy tanya kalian kat story, is it a right move for my wife to quit & for me to support her fully? Ada yg larang bini sy quit tapi saya bukan nak suruh dia quit selama-lamanya. Sayang lor ilmu perubatan yg dia dah belajar & amalkan for almost 13 years. Berhenti seketika sampai dah bersalin dan habis pantang pastu kerja lah balik.
“Tang support dia tu walaupun sy bukan PU Abu mahupun PU Riz, sy rasa kalau seorang suami memudahkan urusan isterinya nescaya akan terbuka luas rezeki suami tu. Segala DM kalian sy baca sutir-sutir kat bini dan Alhamdulillah terbuka juga hati bini saya.
“InsyaAllah bulan ni bulan terakhir dia bekerja. Time for her to rest, focus on pregnancy, studies &and time for me to work hard!,” tulis Dr Say.
Harapkan pagar, pagar makan padi. Sungguh perbuatan tidak bertanggungjawab dan mencemarkan kepercayaan institusi penjara. Bilamana tindakan seorang warden sanggup menggadai kepercayaan dengan mengedar dadah di Penjara Sungai Buloh.
Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua apabila tindakan tersebut mengundang padah apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.
Mohd Elmy Arif Hamid, 40, menunduk selepas hukuman itu diputuskan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Nurulhuda Nur’aini Md Nor.
Dalam penghakimannya, Nurulhuda Nur’aini berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dengan anggapan mengedar dadah tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim manakala tertuduh diwakili peguam, Zameri Mat Nawang dan Ilya Hakim.
Kesalahan Edar Dadah
Mohd Elmy dihukum gantung bagi kesalahan mengedar dadah iaitu 325.1 gram kanabis dan 84.97 gram methamphetamine di Penjara Sungai Buloh di sini, pada jam 11 malam, 18 Jun 2019 lalu.
Hukuman dibuat mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Bagi pertuduhan ketiga, dia dihukum dua tahun penjara dan tiga sebatan kerana memiliki 4.25 gram dadah jenis heroin, mengikut Seksyen 39A (1) akta sama.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara enam bulan hingga setahun bagi tiga lagi pertuduhan iaitu memiliki 1 gram dadah Monoacetylmorphines dan ada dalam kawalannya dadah Etizolam (38.67 gram) serta Clozapine (50.8gram).
Mingguan Wanita: Harapkan pagar, pagar makan padi. Semoga menjadi pengajaran buat yang lain agar lebih bertanggungjawab dan tidak menggadai amanah serta kepercayaan yang telah diberikan.
‘Isteri takut bersama, tergamak suami ugut cerai.’ Vaginismus bukan titik noktah perkahwinan sebaliknya ianya adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina.
Masalah yang dihadapi isteri tidak boleh dipandang ringan, malah memerlukan rawatan segera untuk sembuh. Kehadiran suami amat diharapkan isteri bila menempuh saat getir sebegini, bukannya menambah masalah dengan ugut hendak bercerai.
Isteri Takut Bersama
Vaginismus atau sindrom faraj terkunci sesungguhnya beri kesan terhadap rumah tangga. Dr Kash yang pakar dalam bidang ini berkongsi kisah pesakitnya yang membuatkan dia terkesan sehingga hari ini . Doanya, semoga lebih banyak rumah tangga yang boleh diselamatkan.
INFO:
Vaginismus merupakan masalah disfungsi seksual yang terjadi pada faraj wanita. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kondisi ini. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran untuk menjalinkan hubungan seksual bersama pasangan.
Tergamak Suami Ugut Cerai
Kongsi Dr Kash di akaun TikTok nya, seorang pesakitnya sanggup datang dari Melaka ke Kelantan, memandu seorang diri untuk mendapat rawatan selama tiga hari. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan seorang isteri melalui ujian ini seorang diri tanpa suami.
@dr.kash_89Sindrom Faraj Terkunci , kesan terhadap rumahtangga. Antara kisah pesakit saya yang membuatkan saya terkesan sehingga hari ini . Semoga lebih byk rumahtangga yg boleh diselamatkan.♬ suara asli – sadvibes🥀
Vaginismus
Dr Kash yang bersimpati dengan nasib pesakit ini, bertanya mengapa suaminya tidak datang sekali.
Namun jawapannya cukup memilukan.
“ Saya terpaksa beranikan diri datang seorang diri. Suami langsung tak nak tahu keadaan saya. Suami beri tempoh dua bulan untuk saya sembuh. Kalau saya tak dapat sembuh, dia nekad nak lepaskan saya. Sya harap sangat doktor dapat bantu saya.
Bukan Titik Noktah Perkahwinan
Nasihat Dr Kash, kepada suami yang diuji di luar sana, Vaginismus bukanlah titik noktah sebuah perkahwinan tetapi ia adalah permulaan perjuangan sebuah perkahwinan yang telah dibina. Ini adalah bentuk ujian dari Allah yang menguji kesetiaan seorang suami.
Sebaiknya seorang suami, bantulah isteri agar tidak melalui ujian seperti ini seorang diri. Sokongan dan kesabaran suami yang tidak berbelah bahagi kepada isteri hingga berjaya sembuh adalag kenangan berharga yang akan diingati isteri seumur hidupnya.
Netizen rata-ratanya mendoakan kesembuhan buat wanita dan ada juga meminta wanita ini untuk tinggalkan suaminya yang tidak cuba memahami masalah yang sedang dihadapi.
Mingguan Wanita: Vaginismus adalah masalah tidak mampu melakukan hubungan intim dengan pasangan yang berpunca daripada perasaan takut. Jangan biarkan masalah ini mengganggu anda, berjumpalah doktor dan dapatkan rawatan.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...