Bercakap tentang dosa-dosa isteri amatlah mudah jika disenaraikan oleh para suami, lidah mereka lancar menyebut satu persatu kelemahan isteri, seperti fitnah wanita, isteri nusyuz, wanita penghuni neraka paling ramai, isteri banyak mengeluh sedikit bersyukur, isteri pengikis, mulut celopar, pencemburu, queen control dan tajuk-tajuk yang serupa dengannya. Seolah-olah hanya wanita yang menuai dosa dalam rumah tangga.
Bagaimana pula jika para isteri disoal siasat tentang perangai suami mereka? Mesti senarai mereka lebih panjang lagi, satu persatu dosa suami disusun.
Masalah suami tak beri nafkah, suami panas baran, kedekut, pemalas, tak romantik, suami mata keranjang, suami jahil agama dan segala isu-isu yang membabitkan kelemahan suami.
3 Senarai Dosa Suami Isteri Yang Boleh Bahayakan Rumah Tangga
1. LUAH MASALAH RUMAH TANGGA & KUAT BERAHSIA
Di depan isteri bukan main romantik tapi bila isteri tiada sesuka hati mengurat anak dara orang, isteri pula jika suami ada di depan mata pandailah jaga pergaulan tapi jika suami tiada mulalah mencari ‘suami orang atau jejaka bujang’ meluahkan segala keluhan pasal rumah tangga dan aib keluarga. Suami gatal isteri pula cari jantan, dosa apalagi yang boleh mengheret mereka ke lembah neraka dunia akhirat selain dosa zina?
Ads
Peliknya suami isteri sekarang masing-masing tak boleh tengok telefon pasangan. Jika benar-benar jujur tak perlu kita tutupi apa yang kita sembunyi dalam telefon. Jika benar-benar jujur siapa pun boleh tengok dan baca tanpa kita takut dan risau impak yang akan terjadi. Waspadalah hasutan syaitan, kemungkinan kita bermaksiat amat tinggi jika bersendirian!
Dosa yang dilakukan apabila bersendirian akan meranapkan amalan sebesar gunung yang menjulang tinggi.
Ads
Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku benar-benar mengetahui rombongan-rombongan manusia dari kalangan umatku, mereka datang hari kiamat nanti dengan membawa pahala sebesar gunung Tihamah yang berwarna putih akan tetapi Allah menjadikannya debu yang berhamburan. Tsauban (seorang sahabat Nabi) berkata: Wahai Rasulullah terangkanlah sifat mereka kepada kami, terangkan keadaan mereka kepada kami agar kami tidak termasuk golongan mereka kerana kami tidak mengetahui.
Baginda s.a.w bersabda: sesungguhnya mereka itu adalah saudara-saudara kamu dan dari kulit kamu, mereka mengisi sebahagian malam (dengan ibadah) seperti kamu namun mereka adalah orang-orang yang apabila bersendirian mereka melanggar perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.” (hadis riwayat Ibnu Majah di sahihkan oleh syaikh Al-Albani)
2. SAKITKAN HATI PASANGAN & JADIKAN HAMBA
Suami yang menzalimi isteri, mengambil hartanya, memperhambakannya, memukul, hatta memaki dan menyakiti perasaan isteri akan dituntut dosa-dosanya itu di akhirat nanti. Begitu juga isteri yang menyakiti suami, tidak akan terlepas sehalus debu pun dosa yang anda lakukan, ia akan dibayar dengan pahala yang anda kumpulkan.
Ads
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu? Para sahabat menjawab: orang yang muflis itu adalah mereka yang tidak punya wang dan barang. Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah orang yang datang di hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia mencaci orang, menuduh orang, makan harta orang, menumpahkan darah orang dan memukul orang. Maka hamba yang dizalimi itu diberi segala pahala-pahalanya dan jika belum habis (hutang kezaliman) maka dosa-dosa orang itu dipindahkan ke atasnya kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Siapakah yang paling banyak kita zalimi di rumah? Bagaimana jika pasangan kita tidak redha, dosa-dosa dalam rumah tangga sememangnya tidak boleh dipandang ringan, ia boleh melemparkan kita ke dalam neraka. Bila kita belum bertaubat, tidak sempat meminta maaf, sentiasa mengulangi kezaliman pada pasangan, bagaimana kita berhadapan dengan Allah di akhirat kelak?
3. TAYANG AURAT & BERI KEBEBASAN PERGAULAN ANAK
Seorang lelaki berbangga di hadapan kawan-kawannya menayangkan bentuk badan anak dara dan isterinya yang membuka aurat untuk mendapat pujian cantik dan seksi. Ibu yang memberi izin anak bujangnya menjemput kekasih sampai ke dalam bilik, meraikan kemaksiatan di rumah atas sebab tuntutan kemodenan dalam pergaulan.
Meraikan hiburan sampai lupa sembahyang, tak ingat al-Quran. Malu berpakaian dan berakhlak Islam, mengagung-agungkan budaya barat dan menutup pintu-pintu hidayah masuk ke rumah. Ibu bapa yang sebegini menanggung dosa anak kerana mengajar mereka buat maksiat.
Tiga senarai dosa suami isteri ini sudah cukup menakutkan, tak payahlah saling menuduh satu sama lain tentang siapa yang paling banyak dosanya, suami isteri kena bertolong bantu menghapus dosa dan menambah pahala. Jika tidak, rumah tangga sentiasa diliputi kejahatan, kerisauan, kebencian dan akhirnya runtuh di tepi jurang neraka, ya Allah lindungilah keluarga kami!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Cinta sahaja tak cukup, “Pilih & berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kamu”. Benar tu, terimalah buruk baik pasangan kita seadanya.
Ini kerana perkahwinan itu sebenarnya menyatukan dua insan yang serba kekurangan dan tak kan pernah terlepas daripada menempuh dan melalui pelbagai fasa ujian.
Cinta Sahaja Tak Cukup
Sememangnya kita semua tidak sempurna, baik suami atau isteri, sama-sama tidak sempurna dalam menuju sebuah perkahwinan yang bahagia.
Hidup ini ujian dan Allah datangkan ujian kepada setiap hambanya dalam pelbagai bentuk.
Sememangnya dalam rumah tangga banyak onak duri yang perlu diharungi bersama. Ikuti perkongsian bermanfaat yang dicoretkan oleh saudara Syafiq Ridhwan menerusi perkongsiannya di Facebook.
“Cinta sahaja tak cukup.
“Pilih dan berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kalian dan membuat kalian menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
“Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa.
“Dan dalam tempoh kehidupan dan perkahwinan kalian ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang kalian akan tempuhi.
“Kadang-kadang terlepas cakap. Kadang-kadang termarah dan dimarahi. Kadang-kadang berasa geram.
“Kadang-kadang rasa diabaikan. Kadang-kadang berselisih faham itu perkara biasa.
Kita Rapuh
“Ini semua akan terjadi. Kerana apa? Kerana kita semua manusia. Kita rapuh. Kita mudah untuk mengambil hati walaupun dengan sekecil-kecil perkara.
“Mengharapkan semuanya akan berjalan dengan cantik, tiada cacat-cela, sempurna hanyalah angan-angan yang sentiasa boleh didambakan. Namun, ia tidak realistik sama sekali.
Perkahwinan Hanya Sekali
“Duit, masa, pengorbanan. kesihatan, semua ini akan datang menguji.
“Ingatlah, majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan dibina itu mendambakan masa hingga ke akhir hayat. Dan percayalah.
“Memilih dan berkahwin dengan orang yang sebetulnya adalah kunci,” kongsi Syafiq Ridhwan yang ternyata boleh menjadi manfaat buat pasangan di luar sana.
Bagi sebahagian pasangan suami isteri, handphone antara barangan peribadi yang boleh dikongsi dan tiada rahsianya.Isteri tahu password, bebas boleh buka handphone suami dan begitu juga sebaliknya.Namun ada juga pasangan yang begitu berahsia dan tak suka berkongsi, walaupun dah berkahwin bertahun-tahun lamanya.Anggap ia kekal barangan peribadi.
Suami Nekad Saman
Seorang lelaki yang berang selepas isterinya membuka dan membaca WhatsaApp miliknya secara sembunyi, telah nekad menyaman wanita itu.
Kejadian berlaku di Arab Saudi selepas lelaki itu sedar pergerakannya dipantau secara sembunyi oleh isterinya selama sembilan bulan.Lelaki berkenaan menganggap tingkah laku isterinya itu sebagai salah satu jenayah siber.
Salin Data
Dilaporkan wanita berkenaan sudahpun menyalin semua data termasuk klip video dalam aplikasi WhatsApp milik suaminya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana mahu menjaga aib, namun memilih untuk berpisah dengan suaminya.
Lelaki itu pula enggan berpisah dan memilih untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara aman.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam menggunakan perkhidmatan WiFi percuma ditempat awam, kerana dikhuatiri akan digodam dan data peribadi akan diceroboh dengan lebih mudah.
MW: Setuju ke, handphone pasangan adalah barangan peribadi yang tak boleh dikongsi, dibuka tanpa izin? Tapi secara rasionalnya, jika tiada yang ‘pelik-pelik’ atau tak buat hal, tiada apa pun yang perlu dirahsiakan.
Terimalah hakikat, kita tak mampu nak jaga anak 24 jam. Yakinlah dengan Allah. Didik diri berlapang dada dan meletakkan penggantungan pada Allah.
Siapa yang tak sayangkan anak? Jika boleh kita mahu sentiasa jaga anak dan berada di sisi mereka. Tapi semua itu tidak mungkin berlaku, suka atau tidak kita pasti ‘berpisah’. Samada mereka dihantar ke rumah pengasuh, pusat penjagaan kanak-kanak mahupun ke sekolah.
Begitu juga apabila mereka meningkat remaja seterusnya dewasa. Mereka akan melanjutkan pelajaran dan mempunyai kehidupan sendiri. Ini adalah lumrah kehidupan. Justeru, sebagai mak ayah kita perlu berlapang dada dan menerima kenyataan ini.
Anak-anak dipinjamkan Allah kepada kita, mereka adalah milik Allah sepenuhnya. Kita hanya sebagai pemegang amanah. Terimalah hakikat, kita takkan mampu melindungi dan menjaga mereka sepanjang hayat. Usah disangkal fakta ini.
Jangan Bimbang Melampau, Yakinlah Pada Allah
Saya tidak nafikan kasih sayang yang menebal terhadap anak-anak membuatkan kita sanggup berkorban jiwa raga. Kita mahu pastikan mereka dapat yang terbaik, sihat dan bahagia dunia akhirat. Malah ramai di kalangan ibu bapa yang diserang kebimbangan melampau apabila terlalu memikirkan masa depan anak-anak.
Sebenarnya kita tidak perlu menyiksa diri sehingga sebegitu, kita mesti yakin dengan Allah. Letakkan sepenuh pengharapan dan penggantungan kepada Allah. Senjata kita adalah doa. Kita doa dengan sepenuh jiwa agar Allah sentiasa melindungi dan merahmati insan-insan yang kita sayang.
Kita doa semoga Allah pandu hati pengasuh dan guru-guru menjaga serta mendidik anak-anak kita dengan baik. Kita doa agar mereka dijauhkan musibah dan dipelihara iman. Kita doa dan terus doa. Jangan pernah berputus asa…
Yakinlah Allah tahu apa yang terbaik untuk insan kita sayang. Sebagai mak ayah, kita berusaha mendidik mereka dengan penuh tanggung jawab. Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Selebihnya, kita serahkan kepada Allah. Apa juga yang direncanakan Allah, terima dengan redha. Sebaik-baik perancang adalah Allah. Allah beri apa yang kita perlukan bukan apa yang kita nak.
Semoga kita terus istiqomah dan melatih diri untuk sentiasa dekat dengan Allah dan yakin dengan perancangan-Nya. Amin ya rabb.
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Doa seorang ibu anak jadi mangsa nafsu serakah bertopeng Ustaz termakbul, Fathi Naim dipenjara 15 tahun. Allah sentiasa bersama orang yang benar.Doa seorang ibu...