kembar

Anak merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai bagi pasangan suami isteri. dan ramai pasangan yang mengimpikan untuk mendapat anak kembar. Rezeki bagi ibu muda ini Siti Habshah Mat Sohod, 29 dan suaminya Kamarul Arifin Razali, 34 dikurniakan 6 orang anak, melalui kelahiran secara single, kembar dua dan kembar tiga! Rezeki sungguh, 3 kali sakit bersalin dapat 6 orang anak sekaligus.

Wanita ini berkahwin pada usia 21 tahun dan suami 26 tahun pada tahun 2009, serta bunting pelamin semasa mengandung anak pertama. Anak-anaknya Taufiq Aniq,8, kembar dua (twin) Lutfiah Hana & Lutfiah Hani,7, kembar tiga (triplet) Lutfiah Aira, Lutfiah Aina & Lutfiah Aini, 3.

Menurut ibu muda yang tinggal di Klang ini, tidak mengamalkan sebarang tip, petua, supplemen atau kaedah untuk mendapat anak-anak kembar. Mungkin ia memang rezeki dan genetik sebelah suaminya yang memiliki ramai keturunan kembar serta adik beradik yang ramai 14 orang.

Menurut wanita ini, beliau dan suami terkejut dan teruja dikhabarkan oleh doktor bakal menerima kembar tiga, memandangkan kelahiran sebelum ini adalah kembar dua.

“Saya terkejut, sebab pergi 2 klinik dua-dua doktor cakap twin. selepas pergi chek up doktor hantar rujukan kepada doktor pakar di hospital untuk scan dalam rahim. Rupanya nampak ada 3 baby.Saya rasa teruja dan suami pun terkejut tak tahu nak cakap apa. Tapi saya tak terlalu berharap sangat untuk dapat anak kembar tiga. Tiada siapa pun yang tahu saya pregnant triplet masa tu. Mak mertua je tahu..sampai dah scan nampak baby masa 6 bulan baru saya bagi tahu keluarga dan mereka semua terharu dan terkejut.”

Kelahiran Pramatang

Salah satu risiko mengandung anak kembar adalah risiko bayi pramatang.Kedua-dua kelahiran kembar twin dan triplet wanita ini dilahirkan secara pramatang. Twin lahir 36 minggu dengan berat 1.9kg dan 2.2kg pada 21 September 2011,  manakala Triplet lahir 28 minggu dengan berat 1kg,1.1kg, dan 1.2kg pada 8 Mei 2015, serta 2 bulan perlu duduk nicu dan sebulan dalam incubator. Bagi kelahiran single dan twin dilahirkan secara normal manakala kelahiran triplet melalui pembedahan malah mengalami masalah kesihatan sewaktu dilahirkan.

IKLAN

“Triplet pernah kena petussis kronik masa umur 6 bulan.Jangkitan paru-paru kronik masa baru lahir.Saya juga dulu hampir kehilangan salah seorang triplet saya disebabkan petussis(batuk kering)berjangkit dengan orang yang datang melawat anak saya.Tapi saya tak putus asa berdoa agar Allah lindungi anak-anak saya. Allah dengar segala rintihan dan doa saya.Alhamdulillah mereka semua sekarang membesar dengan sempurna dan tiada sakit berbahaya.Namun saya tetap jaga mereka sebaik mungkin,” ujar wanita ini.

Rezeki Ibu Muda Ini 3 Kali Bersalin Dapat 6 Orang Anak, Lengkap Single, Twin & Triplet!

Cabaran Anak Kembar

Memiliki anak kembar ada cabarannya yang tersendiri yang perlu tempuhi. Antaranya sewaktu berhadapan masalah kesihatan mereka, susun atur anak-anak didalam kereta, perbelanjaan sekolah dan segalanya yang berganda.

“Cabaran dalam membesarkan anak-anak ini ialah waktu mereka semua tidak sihat,waktu ke semua masuk sekolah,waktu nak pergi bercuti,waktu mereka bergabung explore satu rumah,waktu bawa ke kedai makan,waktu nak susun atur mereka dalam kereta,”

“Waktu demam biasanya mesti semua 6 orang demam skali, mungkin sebab berjangkit.Waktu sekolah pula time nak beli keperluan sekolah, semua nak sama.2 tahun lagi triplet pula sekolah.Perbelanjaan sangat tinggi,”

IKLAN

“Time nak bercuti jenuh kemas baju untuk 6 orang. Nak bawa semua pergi bercuti sangat susah nak handle.Bila nak keluar masuk kereta ayah mereka pening nak susun atur anak-anak.sebab kereta tak muat,”

“Kadang kala bawa anak-anak pergi kedai makan selalu jadi tumpuan sebab meja kami penuh dengan anak 6 orang, baby chair pun ada 3 sekali. Namun, alhamdulillah dapat uruskan mereka semua sendiri dari anak pertama lagi pantang pun sendiri,”ujar suri rumah ini.

Rezeki Ibu Muda Ini 3 Kali Bersalin Dapat 6 Orang Anak, Lengkap Single, Twin & Triplet!

Cara Uruskan Anak-Anak

Memandangkan anak yang ramai, jarak rapat-rapat dan masih kecil, Habshah membuat jadual tugasan khas setiap hari untuk uruskan anak-anak. Malah membuat ‘pagar’ atau penghadang untuk melindungi keselamatan anak-anaknya bermain dan memudahkan beliau membuat kerja-kerja rumah.

IKLAN

“Memandangkan saya tiada pembantu setiap hari ada jadual tugasan.Jadi tak susah sangat lebih-lebih lagi sejak abang dan kakak twin dah sekolah. Masa mereka 1 hari di sekolah.Jadi saya hanya uruskan triplet je di rumah.Saya ikut jadual tugasan saya setiap hari..Alhamdulillah mudah..lagipun rumah saya di bahagian depan memang suami letak pagar sebab tak nak bagi mereka main benda bukan-bukan lagi-lagi ke bahagian dapur dan tandas,”

“Saya pula memang jenis ambil berat tentang keselamatan anak-anak.Selalu risau banyak benda..mengutip,takut masuk bilik air,takut pergi dapur terkena air panas ke..minyak panas ke..banyak benda yang difikirkan..jadi saya terpaksa buat penghadang ni semua..sebab saya tak dapat nak pantau diorang setiap masa. Masa baby mereka semua main dalam ni..jadi mudah saya buat kerja tak risau..dah siap kerja baru saya keluarkan mereka, “jelas wanita ini.

Rezeki Ibu Muda Ini 3 Kali Bersalin Dapat 6 Orang Anak, Lengkap Single, Twin & Triplet!

Kos Tinggi Anak Kembar

Ramai orang suka nak anak kembar, tapi ramai yang terlepas pandang dengan kos perbelanjaan, yang double atau triple yang perlu ditanggung. Menurut ibu muda ini, berkenaan dengan kos perbelanjaan membesarkan anak-anak kembar diakui memang tinggi dan berganda-ganda. Seperti belanja sekolah,susu,pampers, tapi alhamdulillah rezeki anak-anaknya sentiasa ada. Perlu bijak berjimat dan ajar anak simpan duit serta tidak mewahkan mereka.

“Saya tak suka mewahkan anak-anak itu salah satu cara saya mengawal bajet. Saya jarang belikan anak-anak apa yang mereka nak, contohnya mainan, gajet,junk food. Sangat jarang saya bagi.Saya akan beli bila saya rasa saya nak beli.Jadi anak-anak pun dah faham dan tak meminta-minta.Saya selalu ajar kalau mereka nak apa-apa saya akan suruh simpan duit.Saya ada sediakan setiap orang 1 tabung,” jelas wanita ini lagi yang suaminya bekerja sendiri dalam bidang renovation dan iron works.

Mengenai perancangan untuk menambah ahli keluarga, menurut Habshah masih tiada lagi dalam perancangan. Beliau dan suami hanya mahu membesarkan anak-anak yang ada sekarang, namun tetap berserah pada kuasa Allah andai diberi rezeki, mereka menerima dengan hati terbuka.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI