Senang sangat rupanya nak tanam halia sendiri di rumah. Potong ikut tunas, 6 bulan dah boleh tuai halia muda yang segar untuk dibuat bahan masakan. Memang jimat belanja dapur. Mak-mak yang minat berkebun, boleh cuba tanam sendiri je di laman rumah. Tanam dalam guni, pasu besar atau polybag besar pun boleh sangat.

Ikut panduan tanam halia seperti yang dikongsikan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan ini sebagai rujukan.

Halia salah satu bahan utama dalam hampir setiap masakan kita, mesti ada simpan halia yang berbaki dalam peti ais atau dalam bakul bawah dapur.

Mesti ramai tak tahu sebenarnya nak tanam halia senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai orang nak beli anak pokok halia saya.

Nak tahu cara caranya sila tengok gambar ya.

1.Ini contoh halia yang masih ada dalam peti ais, saya pakai “glove” sebab nak cuci dia.

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

2.Kemudian potong halia mengikut tunas yang dah tumbuh. Kalau tunas tu ada mata and tanda nak keluar, tu pun boleh guna juga. Success rate guna tunas yang dah keluar better chance of growth.

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

3.Rendam selama 20 minit dalam bancuhan racun kulat, ini untuk mematikan fungus yang ada. Boleh beli dari nursery jual tanaman atau kedai jual baja.

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

Bancuh serbuk racun kulat dengan air mengikut sukatan yang di syorkan.

IKLAN

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

Kegunaan racun kulat, nak pastikan tunas halia tiada jangkitan kulat untuk elakkan pokok halia terbantut atau mati nanti. Tak pakai pun tak pe, cuci tunas halia bersih bersih kemudian jemur sekejap sebelum ditanam.Saya guna racun kulat sebab saya tanam banyak, sampai 100 tunas sekali.

4. Kemudian keringkan.

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

5. Letak kedalam tanah atau medium tanaman seperti cocopeat yang basah. Boleh juga guna tanah yang “loose” supaya halia senang membesar.

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

IKLAN

6. Kambuskan nya. Siram sekali dalam dua hari hanya untuk kekalkan kelembapan sahaja. Tunas akan keluar sekitar seminggu selepas ditanam.

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

7. Ta daaaaa! Ini yang Kak BB dah alihkan dalam guni.Tak perlu tebuk lubang bahagian bawah guni sebab guni ni tak berlapik. Boleh juga guna pasu besar atau polybag besar (boleh beli kat nursery). Dah usia 3 bulan.

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

Ada air cuci ikan boleh bagi, cepat gemuk halia nanti.

9. Ini selepas 6 bulan, kalau nak dapat halia muda boleh harvest dah. Untuk dapatkan halia tua tunggu 2 bulan lagi (8 bulan total).Saya guna baja cecair AB dan baja organik SY33.

IKLAN

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

Inilah hasilnya. Yang ini dah boleh guna untuk masakan anda. Selamat mencuba. Tanam halia ye.

Senang Sangat Tanam HALIA, Potong Ikut Tunas, 6 Bulan Dah Boleh Tuai!

Selamat mencuba
Bebiyana Tambi Khan
JOM kita tanam halia

Mesti Baca:Tanam HALIA Sendiri Siram Dua Hari Sekali, Selepas Seminggu Keluar Tunas!
Baca Lagi Di Sini:Amal Minum Air Lemon+ Halia Rahsia Perut Kempis
Artikel Menarik:Tanam KUNYIT Dalam Tayar Menjadi Sungguh, Bersusun Isi Puas Hati Berbaloi!

Mingguan Wanita: Seronok lihat pokok halia ni segar sangat dan menjadi sungguh. Mudah je nak tanam pokok halia sendiri di rumah, jimat belanja dapur. Ikut cara yang dikongsikan ini.

Sumber:Bebiyana Tambi Khan

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI