Siapa sangka dengan menyiram tanaman setiap hari menggunakan baja yakult dan telur, daunnya jadi lebar, pucuk semakin meninggi dan bunga pun makin meriah! Memang seronok lihat tanaman semakin subur apabila menggunakan baja yang boleh dibuat sendiri di rumah ni.

Boleh ikut cara buat baja yakult telur seperti yang dikongsikan oleh Puan Muniyati Mohamad ini.

Jom buat baja yakult + telur. Cuma guna sebotol yakult dengan 2 biji. Telur tu saiz apa pon tak pa.Kalau nak buat kuantiti banyak, pandai-pandai la adjust nisbah dia.

Bahan-Bahan:

1 Botol Yakult
2 Biji Telur
Air Hujan/ Air Tapis/Air Basuhan Beras/Air Paip
Botol Spray

Artikel Menarik:Siram Baja Roti Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!

Cara Membuat:

1. Campur telur dengan yakult dalam satu bekas yang boleh tutup rapat. Campur dan goncang-goncang.
2. Peram dalam 3 hari. Selepas 3 hari boleh la ambil 2-3 sudu peraman campur dengan 1 liter air.
3. Lagi best campur dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras, tapi kalau dah tak dak, buh air paip pon boleh.
4. Dah masuk dalam botol spray, yang balance tu boleh simpan dalam peti ais. Tapi jangan duk buat minum pulak.

5. Kalau nak siram ke tanah pun sama ja. Campur selepas itu siram.

Info Ekstra!

  • Segala jenih pokok boleh. Pokok bunga, pokok sayuq, pokok buah. Spray ja, siram ja. Kekerapan siraman bergantung pada kerajinan masing-masing.
  • Spray/ siram pagi-pagi nah. Selalu pokok bunga saya spray, pokok sayur saya siram.
  • Tu hasil dalam seminggu lebih kena spray/siram. Daun dia mak ai besaq gedabak. Pucuk mencacak naik. Bunga pun makin meriah. Buah pon tembun-tembun.

Indoor plant saya tak letak..hehe paham-paham la kenapa yer..bau asham sikit ayaq ni.

IKLAN

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba.

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:Cara BETUL Guna Baja Air Ajinamoto, Siram Dekat Tanah Bukan Pokok Sekali Seminggu!

Mesti Baca:Baja KULIT BAWANG Suburkan Tanaman, Rendam Semalaman Pun Dah Cukup!

Mingguan Wanita:Jika ada bercucuk tanam di rumah boleh cuba buat sendiri baja yakult telur ni. Tanaman elok subur, daun lebar, bunga meriah, buah pun besar!

Sumber:Muniyati Mohamad

IKLAN

Macam ni tip jaga pokok ati-ati supaya hidup subur.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Betul ke isteri bekerja sebab bimbang bebankan suami?