Semai Benih LADA SOLOK Beli Di Pasaraya, Tanam Kaedah Nutripot Tak Perlu Siram! Tak rugi berbudi pada tanah memang banyak hasilnya. Mudah rupanya nak tanam solok lada sendiri di rumah. Semai hanya guna biji benih dari solok lada yang kita beli di pasaraya je. Tanam pula guna kaedah nutripot, lebih memudahkan tak perlu siram setiap hari hanya perlu pantau sukatan air dalam bekas selang 2, 3 hari.
Ini cara yang tanam solok lada yang dikongsikan daripada Kebun Dapur Alin sebagai panduan;
Saya ingin kongsikan sedikit tanaman yang paling mengembirakan hati. Lada solok je pon tapi sangat membanggakan hasil dia. Mari saya cerita serba sedikit ye. Saya pon budak baru belajar mana tau perkongsian saya ini bermanfaat untuk orang lain untuk mencuba juga tanamkan.
1. Biji Benih
Untuk biji benih saya dapat hasil dari beli di pasaraya sahaja saya ambil dan semai.. lada solok yang asal memang jenis besar dan panjang. bila tanam dia tak la sebesar lada yang asal tapi takpe la..hasil masih memuaskan hati.
2. Bekas Media
Untuk bekas media tanaman saya menggunakan bekas terpakai dari bekas biskut dan sabun basuh pinggan je dan ada juga bekas botol sahaja. senang kan apa yang ada je tak perlu kuar modal beli pasu pun.
3. Kawalan Bena
Untuk kawalan bena saya hanya pantau bawah daun setiap kali siram. Bila ada bena saya akan buang daun yang dah terkena bena putih. Manakala bila pucuk daun memgerekot sy akan cantas terus tanpa fikir panjang. Sebab tak nak pokok berpenyakit terus bila di biarkan.
Ads
4. Baja
Untuk pembajaan pula saya menggunakan baja biji untuk bunga dan buah. Manakala untuk baja cecair saya akan letak di dalam air kerana lada yang saya tanam ni secara nutripot yang mana air akan di serap secara automatik menggunakan sumbu.Jika menggunakan media tanah saya hanya akan siram terus sahaja ke tanah.
5. Kaedah Nutripot
Untuk kaedah nutripot pastikan ada lubang sedikit di tepi bekas untuk mengelakkan akar terendam dan membusuk yang boleh menyebabkan pokok mati awal. Lubang pada tepi bekas untuk mengeluarkan air yang berlebihan.
Cara ini lebih mudah kerana cuma pantau sahaja air setiap 2 or 3 hari sekali untuk tambah air. Bila tambah air kadang-kadang guna baja ab dan ada kalanya hanya guna air paip sahaja. Sebab bila tabur guna baja biji saya akan letak air paip sahaja.
Ads
6. Media Tanaman
Media tanaman yang saya gunakan adalah campuran dari tanah hitam 6 in 1 dan cocopeat. Anggaran nisbah campuran 1:1 or 1:2 pon boleh juga.
Akhir sekali untuk belajar menanam lada kena la banyak bersabar kerana cabaran tanam cili ni tak semudah tanam sayur lain sebab paling senang kena serangan bena putih dan penyakit daun berkerekut.
Di sini saya kongsikan tutorial cara tanam sehingga petik lada solok ni.
Ads
Info Ekstra!
Nak jimat tanam cili tanpa keluarkan modal boleh guna cili yang dalam peti ais je atau yang dibeli di pasaraya tu dan boleh guna bekas terpakai sahaja. Kena kreatif sedikit sebab nak jimatkan. Bolehla share pada kawan-kawan yang baru nk belajar tanam cili. usaha tangga kejayaan. Selamat mencuba.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mudah nak tanam solok lada kampung, semai dari biji benih je, tanam guna kaedah nutripot tak payah nak siram setiap hari. Memang puas hati, jimat belanja dapur.
Serbuk kunyit sering digunakan dalam masakan namun sebenarnya ia juga boleh digunakan untuk tanaman bagi mengelakkan semut dan serangga perosak. Bukan apa, ada tanaman tertentu memang suka dihurung semut. Bila tabur serbuk kunyit begini ia mampu menjadi ‘racun serangga’ semulajadi.
1. Racun Serangga Semulajadi Elak Semut Pada Tanaman
Tanaman kita kadang-kadang ada semut suka hurung kan. Kadang-kadang depa buat umah depa. Kadang depa berkumpul meeting ramai-ramai kat tanaman kita. Boleh je spray racun serangga tapi tak elok laa pulak kan jadi. Gunakan serbuk kunyit ini.
Caranya:
Semut tak suka bau kunyit, jadi taburkan serbuk kunyit pada pangkal tanaman, atas tanah dan keliling tanaman.
2. Kurang Rasa Kegatalan Digigit Semut
Tengah syok berkebun, tetiba kena gigit pula dengan semut atau serangga. Jadi cara mudah ambil serbuk kunyit dan campurkan sedikit air jadikan macam pes. Sapu dekat bahagian yang kena gigit.
Pes serbuk kunyit ini mudah diserap oleh lapisan kulit, jadi ia boleh mengurangkan rasa kegatalan.
3. Elak Dahan Rosak
Bukan itu sahaja ia juga dapat melindungi dahan yang dicantas menjadi rosak. Setiap kali melakukan cantasan pada dahan pokok, ia akan membuatkan bahagian dalaman pokok terbuka.
Jadi ambil serbuk kunyit ini dan campurkan sikit air, kemudian sapu pada bahagian yang dicantas tadi. Sapu rata-rata agar tiada bahagian dahan yang terdedah lagi. Sekaligus ia dapat mengelakkan dahan tanaman dari rosak.
Sekarang nie semuanya hanya DIY sahaja. Begitu juga dengan pagar keselamatan bayi terutamanya bagi mak ayah yang mempunyai anak masih kecil. Bukan apa, kalau beli memanglah harganya agak mahal. Tapi, bila buat sendiri, modal yang guna tidaklah seberapa dan kita pun boleh gunakan kreativiti sendiri. Satu lagi, puas hati dengan hasil kerja kita.
Sebenarnya, pagar keselamatan bayi ni, bukan hanya perlu latak di bahagian tanga terutamnya bagi rumah bertingkat. Tetapi, boleh juga buat untuk diletakkan antara pintu ke dapur.
Ini penting, lebih-lebih lagi anak yang tengah nak membesar. Macam-macam yang ingin diterokai. Risau juga bila dah dapat kaki, mulalah langkah panjang untuk bergerak sekeliling rumah.
Perkongsian daripada Amirul Haniff dalam membuat penghadang atau pagar keselamatan bayi untuk anak kecilnya yang menggunakan paip pvc sahaja.
Buat Sendiri Pagar Keselamatan Bayi
“Sempena birthday Adik Yusuff harini.. Babah pun buat la satu “hadiah” untuk dia.
Sebab tangga ni salah satu port kegemaran dia, jadi pagar tangga wajib ada untuk keselamatan..
“Saya buat pagar ni guna paip PVC saiz 20mm diameter.. ketebalan 2.1mm.. solid sikit.. dengan bermodalkan modal dalam RM60 je..
Katanya lagi, bukan sahaja untuk pagar tangga tapi boleh buat kat pintu dapur atau bilik air. Cuma kita kena kreatif untuk memasang braket. Kalau tidak fix atau tersalah pasang, boleh membahayakan juga dan tak adalah function pagar tu.
MW: Tak susah pun nak buat pagar keselamatan anak. Lepas nie bolehlah mak ayah buat sebab pagar nie boleh buat untuk semua jenis rumah.
Zaman sekarang ni kebanyakan perkara boleh dilakukan secara online termasuklah pelbagai urusan rasmi. Namun demikian, apabila melibatkan urusan rasmi kebanyakkannya juga memerlukan tandatangan pada surat mahupun dokumen penting yang dilampirkan.
Sebenarnya jika menggunakan komputer, ada cara mudah untuk masukkan tandatangan dalam dokumen mahupun surat dengan menggunakan Microsoft Word.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Sentral Computer ini sebagai rujukan;
CARA MASUKKAN TANDATANGAN DALAM DOKUMEN GUNA MICROSOFT WORD
1. Mula-mula buka microsoft word dan klik insert.
2. Setelah itu, pilih ‘Picture’ dan pilih ‘This Device.
3. Pastikan dah ambil gambar tandatangan sendiri di atas kertas putih.Kemudian pilih gambar tandatangan tersebut dan kecilkan.
4. Selepas itu, klik kanan atau right click dan pilih ‘Wrap Text’. Pilih ‘In Front of Text’.
5. Kemudian pilih ‘Remove Background’. Pilih ‘Keep Changes’.
6.Terakhir sekali, pilih ‘Colours’ , pilih Black and White 50%.
7. Dah siap!
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Boleh tengok video penuh dengan lebih jelas, di bawah ini :
Mingguan Wanita:Baru tahu macam ni rupanya nak masukkan tandatangan pada surat atau dokumen dalam microsoft word. Mudah je caranya. Boleh cuba nanti ikut tip yang dikongsikan ini.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...