Peritnya bila kena selsema. Hidung tersumbat, kerap bersin jika dibiarkan berlanjutan boleh sebabkan batuk dan demam juga. Selain mendapatkan rawatan di klinik, ada petua semulajadi berkesan yang boleh diamalkan bagi menghilangkan selsema ini. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja dan diminum setiap 4 jam.
Petua semulajadi ini diamalkan dan dikongsikan oleh Puan Azizah Che’ Meh, boleh dijadikan rujukan.
“Rasanya hari terakhir saya makan ubat klinik sebab demam atau selsema tahun 2012.Sejak amalkan berbekam dan mengikut petua ini, memang cepat hilang selsema saya. Selalunya sebelum demam, saya akan selsema dulu. Jika saya biarkan, saya akan bersin pula, sakit tekak, batuk dan demam akhirnya.”
“Sejak tahu petua ini, bila mula saja selsema, saya terus bancuh ‘air azimat’ ini. Sebab ia seperti membantutkan penyakit yang baru nak jadi.”
“Bermula 9pm saya bersin dan selsema, 9.15pm saya bancuh dan minum. Dalam 10.30pm berhenti semua penyakit. Esoknya sihat seperti sediakala. Alhamdulillah”
Mari Saya kongsikan. Hanya 3 bahan saja.
Bahan-Bahan:
3 Biji Limau Kasturi
1 sudu besar madu asli
Air Suam+ Air Panas
Cara Membuat:
1. Potong limau kasturi dan perah jusnya di atas penapis untuk asingkan biji.
2. Masukkan jus limau tersebut didalam cawan, kemudian masukkan 1 sudu besar madu menggunakan sudu kayu atau plastik saja. Khasiat madu akan hilang jika guna sudu besi.
3.Tambahkan air biasa dulu ke dalam campuran tadi dan kacau arah lawan jam.
4.Kemudian baru tambahkan air panas mendidih.
5.Kacau lagi mengikut arah lawan jam.
6. Sebelum minum, baca Al-Fatihah 1 kali, ayat qursi 1 kali, 3 Qul 1 kali. Niat yang baik-baik supaya Allah sembuhkan penyakit dan minum. Paling mujarab minum ketika tengah panas-panas. Jangan tunggu suami atau sejuk. Jika setelah 4 jam penyakit belum hilang, ulang minum lagi iya. Mungkin antibodi belum cukup kuat. Ulang minum setiap 4 jam sampai hilang selsema atau bersin. Insya Allah sembuh.
#SembuhDariAllah
Baca Lagi Disini:
Penting Ambil Tahu Jenis Batuk Yang Dialami & Ubat Sesuai Berkesan Dalam Merawatnya!
Cara Mudah & Berkesan Rawat Demam Selsema, Batuk, Sakit Tekak Dengan Air Garam!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak-mak yang ada selsema, demam, sakit tekak mahupun batuk, selain makan ubat doktor tak salah cuba amalkan petua semula jadi ni juga.
Sumber: Azizah Che’ Meh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI