Ads

Selepas Sahur Bantai Tidur Balik, Jangan Pelik Kalau Tetiba Pedih Ulu Hati & Mulut Berbau

Selepas Sahur

Selepas sahur bantai tidur balik, jangan pelik kalau tetiba pedih ulu hati. Ramai lagi yang suka buat tabiat ini, seolah-olah selesa dan konon nak cukupkan tidur.

Selepas Sahur Bantai Tidur Balik

Selepas Sahur Bantai Tidur Balik, Jangan Pelik Kalau Tetiba Pedih Ulu Hati & Mulut Berbau

 

Nak tahu lebih jauh apa kesan kepada diri jika suka amal tabiat tidur selepas sahur, jemput baca pekongsian ilmu daripada Public Health Malaysia tentang keburukan tidur selepas sahur.

Jam pukul 5.30 pagi. Baru sahaja lepas bantai nasi lauk pauk masa sahur, teguk air suam, dan kemudian sambung tidur. Terus rebah atas katil, sambung tidur terlentang sebelum pergi kerja.

Memang lah nikmat dapat sambung tidur lepas kenyang. Namun perasan tak apabila anda bangun pukul 8 pagi, tekak rasa perit semacam, dada rasa panas berangin, dan mulut rasa masam atau pahit?

Ads

Ramai ingat tekak perit tu sebab puasa dah mula, padahal asid perut anda yang tengah ‘party’ kat dalam kerongkong!

Jangan Pelik Kalau Tetiba Pedih Ulu Hati

Inilah sebabnya tidur lepas sahur adalah tiket VIP ke arah Asid Refluks (GERD):

Selepas Sahur Bantai Tidur Balik, Jangan Pelik Kalau Tetiba Pedih Ulu Hati & Mulut Berbau

1. Graviti Dah Tak ‘Kerja’

Perut kita direka untuk cerna makanan waktu kita tegak. Bila anda baring flat lepas makan berat, graviti dah tak boleh tolong tahan asid pencernaan itu kat bawah.

Ads

2. Asid Tumpah Ke Atas

Pintu injap (sfinkter) antara perut dan kerongkong akan jadi longgar bila perut penuh. Asid perut yang sifatnya sangat tajam akan mudah mengalir terbalik dan ‘membakar’ dinding kerongkong anda waktu tengah sedap berdengkur.

3. Nafas Bau ‘Naga’ Ekstra

Bila asid dan sisa makanan naik semula ke tekak, bakteria akan membiak dengan lebih cepat. Ini buatkan nafas waktu berpuasa jadi berkali ganda lebih busuk dari biasa!

Selepas Sahur Bantai Tidur Balik, Jangan Pelik Kalau Tetiba Pedih Ulu Hati & Mulut Berbau

Mulai sahur esok, tolong ubah tabiat ini:

Ads

– Lepas sahur, jangan terus baring! Duduk bersandar dulu sekurang-kurangnya 1 hingga 2 jam.
– Ambillah masa ni untuk baca Al-Quran sikit, kemas meja, atau lipat kain.

– Kalau mengantuk sangat dan terpaksa tidur, pastikan kepala dan dada ditinggikan sikit (guna 2 bantal atau bantal ‘wedge’).

Jangan seksa kerongkong anda. Nak puasa selesa, biarkan perut siapkan kerja mencerna dulu.

Kalau biasa cari bantal selepas subuh, jangan pelik kenapa anda rasa pedih ulu hati secara tiba-tiba.

Sumber info kesihatan: Public Health Malaysia

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Pelajar Universiti Pilih Nikah Di Sempadan, Terpedaya Suami Kaya Rupanya Semua...

Ada kereta besar. Kiranya sebelum ini, pernah senyap-senyap keluar date dengan kereta tersebut. Pernah dibelikan hadiah Iphone 11.