Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Wanita yang mengenakan solekan tak kiralah mekap tipis atau tebal mampu menaikkan seri wajah. Menggunakan pelbagai jenis alat solek kalis air atau ‘waterproof’ pula bagaikan suatu kemestian bagi memastikan solekan yang dirias kekal bertahan sepanjang hari.

Namun demikian, seharian menggunakan solekan waktu membersihkannya adalah paling penting dalam regim penjagaan kulit.  Tidak dinafikan, bukan mudah untuk menanggalkan kesan solekan terutamanya apabila menggunakan mekap jenis kalis air. Lebih-lebih lagi solekan pada bahagian wajah, mata dan bibir.  Menggosok muka berulang kali untuk menanggalkan mekap kalis air akan mengakibatkan kedutan wajah dan garis-garis halus!

Jika membersihkan solekan secara ala kadar dan kesan solekan masih ada, mahupun guna produk tak bersesuaian boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah di kemudian hari. Seperti pori wajah tersumbat, naik jerawat, jeragat, kulit berminyak dan menjadi kering serta kusam.

Oleh yang demikian, penting kita menggunakan pencuci mekap khusus yang bukan sekadar dapat menanggalkan kesan solekan jenis kalis air, namun terbukti berkesan bagi memastikan kulit wajah benar-benar bersih, sihat berseri dan kekal lembap serta bebas dari sebarang cela dan kotoran. Selain dapat membantu kulit menyerap nutrien produk penjagaan wajah yang digunakan.

Hada Labo, jenama produk penjagaan kulit yang terkenal dengan konsep ‘Cara Kecantikan Jepun’. Hada Labo cukup menitikberatkan kelembapan mendalam amat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan licin dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi. Di samping mengandungi ramuan yang benar-benar penting dan berkesan untuk rutin penjagaan kulit wajah setiap hari. Semakin anda membersihkan semakin anda rasa terhidrat. Tak payah risau walaupun anda terpaksa menanggalkan solekan anda beberapa kali sehari

Hada Labo ‘Pore Refining Micellar Cleansing Water’

Menekankan konsep yang sama, terbaru Hada Labo memperkenalkan cara kecantikan Jepun menerusi pembersihan wajah dengan melancarkan ‘Pore Refining Micellar Cleansing Water’ yang dapat menanggalkan solekan kalis air dengan cukup mudah.

Bukan apa, kebanyakan ‘Micellar Water’ yang berada di pasaran memang dapat menanggalkan solekan, namun ramai yang mengalami rasa pedih pada mata dan kulit rasa kering dan perit setiap kali selepas mencuci. Malah ada juga yang terpaksa gosok wajah dengan kasar berulang kali untuk memastikan solekan benar-benar bersih dan ditanggalkan dengan sempurna. Rutin ini boleh merosakkan kulit wajah, apatah lagi jika terpaksa membersihkan mekap beberapa kali setiap hari.

Bersihkan Wajah Cara Wanita Jepun, Mekap & Kotoran Degil Tanggal Serta-Merta Kulit Juga Sihat Dan Terhidrat!

Antara keunikan lain ‘Pore Refining Micellar Cleansing Water’ ialah;

IKLAN
  1. Lebih Kerap Dibersihkan, Kulit Wajah Lebih Lembap

Bahan-bahan yang digunakan tidak menjadikan kulit rasa kering dan perit selepas dibersihkan. Malah lebih kerap dibersihkan, menjadikan kulit wajah lebih lembap. Ini kerana ia mengandungi ramuan yang melembapkan dan memberi nutrisi pada kulit. Iaitu kandungan air mawar untuk melegakan dan mencerahkan tona kulit.

Diformulasikan dengan campuran 2 jenis Hyaluronic Acid (HA) untuk kelembapan berganda dan 2  jenis lipids (Phospholipids + Sphingolipids) untuk menguatkan lapisan dan mengekalkan kelembapan kulit. Serta protein susu untuk memberi nutrisi, melembutkan dan juga melembapkan kulit.

  1. Kandungan Bahan Berkualiti, Mengecilkan Pori Wajah

Selain membersihkan solekan, ia juga mempunya enzim berganda yang mampu membuka pori wajah yang tersumbat, menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan jeragat, mengatasi kulit berminyak, bintik hitam serta mengecilkan pori wajah. Sekaligus dapat menganjalkan dan menjadikan kulit lebih lembut, licin dan berseri serta kurang berminyak.

  1. Bebas Bahan Kimia Berbahaya

 Paling penting bahan-bahan yang digunakan cukup mesra kulit, bebas daripada ujian haiwan, alkohol, pewangi dan pewarna. Tidak memedihkan mata dan sesuai untuk semua jenis kulit, walaupun pada kulit sensitif dan berjeragat.

  1. Mudah & Berkesan Tanggalkan Kesan Solekan

Dengan teknologi mikro molecular ia membersihkan kulit wajah dengan lembut dan menanggalkan semua jenis solekan tebal dan kalis air dengan mudah dan berkesan. Bermula dari solekan wajah, bahagian mata dan bibir. Malah tak perlu lagi berulang kali menggosok kulit muka untuk menanggalkan solekan tebal yang boleh mengakibatkan kedutan dan garis halus pada wajah.

IKLAN

Bersihkan Wajah Cara Wanita Jepun, Mekap & Kotoran Degil Tanggal Serta-Merta Kulit Juga Sihat Dan Terhidrat!

Cara Penggunaan:

  1. Goncang ‘Pore Refining Micellar Cleansing Water’ sebelum guna.
  2. Letak amaun secukupnya pada kapas muka.
  3. Gosok lembut pada seluruh muka sehingga solekan dibersihkan.

Bersihkan Wajah Cara Wanita Jepun, Mekap & Kotoran Degil Tanggal Serta-Merta Kulit Juga Sihat Dan Terhidrat!

Hada Labo ‘Pore Refining Micellar Cleansing Water’ dijual pada harga RM49.90 dan boleh didapati di farmasi utama, pasar raya dan laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut layari;

IKLAN

Website: https://hadalabo.com.my/

Instagram: https://www.instagram.com/hadalabomalaysia/?hl=en

Tiktok: https://www.tiktok.com/@hadalabomy

Facebook: https://www.facebook.com/MyHadaLabo/

YouTube: https://www.youtube.com/@hadalabomalaysia5609/featured

#HLMicellarWater

#UnleashYourTrueBeauty

#HadaLaboMalaysia

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI