Peneraju radio BERNAMA ini, Nazira Noran diuji mengalami Bell’s Palsy. Sakit ini menyebabkan dia tak dapat bercakap dengan jelas, malah air minuman yang diteguk laju menitis keluar.
Nazira berkongsi bagaimana dia yang awalnya cuma mengalami sakit kepala selama 2 ke 3 malam, dan berdepan situasi tak cukup tidur selama dua minggu. Rupanya stress itulah, antara yang mendorong terjadinya Bell’s Palsy pada dirinya.
Pada Isnin, 8 Februari 2021, dirinya mengalami Bell’s Palsy.
“Hari ini (22/2/2021) sudah masuk hari ke-14 dan saya masih menjalani rawatan fisio.
Walau belum sembuh sepenuhnya, saya rasa saya perlu maklumkan juga keadaan kesihatan saya.
Terima kasih ustaz, ustazah, sahabat-sahabat mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuk saya.
Saya akui, masa mula-mula kena, saya lambat pergi hospital dan ingat Bell’s Palsy ni tak serius, sepatutnya hari saya kena saya terus warded. Tapi hari tu saya rasa nak selesaikan kerja-kerja ofis dulu.
Rupa-rupanya, sakit kepala saya 2-3 malam itu sudah tahap serius sehingga radang belakang telinga leher saya membengkak. Dan ini kemungkinan besar saya terkena Bell’s Palsy.
Penyakit ini tak popular tapi ramai juga orang popular pernah kena macam Angelina Jolie, Adibah Noor dan Faye. Baru saya tahu, ia bukanlah strok. Masa mula-mula warded saya agak down, takut, sedih, panik, tak tau nak kata apa, semua perasaan ada. Macamana nak kerja? Nak bercakap tak jelas. Saya tak dapat sebut huruf B dan P. Lebih jadi levih. Perhatian jadi ferhatian.
Hari itu BP saya 146-126, gula 8, kolesterol 3. Doktor kata Bell’s Palsy ni sapa-sapa pun boleh kena. Stress pun salah satu faktor. So, jaga diri dan kesihatan, stress pun perlu dikawal diatasi dengan baik.
Saya akui saya agak kepenatan 2 minggu anak-anak mula PdPR. Saya tidur 2-3 jam sahaja sepanjang 2 minggu berturut-turut tu. Macamana ye ibu-ibu urus anak lagi ramai ye?
Terima kasih yang mendoakan kesembuhan saya. Allah yang beri ujian sakit ini, Allah juga yang memberi saya untuk rehat seketika, fokus ibadah lebih padaNya dan bergantung berserah padaNya. Allahu Ya Shafii.
Dia Yang Maha Penyembuh. Semoga semua yang sedang sakit juga cepat sembuh. Amin.
InsyaAllah saya akan teruskan rawatan urutan Tradisional dan Akupuntur. Terima kasih @fayekusairi tolong bagi kata-kata semangat untuk saya jugak.
Pada hari ke 15, Nazira meneruskan rawatan fisio muka. Antaranya, teknik letrik stimulation dan teknik urutan fisio muka. Klik link ini untuk lihat video.
Dan ketika ini tahap kesembuhannya sudah pun mencapai 60 ke 70 peratus sihat.
Dugaan orang popular dan berjaya dalam perniagaan, pasti ada yang tidak berpuas hati dengan kebahagiaan dan kesenangan yang dimiliki. Terbaru dikongsikan oleh Pelakon popular, Aeril Zafrel mengakui pernah menjadi mangsa perbuatan sihir daripada orang yang mungkin tidak puas hati dengan kehidupannya.
Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 33, bagaimanapun berkata, sihir yang ditujukan buat diri dan seluruh anggota keluarga sekitar awal Januari lalu bagaimanapun telah berjayakan dihentikan.
“Sebenarnya sihir itu ditujukan pada seluruh ahli keluarga, Alhamdulillah Allah SWT selamatkan kami daripada menjadi lebih teruk,” luah Aeril.
Selepas mendapatkan rawatan daripada seorang pakar perubatan Islam di Selangor, Aeril bersyukur kerana dia dan keluarganya terselamat daripada terkena ilmu sihir berkenaan.
Menerusi hantaran dalam Instagramnya, suami kepada pelakon Wawa Zainal itu turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengannya sehingga tergamak melakukan percubaan sihir terhadap ahli keluarganya.
“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir ini,” katanya yang turut memaafkan individu yang menganiayanya itu.
Akibat sihir tersebut, Aeril pernah menjadi panas baran, badan berasa panas, sakit pinggang dan sering mengalami mimpi yang pelik.
Bagaimanapun kata Aeril, sehingga kini kesan perbuatan sihir tersebut masih boleh dirasai dan dia disarakan terus mengamalkan perkara yang disuruh ketika berubat untuk memutuskan sihir berkenaan.
Terdahulu, menerusi satu hantaran foto yang dimuat naik dalam Instagramnya, bapa kepada tiga orang anak itu berkongsi beberapa objek berupa tangkal yang diletakkan di atas kain berwarna kuning bertujuan untuk menyihir diri dan ahli keluarganya.
“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah SWT sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.
“Begitu juga dengan saya. Alhamdulillah Allah SWT hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif. Saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini,” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Pelakon drama Tercipta Satu Ikatan itu ketika dihubungi memberitahu, buat masa ini dia tidak dapat menceritakan secara menyeluruh tentang perkara yang menimpa keluarganya itu atas nasihat pakar perubatan yang ditemuinya untuk mendapatkan rawatan.
“Maaf, buat masa ini saya tidak dapat menjelaskan lebih lanjut tentang perkara ini atas sebab-sebab tertentu,” katanya.
Kata Aeril, dia memuat naik hantaran tersebut bertujuan untuk memberitahu individu yang melakukannya supaya bertaubat kerana melakukan kezaliman terhadap diri dan keluarganya.
“Perkara ini melibatkan anak-anak saya yang tidak tahu apa-apa. Moga dia sedar dan insaf. Saya juga diberitahu siapa yang melakukan perbuatan tersebut. Bagaimanapun jika ada datang meminta maaf atas perbuatannya, saya akan maafkan,” jelas Aeril.
MW: Tak sangka orang tergamak melakukan perkara syirik demi rasa tak puas hati dengan kejayaan, kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Bertaubatlah sementara masih berkesempatan. Buat Aeril Zafril dan keluarga, semoga diberi kesembuhan dan kecekalan menghadapi ujian serta dugaan ini.
Sebaik mencecah usia 12 tahun, anak-anak perlu mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan menandakan kita sebagai penduduk tetap warganegara Malaysia. Di situlah, ia menyimpan segala maklumat diri dan secara tak langsung membantu memudahkan segala urusan.
Jangan tak tahu, buka nhanya kita sebagai warganegara yang kena ada kad pengenalan. Tapi, bagi anda pencinta kucing, ia boleh dilakukan pada kucing kesayangan anda. Ini kerana ia turut menyimpan segala maklumat tentang kucing tersebut dan istimewanya, jika berlaku sebarang kehilangan, ia masih mampu untuk mengesannya.
Ini antara perkongsian daripada Nazrin Nasir tentang perkara ini.
Alhamdulillah. Saya nak kongsi kepada pencinta kucing di Malaysia..
Kalau orang yang tak suka haiwan akan cakap benda ni menyusahkan saja, Tapi bagi seorang pencinta kucing saya sanggup buat apa untuk Eva.
Nak dijadikan cerita tentang apa yang terlintas untuk membuat kad pengenalan Eva. Cerita dia sebab saya buat kad pengenalan si Nufa dan masa itu terpikir nak buat kad pengenalan untuk Eva.
Google punya google, saya terjumpa la satu post ni macam mana cara nak buat kad pengenalan untuk haiwan..
Caranya mudah sangat. Set temu janji dengan jabatan veterinar. Saya hanya telefon sahaja, nanti pihak sana akan berikan tarikh. Saya hanya pergi ke Jabatan Veterinar Hulu Langat.
Apabila sampai di sana, isi butiran Eva dan doktor akan panggil untuk cucuk microcip. Seperti cucuk vaksin saja prosesnya.
Lepas ini, Eva nak travel satu dunia pun dah boleh, yang penting bila kucing anda hilang dan jumpa balik, Jabatan veterinar boleh scan sama ada betul ke kucing tu kita punya.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, lebih 20,000 pendaftaran pasport atau Kad Pengenalan Haiwan diterima Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Pet Passport atau Kad Pengenalan Haiwan ini merupakan dokumen rasmi Kerajaan Malaysia yang hanya dikeluarkan setelah haiwan kesayangan didaftarkan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Veterinawan Bertauliah berdaftar.
Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Kesatuan Eropah, Pet Passport menjadi satu kemestian sekiranya mereka ingin membawa masuk atau keluar haiwan kesayangan mereka dari sesebuah negara.