Penantian selama tujuh tahun selepas mendirikan rumah tangga akhirnya pelakon Jehan Miskin, 41 berkongsi berita gembira bakal bergelar bapa, apabila isterinya, Julie Camelia Rhee, 36, kini hamil cahaya mata sulung mereka.
Jehan menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik foto imbasan kehamilan isterinya dan memaklumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Menurut pelakon filem Cun itu, bakal anak yang digelar ‘bayi PKP’ itu dijangka lahirkan pada tahun depan.
Julie yang berasal dari Korea itu juga menerusi laman Instagram turut berkongsi berita sama dan meluahkan rasa terujanya bakal bergelar ibu kepada bayi yang dikandungnya itu.
Serentak dengan itu, ruangan komen Instagram Jehan dan isteri telah dihujani dengan ucapan tahniah dan kiriman doa daripada peminat serta pengikut mereka yang turut sama meraikan berita gembira tersebut.
Awal pagi semalam, isteri pertama baru bersembang dengan suaminya yang dia mahu pergi. Suami turut tinggalkan madu yang sedang berpantang. Sedih rasa hati bila mengenangkan pemergian yang berlaku sekelip mata.
“Luluh hati saya apabila terpandang kasut (arwah) suami ketika bomba mengeluarkan dia daripada dalam kereta,” luah Norazalinawati Yunus, 41, isteri pertama Zabidi Muhi, 40, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 33 Sitiawan-Teluk Intan dekat Sitiawan, Perak.
Kemalangan itu turut mengorbankan Mohd Raimi Rustam Mohamad Rozi, 34. Menurut Norazalinawati, arwah suaminya pulang ke rumah malam tadi dan sempat membaiki lampu di bilik tidur sebelum keluar semula.
“Ketika itu kami sempat bersembang tetapi dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, sebaliknya berkata mahu keluar sekejap sebelum pulang semula pada 6 pagi untuk mengambil kunci kereta.
“Kami berjumpa di luar rumah sahaja dan itulah kali terakhir saya melihat dia sebelum dimaklumkan kemalangan ini oleh biras,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), Manjung.
Turut Tinggalkan Isteri Yang Masih Pantang
Arwah Zabidi turut meninggalkan seorang lagi isteri, Norjeiha Abidin, 37, yang masih dalam pantang dan lima anak berusia antara 17 hari hingga 10 tahun.
Jelas Norazalinawati, dia sempat ke lokasi kemalangan itu dan sedih apabila melihat anggota bomba mengeluarkan mayat suaminya.
“Suami bekerja di sebuah kilang di Changkat Jong, Teluk Intan dan jika diikutkan, dia masih bercuti kerana madu bersalin,” katanya.
Sementara itu, Norjeiha berkata, sebelum ini arwah Zabidi ada memberitahu dia mahu ‘pergi’ ketika mereka bersembang awal pagi semalam, yang menimbulkan kegusaran hatinya.
Bagaimanapun, wanita itu reda dengan pemergian suaminya.
“Arwah sangat teruja dengan kelahiran bayi lelaki ini dan cakap anak seperti muka dia serta beriya-iya mahu menamakan Umar Rizky,” katanya.
Arwah Zabidi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kayan, Sitiawan.
MW: Semoga arwah memberi ketabahan kepada kedua-dua isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Walau sudah lama menjadi suami, belum tentu suami faham apa sebenarnya keinginan isteri. Begitulah yang Dr Say Shazril ini alami bila mana akhirnya ada followernya yang menyedarkan apa yang orang rumahnya, Dr Azura Abas itu hajati.
Awal bulan lalu, isterinya pernah suarakan hajat mahu memakai emas perhiasan. Bila mana dia tahu isterinya itu tak pernah memakai emas sepanjang 12 tahun mengenali isterinya. Jadi, daripada membeli emas lebih baiklah dia membelikan keperluan pendidikan untuk isterinya.
Yang masa, ketika itu Dr Say menghadiahkan iPad untuk isterinya. Sekaligus, mudahlah untuk isteri menelaah ilmu baru. Sehinggalah Dr Say terbaca satu komen follower dan dia tersedar akan kesilapannya bergelar suami.
Aritu saya cerita lebih baik utamakan education dari emas, pastu ada yang reply “awat tak beli dua-dua tuk bini?.”
Bila pikiaq balik, “betui jugak cakap followers ku ni.”
Baru-baru ni saya ternampak bini saya pakai seutas gelang emas kuning. Menangis dalaman saya bila melihatnya peeps. Kiranya selama ni bini saya mengidamkan emas kuning tapi saya terlalu dungu untuk perasan kehendaknya.
Saya tanya dia “u beli mane ni?.”
Dia reply “owh! i kirim kat staf-staf klinik i diorg tolong belikan.”
Lagi menangis dalaman saya peeps. Kiranya saya gagal sebagai seorang suami dalam membaca isteri saya.
Saya ingat Lululemon cukup untuk membahagiakannya tapi barang perhiasan tetap mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Arini mak mertua saya ajak bini untuk tengok-tengok emas, maka saya gunakan peluang ini untuk memenuhi kehendak bini yang selama ini saya abaikan.
Walaupun hanya seutas rantai halus & bukan coco petai/ coco kendi/ biskut tawar/ pulut dakap, saya rasa cukup gembira hadiahkan sesuatu yang bukan sahaja bini saya idamkan, malah mak mertua saya idamkan.
Saya racun bini dah tuk try sek sek coco, dia cakap “tebal sangat, tak sesuai dengan i sekarang,” gulppp terduduk saya dengar perkataan “SEKARANG” tu kerana daku bakal ikat perut makan koko krunch pabila masa bini untuk ber-coco tiba haha.
Prinsip yang saya selalu pegang, JANGANLAH SESEKALI KITA BERKIRA DENGAN ISTERI KITA. Merekalah lubuk rezeki kita.
Ingat kejayaan kita selama ni kejayaan kita seorang? Tidak peeps, kejayaan kita selama ni bertulang belakangkan isteri kita maka fahami kehendak mereka & sekali sekala limpahi mereka dengan apa yang mereka mahukan & bukannya apa yang kita fikir mereka mahukan.
Sungguh malang tidak berbau. Jika kepenatan, hati-hati sekiranya ingin berhenti rehat dan tidur didalam kereta.Bahaya tidur dalam kereta dalam keadaan buka aircond dan ruang kereta tertutup sepenuhnya, kerana ia boleh menyebabkan kematian.
Terkini dilaporkan, dua rakan maut dan dua lagi kritikal dipercayai mengalami lemas karbon monoksida selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, pagi hari ini.
Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi dan Ayuni Shazwanie Shabri.Dua lagi rakan mereka yang juga pasangan kembar Nor Adilah Mohd Safwan and Nor Aqilah dikatakan kritikal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisoner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 1.40 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Menurutnya, empat sahabat itu yang berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam Honda Odyssey yang parkir di kawasan stesen minyak terbabit.
“Sharifah Fariesha disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga yang lain dikejarkan ke HSJ.
“Bagaimanapun, Ayuni Shazwanie menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.
Shafee berkata, berdasarkan maklumat awal mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dari Pulau Jerejak dekat sini.
1. Bila buka aircond dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan circulate di dalam kereta.
2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila kita inhale. Sekiranya kita lama hentikan kereta, oksigen semakin berkurang.
3. Apabila paras oksigen dah berkurangan ke 16% sahaja, kita akan rasa sesak nafas. Sekiranya kita tidur nyenyak, tak bangun dan tidak keluar dari kereta, maka kita akan collapse atau tidak sedarkan diri.
4. Paras oksigen makin berkurangan kerana semasa tak sedarkan diri tu kita masih bernafas dan apabila mencapai 10%, oksigen sudah tak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi, dan seterusnya menyebabkn kematian
5. Apabila kereta bergerak ok sahaja kerana semasa kereta bergerak, oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin bukan hanya oksigen yang sama circulate.
6. Jika nak rehat macam tu memang boleh tetapi kena buka tingkap juga supaya oksigen masuk.
7. Ketika jalan sesak, kita akan rasa mengantuk kerana kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta adalah kurang. Itu adalah tanda yang kita kekurangan oksigen. Tingkap perlu dibuka juga ketika itu. Kalau cuaca panas, tak salah buka aircond dan buka tingkap sedikit.
8. Karbon monoksida dari ekzos bukanlah penyebab semata-mata kematian kerana karbon monoksida dari kenderaan juga terkawal melalui catalyst converter dan dilepaskan oleh kenderaan kerana limit of concentration sudah dikawal. Untuk menyebabkan kematian, karbon monoksida ada certain ppm which is much higher than limit yang kenderaan lepaskan.
MW: Salam takziah buat keluarga mangsa tragedi ini. Pesanan buat pengguna kereta, jadikan kisah ini satu pengajaran. Hati-hati jika ingin berhenti rehat dan tidur dalam kereta. Pastikan enjin dan aircond ditutup, atau ada ruang pengudaraan dengan membuka sedikit tingkap.
Kisah sedih nahas kemalangan di Lenggong menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan oleh pasangan hidup guru wanita yang maut dalam tragedi di Jalan Kuala Kangsar-Gerik-Pengkalan Hulu.