Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor akhirnya dikurniakan cucu keempat, yang juga seorang cucu lelaki. Satu penantian yang cukup lama untuk dirinya.
Kongsi Rosyam, 54, kelima-lima anaknya adalah perempuan. Begitu juga dengan kehadiran tiga orang cucu perempuan sebelumnya. Selepas 32 tahun, barulah hadir seorang hero dalam keluarganya.
Semalam anak keduanya, Nur Anis selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta.
Kegembiraan itu diluahkan kepada para followernya di instagram, dalam masa yang sama meminta pandangan untuk diberikan nama pada cucu lelaki pertama dalam hidupnya itu.
Penantian 32 Tahun, Kehadiran Cucu Lelaki
32 TAHUN!
Alhamdullilah. Lama sangat tunggu.
Terima kasih Allah kerana kurniaanMu
HASIL PERKAHWINAN AKU
Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah
HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz
Ads
Dikuniakan 3 Cucu Perempuan Alhamdullilah
Proses Panjang Selama 32 Tahun Tunggu Sang Hero
Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah
CUCU LELAKI ! yeyyyy
Terima kasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial
Pelakon filem KL Gangster 2 ini mendirikan rumah tangga dengan Datin Runika Mohd Yusof dan dikurniakan lima anak perempuan, Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.
Mingguan Wanita :Tahniah! Buat Datuk Rosyam Nor sekeluarga dengan kehadiran orang baru dalam keluarga.
Kemesraan antara Caprice dan anak tirinya, Aleesya Sofea mengundang rasa senang di kalangan peminatnya. Bak kata mereka, terserlah kasih sayang Caprice pada anak tirinya itu.
Malah, sikap penyayang Caprice turut mendapat pujian daripada isterinya, Farra Inalis atau lebih mesra dengan panggilan Elis ini.
Bila mana Elis berkongsi video anak perempuannya dengan kapsyen yang memaklumkan selepas 6 bulan mengenali Caprice. Anaknya itu sudah memanggil lelaki itu ‘Daddy Caprice’
Kongsinya lagi, “Harini bila tengah scroll scroll balik gallery terjumpa la video adik (Aleesya) masa awal-awal kenal Ariz dulu.. terbuka hati rasa nak bercerita sedikit kisah kami.
Okey, let me start from the beginning.
Dalam video ni selepas (3-4 kali Aleesya jumpa dengan Ariz) dia punya clingy sampai nangis “rindu nak jumpa”, sebenarnya Aleesya bukan lah sejenis budak yang suka nangis, dan dia susah nak rapat dengan orang.
Selepas 6 bulan, anak Elis dah start panggil “Daddy Caprice”. Kadang-kadang dia pun suka menyakat Ariz dengan pangilan “abang bro caprice” dan buat gaya-gaya hip hop. (dah macam kawan sama baya aku tengok)
Secara jujurnya , penguat hubungan kami adalah Aleesya. Selama 2 tahun ++ Elis sebagai single mother tak pernah terfikir untuk berkahwin seawal ini , sebab Elis tak percaya akan ada orang yang akan sayang anak Elis macam I sayang dia.
Orang kat luar mungkin tak nampak or mungkin suami saya tak pernah tunjuk… but I have to say this, Ariz is too caring and loving with children and that became the no.1 reason for our marriage.
InsyaAllah we will keep growing as a family.
Terima kasih sayang sebab terima I seadanya @capriceofficial @signbycap
Beberapa hari lalu, berlegar foto pernikahan antara Caprice atau Ariz Ramli, 33 dengan pasangannya, Elis dalam persalinan berwarna putih. Malah, Caprice turut memuat naik video hari bahagianya itu di instagramnya dengan kapsyen ‘Halal @farra_inalis’
Ibarat mimpi ngeri apabila insiden tertukar bayi boleh berlaku. Kesilapan ini tidak wajar berlaku dan bukan boleh diambil mudah.
Malah bukan sebab duit dan wang ringgit, atau taktik pemasaran perniagaan seperti didakwa, sebaliknya tindakan Siti Suriani Wahiddin memfailkan saman pemula ke atas sebuah hospital di Seksyen 13, Shah Alam adalah demi keadilan susulan bayinya tertukar, Jun lalu.
Usahawan dalam talian dikenali Siti Jamumall, 22, itu nekad menggunakan proses undang-undang untuk mengadili kes berkenaan selepas gagal mendapat kerjasama pihak hospital, selain mahu ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.
“Awalnya hati saya agak berbelah bahagi untuk memfailkan kes tetapi, nekad untuk membuka mata masyarakat agar berhati-hati dan peringatan kepada hospital di negara ini supaya lebih bertanggungjawab.
“Saya tahu bukan sekali tetapi pernah beberapa kali kes sebegini berlaku, jadi perlu ada prosedur yang lebih ketat supaya insiden sama tidak berulang.
“Bagi saya, ia (tertukar bayi) satu perkara yang besar, misalnya kes saya ini kerana sehingga sudah menjadi ibu susuan kepada bayi bukan anak kandung.
“Alhamdulillah, suami (Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23) menyokong tindakan saya untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana dia yang ada dengan saya daripada awal, mula di wad bersalin hingga melahirkan anak dan tertukar bayi,” katanya.
Siti Suriani yang mempunyai dua anak berkata, melantik peguam Tetuan Marcus Tan & Co untuk menguruskan proses selanjutnya dan 10 November ini ditetapkan untuk permohonan penzahiran yang mana pihaknya akan memohon bagi memperoleh maklumat lengkap kes tertukar bayi daripada hospital.
“Sebelum ini peguam saya sudah menghantar surat beberapa kali kepada pihak di sana (hospital) untuk mendapatkan maklumat lengkap kejadian, namun kami tidak menerima kerjasama dan ia membuatkan saya terkilan.
“Jadi jalan terakhir adalah dengan mengambil tindakan ini (saman). Belum ada lagi nilai tuntutan ditetapkan buat masa ini dan soal siapa bersalah serta nilai ganti rugi itu biarlah mahkamah tentukan nanti,” katanya.
Mengenai tindakannya mengadakan sidang media secara live di Facebook dan TikTok, Sabtu lalu, katanya, ia dilaksana selepas mendengar nasihat peguam dan persetujuan suaminya.
Katanya, peguam mewakili pihak hospital juga sudah dimaklumkan mengenai rancangannya untuk mengadakan sidang media bagi kes berkenaan.
Dalam pada itu, Siti Suriani berkata, sehingga kini dia masih berhubung dengan Diana Hanani Abdullah, 23, iaitu ibu kepada bayi susuannya, Aysar Aryan Muhammad Khairulazman.
“Tipu kalau saya katakan tiada perasaan sayang terhadap Aysar Aryan (anak Diana) kerana pernah menyusukannya. Disebabkan itu, saya akan menghantar mesej kepada Diana jika ada kelapangan untuk bertanya khabar dan mengikuti perkembangan Aysar Aryan,” katanya.
Sementara itu, suami Diana Hanani, Muhammad Khairulazman Moh Pardon, 27, ketika dihubungi berkata, pihaknya juga mengambil tindakan undang-undang ke atas hospital berkenaan menerusi peguam sama.
“Kami sepakat bawa kes ini ke mahkamah. Ada segelintir pihak mengatakan apa dilakukan untuk tujuan pemasaran sedangkan niat kami adalah menuntut keadilan, jadi biar mahkamah tentukannya nanti,” katanya yang memberitahu mengekalkan hubungan baik dua keluarga selepas kejadian berlaku.
Dalam insiden Jun lalu, bayi Siti Suriani dinamakan Putra Aiman Zhafran yang lahir pada 10 Jun tertukar dengan bayi Diana Hanani dipercayai akibat kecuaian pihak hospital. Mereka menyedari kejadian berkenaan dua hari selepas kelahiran, iaitu ketika Mohammad Syafiq mahu memotong tanda nama pada kaki bayi yang didapatinya tertera wanita lain.
Ketika ini pelakon dan penyanyi, Elyana sedang menjalani prosedur kemoterapi yang keempat. Bagi melawan kanser limfoma yang dihadapinya. Berkongsi perasaan, Elyana akui yang perjalanannya ini tidak mudah.
Struggle kemoterapi buatkan dirinya tidak mudah untuk menjamah makanan. Berkongsi kisah ujian sakitnya selama lebih 10 tahun, membuatkan dirinya berharap agar adanya empati dalam diri orang lain terhadap mereka yang diuji sakit.
Pernah juga dirinya tidak makan selama setahun, kerana tiada selera. Hilangnya nikmat selera makan, juga ujianNya.
Ini pesan Elyana,
Kalau boleh memang setiap hari saya nak makan Healthy Food, Fresh, Real Food, sayur, buah, No sugar, no salt, exercise, makan suppliment itu dan ini.
Saya dah sakit lebih 10 tahun.
Lebih 20 kali chemo.. lebih 30 kali radiotherapy.
Apa yang saya tak pernah lakukan?
Diet? Pantang? Makan ubat? Rebus daun? Benda yang anda tak terfikir boleh makan pun saya makan. Macam-macam rasa saya telan juga untuk sihat.
Tak makan selama setahun pun pernah, sebab tak ada selera.
Berubat semua ceruk orang bagitahu saya pergi.
Pada pendapat saya, yang pernah hilang nikmat selera makan, makan la selagi Allah kurniakan kita nikmat makan.
Tapi berpada-pada. Makanan yang kita makan ni, Alhamdulillah Halal. Sebelum makan, kita doa semoga makanan ini menjadi ubat dan asbab untuk kita sembuh.
Sesungguh nya hanya Allah Maha Penyembuh.
Tapi.. jika kamu jadi saya, baru kamu akan faham keadaan ini. Tak ada gunanya jika saya explain selagi kamu tidak merasai nya sendiri.
Beza kalau kita ni pernah jaga/kenal orang yang sakit dengan kita sendiri yang mengalami dan berperang dengan sakit.
Beza….
Jika anda ingin membantu, belajar lah memahami.
Bukan menghakimi dalam comment dan complain.
Rosak jiwa saya. Saya dah buat sebaik mungkin yang saya mampu untuk 10 tahun ni.
Saya tiada yang bantu untuk menjaga saya.
Malah saya yang harus menjaga orang lain.
Saya tak complain just nak bagitau.
Dan saya bukan ada Superpower.
Saya pun manusia biasa.
Nak jaga diri sendiri pun tak ada masa.
Tak campur lagi struggle saya yang tak ada selera nak makan.. mulut penuh ulser, demam tak menentu, saraf seluruh badan sakit, susah berjalan, tak boleh minum air even telan air liur pun sakit… muntah.. ketakutan.. seluruh badan rosak.. susah bercakap… tumpah darah bertahun-tahun. Nak duduk berdiri sakit.. nak jaga keluarga, nak cari duit.. berfikir.. tak boleh tidur.
Malah, nak selalu tersenyum depan anda.
Berat…terlalu berat.
Kamu tak akan dapat memahami selagi kamu tidak pernah merasai nya sendiri.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34 menghidap kanser limfoma tahap empat. Dia turut berkongsi perjalanan kemoterapinya di instagram.
Elyana berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayyah, 10 dan mempunyai seorang anak angkat, Cahaya Ramdhani, 2 tahun.
Mingguan Wanita : Semoga Elyana dipermudahkanNya sepanjang menjalani prosedur kemoterapi untuk melawan penyakitnya itu.