mochi-hada

Kecantikan kulit wanita Jepun yang putih bersih selembut ‘mochi’ seringkali menjadi keinginan para wanita. Tanpa mengira usia, wanita Jepun amat bijak mempertahankan keremajaan kulit mereka.

Tentu ada rahsia cantik yang menjadi amalan selama bertahun-tahun. Apabila membicarakan soal kecantikan wanita dari negara matahari terbit, inilah perkara yang perlu diambil perhatian.

Mereka begitu menitikberatkan soal penjagaan diri. Menerusi kualiti bahan pembersihan itu sendiri, perlu mengandungi bahan semula jadi.

Kulit Licin Selembut Mochi

Atas dasar inilah, wajah selembut ‘mochi’ menjadi idaman para wanita. Mochi hada itu perumpamaan untuk mendapatkan kulit selembut kuih beras.

Sayangnya, kesibukan hidup dan kekangan masa membuatkan wanita kekurangan tenaga dalam menjaga kulit tubuh mahupun wajah.

Dengan kesibukan ini, membuatkan wanita sekadar memberi tumpuan pada penjagaan kulit wajah semata. Sedangkan 90 peratus lagi bahagian kulit tubuh yang lain gagal diberi keutamaan.

Kehadiran Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang diilhamkan daripada rutin ringkas falsafah Jepun membolehkan wanita tampil dan merasai kulit ‘selembut mochi’.

Cream mandian dalam satu langkah penjagaan wajah dan tubuh ini dilahirkan dengan teknologi Moisture-Lock, yang memerangkap lembapan sedia ada di dalam kulit.

Ia membuatkan molekul-molekul air akan ‘terkunci’ di dalam kulit dan mengekal hidrasi kulit wajah dan badan dengan efisien.

Sebagaimana kecantikan wanita Jepun yang mengutamakan penggunaan bahan semula jadi dan selamat. Begitulah juga prinsip-prinsip Shokubutsu Mochi Hada terkandung di dalam khasiat semula jadi Minyak Tsubaki, Minyak Bran Beras dan Ekstrak Tapai Beras.

Minyak Tsubaki

Ianya satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha.

IKLAN

Minyak Bran Beras

Satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampil anjal dan tegang. Dalam masa sama, mengekalkan kelembapannya.

Ekstrak Tapai Beras

Ianya kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan serta penampulan keseluruhan yang lembut dan sihat.

Rutin Pemakanan Berhenti Sebelum Kenyang

Wanita Jepun juga terkenal dengan pemakanan yang kurang penggunaan minyak. Hidangan mereka bersaiz kecil. Ianya dapat dilihat pada peralatan pinggan dan mangkuk yang mereka gunakan.

Amalan mereka adalah tidak memenuhkan pinggan dengan makanan. Inilah yang menjadikan tubuh mereka kekal langsing dan tidak berisi. Mereka juga akan berhenti makan sebelum kenyang.

‘Selembut Mochi Hada..’ Ini Rahsia Sihat Dan Kecantikan Kulit Wanita Jepun

Begitu juga dengan amalan minum teh hijau yang terkenal di seluruh dunia. Teh matcha berbentuk serbuk ini juga seringkali digunakan dalam upacara minum teh tradisional di Jepun.

Kandungan vitamin C dan anti-oksidan menjadikan minuman ini pilihan terbaik untuk menyihatkan tubuh badan. Sekaligus mengekalkan kulit wajah yang awet muda.

IKLAN

Wanita Jepun Aktif Bergerak

Orang Jepun amat menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan. Sebab itulah mereka akan melakukan apa saja rutin yang memberi kebaikan kepada mereka.

Aktiviti berjalan kaki misalnya, membantu mereka untuk menegangkan kulit wajah.

‘Selembut Mochi Hada..’ Ini Rahsia Sihat Dan Kecantikan Kulit Wanita Jepun

Mereka ini juga aktif bergerak dan melakukan pelbagai aktiviti fizikal. Jika tidak berjalan kaki atau mengayuh basikal, orang Jepun berada di taman melakukan gerakan tai chi.

Rahsia Awet Muda Dengan Shokubutsu Mochi Hada

Sungguhpun wanita Jepun melakukan pelbagai aktiviti dan rutin pemakanan yang sederhana. Prinsip utama kesihatan dan kecantikan mereka tentulah berkaitan dengan rutin penjagaan kulit yang sihat.

Sebagaimana yang dijelaskan di atas, Shokubutsu Mochi Hada diperkenalkan bagi membantu wanita merasai kulit semulus mochi. Cream mandian yang diilhamkan dari falsafah kesederhanaan Jepun dalam rutin penjagaan, pembersihan dan melembapkan kulit wajah dan tubuh dalam satu langkah.

‘Selembut Mochi Hada..’ Ini Rahsia Sihat Dan Kecantikan Kulit Wanita Jepun

IKLAN

Cream mandian Shokubutsu Mochi Hada ini memberi kelebihan dalam penjagaan kulit. Antaranya:

  • membersih
  • menghidratkan kulit kering
  • mengunci kelembapan
  • meningkatkan keserian kulit
  • melembutkan kulit
  • melicinkan kulit kasar
  • menanggalkan kekotoran
  • melindungi tubuh dari kotoran

Setiap penghasilan produk Shokubutsu dibelakangi dengan proses penyelidikan dan pembangunan yang terperinci.

Begitu juga dengan rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower telah diuji secara dermatologikal; lulus ujian kepedihan pada kulit dan terbukti bukan komedogenik.

Ia sangat efektif malah masih lembut terhadap kulit di bahagian wajah dan badan.

Dalam ujian penggunaan di rumah melibatkan 450 orang wanita, 80 peratus daripada pengguna menyatakan mereka merasai kulit menjadi lebih licin, lebih lembut dan lebih bersemua dalam tempoh penggunaan dua minggu.

Hasilnya inilah satu produk yang ringkas, efisien dan efektik. Apabila digunakan secara berterusan akan membuahkan kesan yang positif bagi membantu pengguna memperoleh kulit ‘selembut mochi’ dalam tempoh hanya dua minggu.

Anda boleh mendapatkannya secara pembelian online di :

Watsons
Shopee

Untuk maklumat lanjut layari website Shokubutsu Malaysia : https://shokubutsu.com.my/mochihada/

Baca juga : Cara pembersihan badan dengan satu langkah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI