Bukan mudah bagi wanita nak uruskan anak-anak dan rumahtangga dengan sempurna. Masa menjadi sangat terhad dan amat berharga. Seharian sibuk dari celik mata waktu pagi sampailah nak lelap semula malam nanti. Jadi ibu-ibu terutamanya dengan anak-anak kecil yang memerlukan perhatian, serba serbi kerja rumah kena lakukan dengan cepat dan pantas.

Sambil nak tunggu baju dalam mesin basuh siap dicuci, sempat lagi mandikan anak. Sambil tunggu kuah masak sempat cuci pinggan kotor. Sambil sapu sampah dekat ruang tamu sempat capai dan kemas apa yang nampak berselerak depan mata.

Paling penting, nak mandi pun kena cepat dan pantas, sabun mana yang sempat, gosok mana yang dapat sebab anak dah ‘setia menunggu’ depan pintu. Mana nak berus gigi, capai pencuci muka, skrub badan, berus kaki, sental itu dan ini.

Namun demikian, walau tak sempat macam mana sekalipun, ibu-ibu kena pastikan penampilan, kecantikan dan kebersihan diri tetap dijaga sempurna. Lebih-lebih lagi kena berhias wangi dan cantik untuk tatapan suami tersayang.

Kulit wajah dan badan kedua-duanya sama penting dan jangan diabaikan salah satu. Sebab ramai yang beri lebih perhatian pada kulit wajah dan lupa nak jaga kulit badan hingga mengakibatkan ia mengalami proses penuaan lebih cepat.

IKLAN

Sebab tu, adalah penting kena guna produk sabun yang juga berperanan dua dalam satu, iaitu boleh bersihkan badan dan lembapkan kulit wajah sekali. Dengan cara ini ia lebih mudah, ringkas dan jimat masa ibu-ibu dalam bilik air!

Bersihkan Badan & Lembapkan Kulit Wajah Selembut Mochi HANYA Dalam Satu Langkah!

Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower

Berita baik, Southern Lion Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian produk Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower terbaru yang membolehkan ibu-ibu membersih dan melembapkan wajah dan badan secara efektif, dalam satu langkah semasa mandi! Ia menggunakan bahan-bahan yang selamat dan semula jadi iaitu;

IKLAN
  1. Minyak Tsubaki, iaitu salah satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha.
  2. Minyak Bran Beras, ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapan.
  3. Ekstrak Tapai Beras, yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.

Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower juga diformulasikan untuk semua jenis kulit. Ia telah diuji secara dermatologikal, tidak menyebabkan kerengsaan (iritasi) dan keradangan (reaksi alergi) kepada kulit. Malah terbukti bukan komedogenik, selamat untuk digunakan ke atas kulit wajah tanpa menyumbat atau menyekat liang pori wajah. Jadi Ia sangat efektif menjadikan kulit lebih licin ‘selembut mochi’ dan lebih berseri dalam tempoh hanya dua minggu.

Mempunyai Tiga Varian

Rangkaian produk Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower boleh didapati dalam 3 varian iaitu Shower Oil, Shower Lotion: Glow Radiance dan Shower Lotion: Ultra Moisture dalam botol (525ml) dan pek isi-semula (450ml) seperti berikut:

Bersihkan Badan & Lembapkan Kulit Wajah Selembut Mochi HANYA Dalam Satu Langkah!

IKLAN

Dengan harga dari RM19.00, tiga varian rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower boleh didapati secara eksklusif di kedai-kedai Watsons dan kedai dalam talian. Ia juga boleh didapati di rangkaian pasaraya utama dan stor e-dagang.

Sayangilah wajah dan badan anda hari ini dengan Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Series yang baharu.

#LoveYourFaceLoveYourBody

Sementara itu, Shokubutsu Mochi Hada turut melancarkan kempen emochi (memegang gambar) “#LoveYourFaceLoveYourBody”, untuk mengingatkan golongan wanita agar tidak mengabaikan 90% lagi kulit badan mereka yang harus dijaga sama seperti kulit wajah mereka. Golongan wanita dialu-alukan untuk memuat naik gambar emochi atau gambar wajah “smiley” di mana-mana bahagian badan mereka ke media sosial dengan tanda pagar atau hashtag #LoveYourFaceLoveYourBody dalam bulan Ogos dan September untuk memenangi kit mandian Shokubutsu Mochi Hada pada setiap hari Selasa.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI