Buat julung kalinya, Selangor Fashion Accelerator telah mengumumkan tiga pemenang daripada usahawan fesyen/PKS sebagai salah satu cara untuk mengiktirafkan bakat dalam sektor fesyen sederhana, baru-baru ini. 

Majlis Hari Demo pada 8 Oktober yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu dirasmikan oleh Datin Seri Masdiana Muhamad, Isteri kepada Dato’ Menteri Besar Selangor dan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS).

Iktiraf Bakat & Jenama Fesyen

Terdahulu, lebih 80 pemohon mendaftar untuk program Selangor Fashion Accelerator sejak dilancarkan dan hanya 16 peserta yang telah disenarai pendek. 

Mereka yang terpilih ini telah menjalani program intensif selama dua bulan melalui bimbingan mentor yang berpengalaman dalam komuniti dan bengkel yang komprehensif.

Bagaimanapun, enam peserta terbaik telah dipilih untuk mara ke peringkat akhir iaitu Hari Demo dengan bertemakan “Modest Fashion” yang memberi fokus pada pakaian sederhana sedia-untuk-dipakai (RTW) dengan sentuhan elemen moden dan minimalis. 

Selain membuat pitching perniagaan, setiap peserta perlu mempamerkan tiga rekaan daripada koleksi mereka semasa segmen pentas peragaan. Antara juri yang terlibat pada hari berkenaan ialah Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Rasta Rashid, Yang Mulia Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Aaron Sarma, Low Ngai Yuen, Leslie Variyan dan Wong Lee Leng.

Selangor Fashion Accelerator, Beri Iktiraf Jenama & Bakat Dalam Sektor Fesyen Sederhana

Pada penghujungnya, tiga pemenang Selangor Fashion Accelerator yang pertama diumumkan dengan dimenangi oleh Kalima Textile sebagai juara yang memenangi wang tunai bernilai RM6,000.00 dan gerai pameran My Gaya Month bernilai RM10,000. Sementara itu, S.leapita dan BatikTEKTURA masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Selangor Fashion Accelerator, Beri Iktiraf Jenama & Bakat Dalam Sektor Fesyen Sederhana

Bersama semua pemenang.

 

IKLAN

Selangor Fashion Accelerator, Beri Iktiraf Jenama & Bakat Dalam Sektor Fesyen Sederhana

Juara, Kalima Textile

Selangor Fashion Accelerator, Beri Iktiraf Jenama & Bakat Dalam Sektor Fesyen Sederhana

Tempat kedua, S.leapita

Selangor Fashion Accelerator, Beri Iktiraf Jenama & Bakat Dalam Sektor Fesyen Sederhana

Peragaan dari koleksi batikTEKTURA

IKLAN

“Ingin Mengembangkan Bakat Ke Negara Jiran” – Tabizi Tahir, Kalima Textile (Juara)

Bagi juara ulung kalinya program ini, En Tabizi Tahir dari Kalima Textile telah melahirkan rasa syukur di atas kemenangan ini dan ia menjadi pemangkin semangat untuk Kalima Textile lebih berjaya di masa hadapan. 

“Sebenarnya saya tidak langsung menjangka akan berjaya dan memperolehi tempat pertama, memandangkan pesaing semuanya hebat dan jenama mereka pun sudah lama, sedangkan kami masih baru, lebih kurang setahun beroperasi. 

“Melalui kemenangan ini, ia memberi batu loncatan untuk kami mengembangkan brand Kalima Textile ke negara jiran dan juga negara Timur Tengah. Malah, untuk jangka panjang, kami berhasrat bukan saja sebagai pembekal tetapi membuat fabrik sendiri,” katanya tentang impian dan perancangan Kalima Textile akan datang. 

 

Memartabatkan Landskap Fesyen – Datin Seri Masdiana

IKLAN

Menurut Datin Seri Masdiana, program ini bukan sahaja dapat memberi manfaat tetapi membantu usahawan tempatan dan PKS dalam membina satu peluang untuk mereka memajukan perusahaan mereka. 

“Saya berharap agar kerajaan negeri Selangor dapat memartabatkan landskap fesyen negara secara digital dengan menawarkan intipati bengkel menarik untuk meningkatkan pengiktirafan jenama dalam pasaran dan industri. 

“Sudah pastinya, Sidec berperanan untuk menyokong syarikat pemula Malaysia dan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) dalam mewujudkan persekitaran yang mampan untuk mencungkil bakat dalam sektor fesyen sederhana,” katanya. 

 

Selangor Fashion Accelerator, Beri Iktiraf Jenama & Bakat Dalam Sektor Fesyen Sederhana

Ucapan daripada Datin Seri Masdiana Muhamad

Bagi Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, program ini adalah satu cara untuk usahawan menzahirkan kreativiti dan idea untuk memberi inspirasi kepada perniagaan yang mereka jalankan. 

Program ini bertujuan untuk menyokong rakyat Malaysia dan PKS dalam menunjukkan bakat dalam sektor fesyen sederhana. Malah, dengan menawarkan pengalaman ini, sekurangnya ia dapat meningkatkan pengiktirafan jenama dalam pasaran dan industri,” katanya dalam majlis tersebut.

Selangor Fashion Accelerator, Beri Iktiraf Jenama & Bakat Dalam Sektor Fesyen Sederhana

Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI