Manusia mempunyai dua jenis gigi iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu terdiri daripada 20 batang gigi yang akan mula tumbuh seawal usia enam bulan. Manakala gigi kekal pula berjumlah 32 batang kesemuanya akan mula tumbuh ketika kanak-kanak berusia enam tahun ke atas. Proses pertumbuhan gigi kekal akan berakhir sekitar usia anak-anak 12 ke 13 tahun. Proses tumbuh gigi berbeza mengikut individu dan faktor etnik, jantina, persekitaran turut memberi pengaruh kepada proses tersebut.

Peralihan gigi susu ke gigi kekal berlangsung semulajadi. Jika gigi dijaga sempurna, gigi susu akan gugur bila tiba waktunya. Bagi memastikan kedudukan gigi sempurna, anak-anak kecil perlu dilatih dan dibawa ke klinik gigi untuk mendapatkan pemeriksaan gigi. Tetapi dalam situasi tertentu, gigi bongsu perlu disingkirkan awal, kerana atas faktor-faktor seperti berikut :

  1. Apabila gigi susu longgar.

Pernah tak, ibu-ibu lihat anak anda kusyuk menolak gigi bongsunya dengan lidah yang bila-bila masa sahaja boleh tercabut. Geram bukan? Bila kita pujuk anak baik-baik, bagai nak apa dia berlari sambil menjerit takut sakit

Khabar baik untuk ibu apabila melihat kondisi gigi susu anak begitu. Itu bermakna sudah tiba masanya gigi tersebut gugur. Namun, kita tidak perlu terburu-buru membawa anak berjumpa doktor gigi. Jika gigi anak sangat longgar, kita boleh cabut gigi itu di rumah saja. Anak cuma perlu gerak-gerakkan gigi yang longgar tersebut selama beberapa kali setiap hari dan akhirnya ia akan cabut sendiri. Ini supaya ia tidak memberi pengalaman trauma kepada anak.

Bantuan doktor gigi tidaklah wajib, tetapi ada yang berpendapat hasilnya lebih baik dan masalah gigi longgar akan cepat selesai jika anda membawa anak berjumpa doktor gigi.

IKLAN
  1. Gigi kekal dah mengintai nak keluar tapi gigi susu belum tanggal lagi

Dalam situasi lain, kalau anda perasan ada juga gigi kekal yang telah memunculkan diri disebalik gigi susu. Walaupun gigi susu belum pun tanggal lagi. Sekiranya anak anda berdepan dengan keadaan ini, sebaiknya bawa dia ke klinik gigi berhampiran untuk mendapat nasihat doktor gigi. Jika kedudukan gigi kekal menganggu gigi susu dan bakal merosakkan struktur gigi, lazimnya doktor gigi akan mengesyorkan gigi susu dicabut bagi memberi laluan kepada gigi kekal.

  1. Karies gigi

Karies gigi boleh menjadikan gigi susu memburuk dan memberi kesan kepada struktur gigi tersebut. Kekerapan anak-anak makan makanan manis, tidur dengan puting botol susu masih di dalam mulut. Memberi ruang kepada karies gigi bermaharajalela. Untuk gigi anak yang berusia 7 tahun ke atas dan mempunyai karies gigi (gigi berlubang), terutama pada gigi kacip, gigi itu perlu dicabut walaupun gigi kekal belum keluar lagi.

Karies pada gigi boleh mengakibatkan kerosakkan saraf gigi dan memberi kesan kepada pertumbuhan gigi kekal anak nanti. Ibu bapa diminta mendapatkan nasihat doktor gigi bagi merawat masalah gigi ini. Konklusinya, pentingnya amalan mengajar anak-anak memberus gigi sejak kecil lagi. Pencegahan awal mampu mengurangkan rasa trauma, infeksi gigi kronik dan menjejaskan hubungan mereka dengan doktor gigi di masa depan.

IKLAN

Kenapa perlu jaga gigi susu?

Walaupun hayat gigi susu hanya beberapa tahun sahaja. Adalah perlu anda membantu anak-anak menjaganya sejak mereka bayi lagi. Ini bagi mendidik anak-anak kepentingan menjaga kesihatan gigi mereka sehingga mereka dewasa kelak. Kenapa perlu jaga gigi susu? Berikut adalah fakta berkaitan gigi susu yang mungkin mempengaruhi kepekaan anda mengenainya selepas ini.

IKLAN
  1. Boleh mengganggu proses pertuturan

Proses perkembangan anak kecil melibatkan fasa berjalan, berlari, bercakap dan kemahiran lain. Salah satu kemahiran penting anak-anak adalah menguasai proses pertuturan. Jika gigi susu anak rosak lebih awal, ia sedikit sebanyak mengganggu proses pertuturan anak-anak. Bagi mengelak situasi itu berlaku, peka dan prihatinlah dengan kesihatan gigi susu anak anda.

  1. Menggangu proses pertumbuhan gigi kekal

Gigi kekal yang tumbuh diselangi gigi susu yang rosak sedikit sebanyak mengganggu pertumbuhan gigi kekal. Keadaan ini boleh membuatkan gigi kekal tumbuh tidak teratur. Ada kemungkinan anak anda memerlukan rawatan gigi nanti.

  1. Membentuk wajah yang normal

Sebelum gigi pertama muncul, biasakan membersihkan mulut bayi anda selepas selesai menyusu. Gunakan kain lampin yang dilembapkan atau berus gusi khas jenis silikon untuk bayi. Membersihkan gusi itu adalah permulaan mendidik anak-anak regim penjagaan gigi sejak bayi. Sebaik gigi susu pertama muncul, perkenalkan anak dengan berus gigi yang sesuai. Walaupun gigi susu tidak kekal, penjagaan awal gigi mempengaruhi kepada perkembangan bentuk wajah yang normal.

  1. Membantu anak-anak dapat nutrisi yang sihat

Apabila anak mula makan makanan solid seawal enam bulan, fungsi rahangnya mula dirangsang. Seiring dengan pertambahan usia dan pertumbuhan gigi susu, gigi yang tidak dijaga mengundang karies serta radang. Jika anak anda disogokkan dengan makanan tinggi gula dan tidak berkhasiat…giginya cenderung untuk rosak lebih cepat. Kekerapan memberikan anak makan makanan yang sifar khasiat, membuatkan anak anda tidak dapat makan makanan berkhasiat. Didik anak kepentingan menjaga gigi dan mendapatkan nutrisi yang sihat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI