Penyanyi lagenda Indonesia yang terkenal dengan lagu keroncong, Hajjah Hetty Koes Endang, 64 berkongsi kegembiraan dan meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Afifah Qomariah Yusuf selamat melahirkan cahaya mata baru-baru ini. Sekaligus menjadikan penyanyi ini bergelar nenek pada 11 Ogos lepas.
Kongsi Wajah & Nama Cucu Hetty Koes Endang
Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Berdiri Bulu Roma-ku, turut berkongsi wajah cucu lelaki pertamanya dan nama pilihan bayi comel tersebut.
Arlo Astrodistira Arsanda nama pilihan cucu Hetty Koes Endang
“Alhamdullillahirobilalamin.. Telah lahir ke dunia cucu Bunda dari @afifahyusuf dan @faldoarsnd”
Arlo Astrodistira Arsanda
11 Agustus 2021
Pukul: 08:33
Berat: 3.11kg
“Selamat sekali lagi untuk kedua Ayah dan Ibu baru, Ibu yang kuat, sehat, semua mendoakan mu nak.”
Penyanyi kesayangan negara Dato Sri Siti Nurhaliza yang juga sahabat baik Bunda Hetty juga ada mengucapkan tahniah buat mereka sekeluarga.
Hetty berkahwin dengan ahli politik, Yusuf Erwin Faishal pafa Julai 1991 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata.
Mingguan Wanita : Tahniah Bunda Hetty atas kelahiran cucu pertama dan bergelar nenek. Semoga bayi comel ini membesar dengan sihat.
Sumber/Foto: Instagram Hetty Koes Endang
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
Wani Comel yang suatu ketika dulu pernah dikenali dengan kisah masalah berat badannya telah meninggal dunia pada 19 Ogos kira-kira jam 9 malam. Sebelumnya pada hari yang sama, sahabat baik arwah, Putri Nur Rabiatul Nabihah juga dijemput Ilahi. Keduanya disahkan positif Covid-19.
Berkongsi coretan duka, ibu arwah Nabihah mencatatkan,
Saya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021.
Wani pergi dihari yang sama anak saya meninggal. Mereka berdua meninggal disahkan Covid 19. Allahuakbar.. Allahuakbar. Sayu hati saya 2 insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama. Saya mohon pada semua rakan-rakan sedekahkan AlFatihah untuk Wani Comel & Putri Nur Rabiatul Nabihah.
AL FATIHAH”
Sehari sebelum keduanya meninggal dunia, ibu Nabihah terdengar perbualan anaknya dan Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim. Kata anaknya pada Wani, “Boleh ke kita ni?”
Kemudian, ibu ini dengar Wani beritahu Nabihah yang mereka kena kuat. “Wani kata, kalau Bihah tak ada, dia akan ikut sekali.
“Tak sangka mereka berdua pergi bersama pada hari yang sama.”
Difahamkan arwah Wani meninggal dunia di rumah sekitar pukul 9 malam (Rabu), manakala arwah Nabihah meninggal di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4 pagi hari yang sama.
Penjaga arwah Wani, Muhammad Shah Rovinderjit memaklumkan yang arwah dijangkiti Covid-19 selepas sehari menerima suntikan vaksin kedua pada 13 Ogos lalu. Selepas lima hari positif, arwah akhirnya pergi juga.
Arwah Nabihah pula positif selepas empat hari menerima suntikan vaksin dos kedua pada 8 Ogos lalu. Keduanya kuarantinkan diri di rumah saja.
Mingguan Wanita : Al-Fatihah, semoga Allah menempatkan arwah Nurul Airawani Nazira dan arwah Putri Nur Rabiatul Nabihah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Doakan Sarah, Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segalanya” begitulah doa seorang suami dan bapa. Sebelum ini penyanyi dan usahawan popular, Siti Sarah mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib serta anak-anaknya disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai.
Terbaru, Sarah dikhabarkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras dek kerana tahap oksigen yang semakin menurun.
Sarah yang sedang sarat hamil tujuh menaiki ambulan petang semalam bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Malah menerusi perkongsian Shuib menerusi entri di akaun Instagramnya turut memohon orang ramai mendoakan agar kesihatan Sarah dan anak dalam kandungan dipermudahkan segala urusan.
“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,” tulis Shuib.
Malah menerusi entri yang satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital begitu meruntun jiwa yang menonton.
Seperti mana yang dimaklumkan Pengurus Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music Sarah sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin semalam.
“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” terang Nana.
Malaysia #QuranHour sempena Hari Kemerdekaan 2021 telah berlangsung dengan jayanya tengah hari tadi. Malaysia #QuranHour tahun ke tujuh telah disiarkan secara langsung dari studio TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi, dengan membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan tujuh surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021.
Seperti yang anda sedia maklum setiap tahun, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) sebagai penganjur utama akan memilih satu surah utama bagi misi #QuranHour. Pada tahun ini Surah Al-Mulk yang bermakna Kerajaan menjadi surah utama yang diangkat bagi membawa misi Malaysia Berbudi dan Penyayang.
World #QuranHour pada 6 Mei lalu memfokuskan kepada Surah Al-Mulk dengan pengisian tentang tiga perkara iaitu keberkahan, ingat mati dan terus melakukan kebaikan (Ahsanu Amal).
Solusi daripada Ilahi untuk keluarga Malaysia di Malaysia, malah #QuranHour juga diadakan menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2021. Malah Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub juga menyatakan Malaysia #QuranHour adalah untuk rakyat Malaysia beragama Islam di dalam dan luar negara kerana mereka adalah majoriti di dalam negara ini.
“Lebih 20 juta orang beragama Islam daripada 32.7 juta rakyat Malaysia. Kita perlu bangkit menjadi model untuk merawat rakyat kerana bersama dengan kita ada Mukjizat luar biasa iaitu Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah seruan untuk berinteraksi dengan al-Quran selama satu jam sebagai permulaan sehingga lahir karakter Muslim sejati dengan panduan al-Quran,” terang Datuk Hussamudin.
Malah tambah beliau lagi, sebagai orang Islam, walau dalam apa keadaan sekalipun, seorang muslim tidak mengenal erti putus asa.
“Cabaran yang datang adalah peluang untuk kita terus menjadi lebih baik dan kental jiwa. Jiwa yang merdeka, meyakini bahawa selagi hidup, kita ada rezeki dan peluang yang Allah berikan untuk menguruskan kehidupan dan negara ini dengan lebih baik.
“Kualiti dan watak ini amat penting agar kita terubati dan bangkit membina negara tercinta ini. Semoga zikir dan solat dapat membina karakter mantap warga Malaysia yang merdeka. Kita berharap rakyat dalam negara ini akan dibentuk dengan nilai yang teguh dengan panduan al-Quran bagi membina Keluarga Malaysia,” sambung Datuk Hussamuddin yang turut mengucap setinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas sokongan Malaysia #QuranHour dalam membina Keluarga Malaysia yang berbudi dan penyayang.
Program Malaysia #QuranHour telah bersiaran selama sejam menampilkan Pentadabbur, Ketua Pegawai Penyelidik, WUIF, Fazrul Ismail dan tetamu jemputan Pensyarah Kanan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Farid Ravi Abdullah untuk memberi pengisian ilmu. Manakala bacaan Surah Al-Mulk dan 2 Surah Musabbihat dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff pula berkata, program berinteraksi dengan al-Quran kali ini terus meneroka formula daripada Surah Al-Mulk melalui Tadadbur al-Quran dengan al-Quran.
“Kita terus meneroka formula daripada Surah Al- Mulk melalui tadabbur al-Quran dengan al-Quran, iaitu memahami panduan lanjut daripada tujuh Surah Al-Musabbihat sebagai formula kejayaan untuk negara ini.
“Surah Al-Musabbihat adalah surah yang dimulakan dengan tasbih, iaitu puji syukurkepada ALLAH. Surah terakhir dalam tujuh surah ini, Surah Al-A’la membawa makna Yang Paling Tinggi.
“Pada ayat 14 dan 15 dalam surah yang sama, ia membawa Solusi daripada Ilahi agar kita zikir dan solat.
“Pelaksanaan #QuranHour bagi dua tahun terakhir ini berlaku dalam musim Pandemik Covid-19. Pada tahun ini, kes kematian yang tinggi berbanding tahun lepas, membuat kesedaran untuk hidup berQuran lebih bermakna lagi.
“Berita kematian saban hari semakin dekat dengan kita, ia membuatkan kita berasa amat dekat dengan perintah ingat mati daripada Surah Al-Mulk. Ia mendorong kita agar berusaha untuk melakukan kebaikan berterusan (Ahsanul Amala) dan menjadi motivasi untuk mencipta kejayaan,” katanya.
Hampir semua media utama seperti TV AlHijrah, RTM, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani, Utusan TV, Sinar TV, Sinar Harian, Harakah, Nu Ideativ, IKIMfm, Zayan FM News Straits Times Press (NSTP) dan Denaihati.com terus menyokong pelaksanaan Malaysia #QuranHour.
Penaung bagi Malaysia #QuranHour 1443H/2021 adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama rakan sinergi, iaitu Islamic Tourim Centre (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia (MAPAM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Malaysia Tourism Council, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.
“Malaysia #QuranHour adalah sebuah produk Malaysia yang mana dari sinilah tercetusnya World #QuranHour ke peringkat dunia dan telah diadakan di lebih 300 lokasi di luar negara, mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial pada tahun 2019.
“Peranan media amat besar dalam menjayakan misi berinteraksi dengan al-Quran ini. Ia sebagai pendekatan untuk melakukan perubahan kerangka fikir dan membina sebuah ekosistem Islam dalam semua aspek kehidupan.
“TV AlHijrah memainkan peranan besar di dalam merealisasikan hasrat kempen iaitu satu jam bersama al-Quran setiap hari melalui My #QuranTime setelah 5 tahun pelaksanaan Malaysia #QuranHour.
“Pada lima tahun awal, pelaksanaan kempen dijalankan dengan kerjasama erat bersama majlis agama negeri dan organisasi. Program tersebut diadakan secara fizikal dan berkumpul beramai-ramai di lokasi terpilih.
“Namun sejak dua tahun ini, fokusnya adalah setiap rumah dan organisasi dapat mengikuti melalui tayangan di TV Al-Hijrah, Astro Oasis, Bernama TV, RTM serta digital di FB Sinar, Bernama Radio, Radio IKIM, WorldQuranHour dan Denaihati Network serta ramai juga yang melakukan secara atas talian Google Meet, YouTube, Zoom dan Facebook sambung Marhaini.
Orang ramai juga berpeluang turut serta secara langsung Malaysia QuranHour secara atas talian di platform Zoom. Mereka telah menyaksikan siaran ini di semua platform digital rakan media sinergi. Sebanyak 10,074 (individu & organisasi) lokasi berdaftar di dalam negara termasuk organisasi, Sahabah Al-Quran, Rumah Ngaji, sekolah dan individu.
Antara agensi yang mendaftar ialah Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Malaysia (MAPAM) di semua perpustakaan negeri dan daerah di seluruh negara, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Penjara Malaysia (25 penjara), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendidikan Daerah dan sekolah seluruh negara, Bahagian Kanak-kanak di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) termasuk 37 Institusi Kanak-kanak JKM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, LPPKN dan Institut Sosial Malaysia.
Manakala sebanyak 18 lokasi berdaftar di luar negara dengan kerjasama Kementerian Luar Negara, Kedutaan Malaysia dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di luar Negara. Negara yang turut serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra, Australia, Kedutaan Besar Malaysia di Prague, Republik Czech, Suruhanjaya Tinggi Malaysia Bandar Seri Begawan, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Kedutaan Malaysia di Tokyo, Japan, Suruhanjaya Tinggi Malaysia Di Singapura, Kedutaan Besar Malaysia The Hague, Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah, Kedutaan Besar Malaysia, Seoul, Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla, Thailand, Kedutaan Besar Malawakil Beijing, Persatuan Pelajar Malaysia di Ireland, Pejabat Pendidikan Malaysia Indonesia, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, University of Darussalam Gontor, Indonesia, Education Malaysia Beijing, China, MATRADE, Taipei, Taiwan dan Kedutaan Besar Malaysia, Muscat, Oman.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.