Hanya pada Allah kita bergantung harap dan kepada-Nya kita berserah serta memohon pertolongan. Ternyata ujian ini amat berat buat keluarga Mohammad Ashraf atau lebih dikenali Acap. Diuji kehilangan orang yang tersayang bukanlah suatu yang mudah, apatah lagi pelbagai usaha telah namun masih belum menemui kesan positif.
Namun begitu, keluarga Acap terutamanya abangnya tetap akan meneruskan operasi mencari selagi hayat dikandung badan. Selagi ada kudrat, dia akan terus-menerus mencari Acap. Ibu mereka adalah pemberi semangat agar pencarian Acap diteruskan.
Acap Anak Yang Rapat Dengan Keluarga
Usaha mencari peserta Gopeng Ultra Trail 2019 Mohammad Ashraf atau lebih dikenali Acap yang hilang lebih setahun lalu masih lagi dijalankan.
Abang kepada Acap, Mohd Zahiruddin Hassan, 36, berkata, mereka sekeluarga tidak pernah berhenti berdoa untuk memohon petunjuk dan meneruskan usaha pencariannya.
“Kata-kata semangat serta sokongan semua menjadi faktor utama kami dalam meneruskan misi.
“Selagi ada kudrat, ruang masa dan waktu, kesihatan, saya akan cuba teruskan usaha mencarinya,” katanya ketika ditemui selepas operasi pencarian.
Mohd Zahiruddin berkata, selain itu kasih seorang ibu kepada anak juga menjadi pemberi semangat kepadanya untuk meneruskan misi pencarian itu.
“Acap pula boleh dikatakan anak yang rapat dengan keluarga, jadi kehilangannya sangat terasa.
“Sepanjang pencarian, saya juga berdoa semoga kes yang sebegini tidak menimpa kepada orang lain dan tidak ada lagi ibu yang sedih, sebab dugaannya memang berat,” katanya.
Diteruskan Selepas PKP
Menurutnya, misi pencarian adiknya itu kini diteruskan semula selepas dihentikan buat sementara waktu sebelum ini kerana akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sebelum ini, operasi pencarian bergantung pada keadaan iaitu dua hingga tiga kali dilakukan dalam sebulan.
Ads
“Operasi pencarian sebelum ini dilakukan oleh beberapa kumpulan tetapi buat masa ini kita mempunyai kira-kira sepuluh orang dalam satu kumpulan,” katanya memaklumkan kali terakhir operasi dijalankan pada Januari lalu.
Berkumpul & Berbincang Sebelum Mulakan Operasi
Menurutnya, sebelum operasi pencarian bermula mereka kebiasaannya akan berkumpul terlebih dahulu di ruang arena di Kampung Pintu Padang yang sebelum ini dibuka sebagai pusat operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Daripada situ kita mengetahui kapasiti setiap kumpulan yang mahu terbabit dalam operasi pencarian dan juga berbincang mengenai ‘hotspot’ yang disasarkan untuk operasi pencarian.
“Kita akan serapkan kepada kumpulan besar sekiranya kekuatan sesuatu kumpulan itu kurang, kerana kita mahu mengelakkan sebarang kemungkinan sesuatu yang tidak diingini,” katanya.
Menurutnya, operasi pencarian kali ini memberi fokus kepada pencarian melepasi ‘Check Point’ (CP) 6 hingga CP 10.
“Operasi pencarian sebelum ini memang sudah merangkumi pencarian di sekitar CP 1 hingga 6, namun kita akan ulang pencarian semula ke CP tertentu.
“Secara teknikalnya bukti gambar terakhir diperolehi di CP 6 yang menjadi antara bukti sahih Acap sudah melalui kawasan itu.
“Namun, kita tidak mempunyai sebarang bukti yang sahih mengatakan dia melalui CP10 dan tidak check in ‘finishing’ di CP 1, jadi itu yang sedang cuba kita rungkaikan,” katanya.
Ads
Masih Tiada Tanda Positif
Menurutnya, sehingga kini tiada tanda positif dan usaha pencarian masih yang dilakukan.
“Sepanjang pencarian ini juga kami cuba menjejak barang-barang peribadi tetapi sehingga kini kita masih tidak berjumpa walaupun satu barang dan itu yang menjadi misteri,” katanya
Menurutnya, mengambil contoh kes di Broga dan beberapa kes hilang yang lain operasi pencarian menggunakan kaedah ulang pencarian.
“Kebanyakan kes mangsa hilang ditemui di laluan yang sudah berkali-kali dilalui semasa operasi dan ditemui tidak jauh dari kawasan, jadi kita menggunakan alternatif yang sama untuk ulang pencarian walaupun hanya sekadar rondaan pada ‘track’ yang dia lalui,” katanya.
Acap dilaporkan hilang pada 24 Mac tahun lalu apabila pihak penganjur dan rakannya yang membuat pencarian gagal menemuinya selepas acara tamat pada 2 petang sehari sebelum itu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pelbagai pihak termasuk bomba, polis, sukarelawan, rakan dan keluarga dihentikan hampir sebulan kemudian.
MW: Semoga Allah memberi petunjuk dan Acap dapat ditemui secepat mungkin. Semoga keluarga terutama ibu Acap terus kuat menghadapi ujian yang berat ini.
Sumber: myMetro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berkat bacaan Yasin, suami wanita ini terselamat. Inilah antara peristiwa paling mendebarkan hati seorang isteri bernama Azriyah Ahmad. Apabila dikhabarkan suami berdepan dengan kesukaran yang berkemungkinan mengancam nyawa.
Sekitar awal Oktober lalu, suaminya diberitakan terlibat dalam kejadian bot karam di Kuching, Sarawak.
Menerusi perkongsian tangkapan layar memaklumkan berkenaan 9 pemancing yang mana salah seorang adalah suaminya dikhuatiri hilang di Pulau Satang. Akhirnya, 9 pemancing itu selamat dijumpai.
Isteri ini berkongsi kisah di sebalik keresahan hati sepanjang suami dikhabarkan hilang di lautan.
Berkat Bacaan Yasin Dan Doa Untuk Suami
“Alhamdulillah, suami terselamat dari tragedi bot karam di Kuching sabtu malam.”
Sebaik mengetahui kejadian yang menimpa suami, perasaan isteri ini begitu risau dan sedih. Membayangkan yang anak-anaknya masih kecil lagi. Malah, mereka sukar tidur mengenangkan keadaan suami yang dikhabarkan hilang di laut ketika itu.
“Tapi hati saya tetap rasa suami akan selamat. Berkat bacaan Yasin dan doa malam semalam (ketika berita dikongsi). Alhamdulillah husband dan kawan-kawan selamat kecuali pembantu tekong masing hilang.
Rasa Kuat Walau 15 Jam Dalam Laut
“Saya bagitau husband semalam, bacaan Yasin ramai-ramai untuk dia. Dia kata patut dia rasa kuat walaupun hampir 15 jam dalam laut. Safety jacket pun dah nak expired lifetime dia.
Bila dah tenggelam, dia rasa ada kekuatan untuk kuak dan naik ke permukaan air. The power of doakan. MasyaAllah.”
Demikian kongsi isterinya menerusi grup facebook Kami Suri Rumah.
Mingguan Wanita :Sememangnya itulah risiko yang boleh berlaku dalam aktiviti memancing baik di sungai mahupun laut. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan bot memancing mempunyai tali dan pelampung keselamatan. Ramai sebenarnya meremehkan malah tak ambil peduli bab keselamatan sebegini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Baru-baru ini penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin mendedahkan rahsia kejayaan suaminya, Shuib Sepahtu dalam dunia perniagaan. Biar pun diuji dengan bermacam cabaran, pelawak terkenal Shuib tak kenal erti mengalah.
Malah, suaminya menyokong pula perniagaan orang lain yang sama terkesan dengan pandemik Covid-19 ini. Dalam satu posting yang menunjukkan Shuib sedang membantu peniaga berjualan, Siti Sarah kongsikan cerita sebenar.
“I nampak posting kat IG u pasal support peniaga … I tau niat u sangat baik.. video ini je menunjukkan u suppport peniaga lain.
Alhamdulillah…. sebenarnya ramai rakan-rakan baik tanya “Ib cer aja aku cam mana kau buat sampai berjaya?” tapi selalu Shuib cakap “aku tak pandai Allah hantar aku orang yang pandai pandai.. aku tak de daya apa pun …”
Tiga Rahsia Kejayaan Shuib
Dan kongsi isterinya lagi, kejayaan suaminya ini adalah disebabkan tiga sikap suaminya yang sejak dulu jadi pegangannya. Lagi-lagi bila tiba bab berniaga.
“Ok biar saya yang terangkan .. Bukan nak puji Shuib sebab dia suami saya .. Saya sendiri pun curi ilmu dari dia dengan jadi pemerhati . Ni sikap Shuib. No 1 Sedekah, kedua Jangan ada hasad dengki, ketiga dia tak tahu penat tu apa dan tak pandai curi tulang.”
Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi macam video ni Shuib sedang bantu seorang peniaga … Dia sedar Allah beri kelebihan pada dia dan kelebihan itu digunakan untuk bantu orang lain.
Siti Sarah Doakan Peniaga Lain Dibukakan Rezeki Seluas Langit Terbentang
Dalam keadaan PKP sekarang ini, saya tak dapat bayangkan nasib peniaga kecil sedangkan peniaga besar-besar pun banyak yang dah lingkup. Saya doakan kepada semua peniaga yang sedang berjuang sekarang ini dapat terus bertahan dan kuat. Moga Allah membuka pintu rezeki seluas langit yang terbentang, seperti air zamzam yang tidak pernah putus. Amin yarabalalamin.
Kepada yg tanya nasi lemak ni kat mana.. kat puchong prima depan petronas. Harga nasi lemak serendah RM1.”
Dan luahan Siti Sarah itu mendapat respons daripada suaminya. Kata Shuib, kehadiran isteri yang sentiasa ada disisinya memberi kekuatan untuknya terus gigih berusaha.
“ I love U Sayang.. satu lagi sebab I ada U, orang yang bersama dengan I di saat susah dan senang. Love u manja didi.” Tulis Shuib kepada Siti Sarah.
Anak Ain Edruce diserang sawan. Pelakon dan pengacara terkenal Ain Edruce berasa cemas apabila anak tunggalnya Soraya diserang sawan gara-gara mengalami demam panas.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Ain memaklumkan dirinya terpaksa bergegas pulang sebelum tampil secara langsung menerusi program Melodi pada Ahad susulan anak perempuannya diserang sawan.
Anak Ain Edruce Diserang Sawan
Menurut Ain lagi sebelum keluar rumah anaknya dalam keadaan baik.
“Dalam pukul 10.30 pagi tadi (Ahad) dia bangun tidur macam gembira. Hati saya pun tenanglah. Saya bersolek untuk ke studio.
“Dah sampai di set, dah siap latihan dengan Bell Ngasri, kemudian dapat panggilan Soraya masuk hospital. Saya hubungi suami semula dan dia kata Soraya diserang sawan.
“Rasa gugur jantung saya. Dengan Melodi dah nak bermula… Tuhan sahaja tahu perasaan saya,” luahnya.
Soraya Kini Dirawat Di Hospital
Ain juga meluahkan perkara tersebut dan memberitahu kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.
Terbaru, Ain turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya. Malah dia juga menunjukkan suaminya, Amirul Hafiz berdepan keadaan cemas ketika itu.
“Saya tengok video dekat CCTV. Sedih rasanya. Perkara ini terjadi betul-betul selepas saya pergi kerja.
“Anak menangis saya tiba-tiba tiada di rumah. Naik tinggi suhu badan. Soraya tak pernah sawan. Saya tidak tahu bagaimana Amirul boleh kawal situasi ini,” kongsinya.
Soraya Demam Sudah Tiga Hari
Pada perkongsian yang sama, Ain juga memohon agar anaknya kembali sihat.
“Soraya dah demam tiga hari. Dalam pukul 4 pagi (Ahad) demam naik sehingga suhu badan 40 darjah. Sudah bagi ubat pun tak surut.
“Demam dia masih tinggi. Doakan dia sihat,” jelasnya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.