Sekadar minum melalui penutup botol, kanak-kanak tersepit di celah runtuhan batu bersabung nyawa.

Hari ini sudah memasuki hari ke empat gempa melanda Turkiye dan utara Syria. Pasukan penyelamat antarabangsa juga sudah mula menghulurkan pelbagai bantuan dan tenaga. Namun kekurangan dan kekangan masa menyukarkan menyelamatkan ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan batu  dalam kadar segera.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Gempa Bumi Turkiye: Mangsa Terperangkap Dalam Runtuhan Minta Air Untuk Tunaikan Solat

Turkiye Dilanda Gempa Bumi 7.8 Magnitud, Kekuatannya Bersamaan 472.4 Biji Bom Atom Dilepaskan Serentak

“Hanya Diterpa Gegaran Kecil Serta Ribut,” Alhamdulillah IM Asyraf Sekeluarga Selamat Di Istanbul

Satu video yang dikongsi oleh wartawan berasal dari Palestin @Muhammad Smiry mengundang simpati ramai. Ia mengenai seorang kanak-kanak yang tersepit di celah runtuhan batu dan buat masa ini belum dapat diselamatkan lagi.

IKLAN

 Untuk menyambung nyawanya, air hanya dapat diberi melalui penutup botol kerana hanya bahagian mukanya saja yang kelihatan sementara tubuhnya yang lain tersepit di celah runtuhan batu besar.

Di sebalik ujian menimpanya, dalam memastikan keadaan kanak-kanak berasal dari Syria dan menetap di Turkiye ini terus sihat, mereka yang berdekatan dengannya terus bertanyakan situasinya.

Jelas, dirinya nampak berani walau dirinya mungkin tidak menyedari bahaya terus menantinya jika bantuan lambat sampai kepadanya.

Gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria setakat ini dilaporkan seramai 12,000 kematian melibatkan 10 wilayah Turki dan utara Syria. Bahkan Presiden Turki, Erdagon  mengumumkan 3 bulan darurat untuk wilayah-wilayah ini.

IKLAN
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sekadar Minum Melalui Penutup Botol, Kanak-Kanak Tersepit Di Celah Runtuhan Batu Bersabung Nyawa

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI