Sedih Tetapi Kena Kawal Perasaan. “Walau Apapun Terjadi, Saya Akan Jaga Adik-Adik”

Share

Biarpun sedih dengan kehilangan mak, ayah tetapi kena kawal perasaan. “Walau apapun terjadi, saya akan jaga adik-adik.” luah anak sulung daripada lapan beradik ini.

Walaupun berat tanggungjawab yang digalas, namun gadis ini betul-betul kuat semangat demi menjaga adik-beradiknya.

Sedih Tetapi Kena Kawal Perasaan

“Rasa sedih dan rindu timbul setiap kali selepas solat,” kata Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang kehilangan ibu bapanya akibat Covid-19 pada Julai lalu.

Nazurah Nabilah berkata, dia bagaimanapun dapat mengawal perasaan tersebut untuk menjaga tujuh adiknya selepas kematian ayah, Benyajeed Bernie, 45, dan ibu, Noraini Ibrahim, 43.

Pindah Politeknik

Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Mersing itu juga sudah dipindahkan ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak pada minggu lalu bagi memudahkannya menjaga adik-adiknya.

“Sebelum ini saya pernah jaga mereka, jadi bukan satu masalah kepada saya untuk berbuat demikian.

Saya akan teruskan pelajaran saya sampai akhir semester.

Baca Juga Di Sini :

Najman Positif Covid-19 Tahap 4, Kini Gunakan Bantuan Oksigen “Mohon Doakan Kami Diberikan Kekuatan, Kesembuhan”

Wani Comel ‘Pergi’ Hari Yang Sama Anak Saya Meninggal, Kerana Covid-19

Hantar Mesej Tak Berjawab, Rupanya Suami Meninggal Dunia Selepas Dijangkiti Covid-19

Sepuluh Tahun Menanti Cahaya Mata, Jururawat Meninggal Selepas Dijangkiti Covid-19 Dari Pesakit

Usia Kandungan 30 Minggu Positif Covid-19 Tahap 5, Merayu Doktor Belah Perut Selamatkan Anak!

Walau Apapun Terjadi, Saya Akan Jaga Adik-Adik

“Walau apa pun terjadi, saya tetap akan jaga adik-adik saya,” katanya.

Jelas Nazurah Nabilah, adiknya, Muhammad Muzakkir Benyajeed, 18, turut ditawarkan bekerja di Boustead Holdings selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan melawat mereka lapan beradik pada Julai lalu.

Bagaimanapun, katanya, Muhammad Muzakkir menolak tawaran tersebut kerana ingin bekerja di sekitar kawasan rumah bagi membantunya menjaga adik-beradik lain.

“Tapi kalau dia rasa boleh menggalas tanggungjawab walaupun bekerja di tempat yang jauh, dia akan pergi juga nanti,” ujarnya.

Kehilangan Ibu Bapa Kerana Covid-19

Pada Julai lalu, episod duka menimpa lapan beradik itu bermula apabila bapa mereka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 16 Julai lalu, diikuti ibu mereka dua hari selepas itu, kedua-duanya akibat jangkitan Covid-19.

Selain Nazurah Nabilah dan Muhammad Muzakkir, enam lagi ialah Nurhani Nabilah, 16, Numasuhah Nabilah, 14, Muhammad Benjamin, 13, Muhammad Bennazir Sulaiman, 10, Nur Rawdhah Nabilah, 8 dan Nur Qurratu Ain Nabilah, 4.

Mingguan Wanita : Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Dalam usia yang masih begitu muda, dia menggalas beban terlalu besar. Semoga Nazurah Nabilah terus cekal menghadapi ujian mendatang di samping adik-adiknya.

Sumber : Sinar Online

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

IKLAN