Sesungguhnya terdapat tiga amalan pahalanya dijamin berterusan mengalir walaupun telah meninggal dunia ialah sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang dikongsikan serta doa daripada anak yang soleh.
“Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga perkara: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”
(HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah)
Amalan sedekah jariah seperti mewaqafkan harta yang ada untuk ummah sangatlah dituntut, sebagai bekalan ‘saham’ kita di dunia yang abadi kelak. Salah satu yang kita boleh waqafkan adalah sumbangan kitab suci Al-Quran yang cukup besar pahalanya dihitung dari setiap huruf yang dibaca.
Projek Wakaf Quran Untuk Hospital Dan Pusat Kesihatan
Wakaf Quran Untuk Hospital Dan Pusat Kesihatan. Sebuah projek bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Ideaktiv, TV AlHijrah, Sinar Harian dan Majlis Dakwah Negara. Sebuah solidariti Ummah untuk Ummah.
Sumbangan wakaf al-Quran Mu’jam, terjemahan per kata dan Tajwid berwarna ini bagi membantu para petugas, pesakit dan orang awam memahami isi al-Quran untuk panduan, peringatan, petunjuk dan penyembuh dikala kita menangani pandemik Covid-19 dan seterusnya.
#QuranTime CORNER juga akan diaktifkan menjelang Ramadan ini di hospital dan klinik kesihatan sebagai inisiatif berinteraksi dengan al-Quran; Baca, Faham dan Amal.
Sasarkan 15,000 Naskhah Al-Quran
Alhamdulillah, sehingga jam 9 malam, malam tadi sebanyak 8,798 naskhah Al-Quran wakaf telah diterima. Projek ini mensasarkan 15,000 naskhah lagi untuk agihan di hospital utama dalam 200 naskhah, 60-100 untuk hospital biasa serta pusat kuarantin dan 40 naskhah untuk klinik kesihatan.
Al-Quran Mu’jam. Terjemahan per kata dan Tajwid Berwarna, bagi membantu semua saudara kita di hospital untuk Berinteraksi dengan Al-Quran; membacanya dengan baik dan memahami isi Al-Quran. Melalui TV Hijrah setiap hari, ada panduan yang diberikan di Malaysia #QuranTime jam 12 dan ulangan jam 10/11 malam.
Ads
Sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lepas, agihan segera telah dilakukan sejak hari Sabtu dan semalam agihan telah dibuat ke pusat kuarantin yang menempatkan sekitar 200 orang serta ke Hospital Sg Buloh yang menempatkan ramai pesakit serta petugas.
#QuranCorner
Sumbangan wakaf ini akan dimanafaatkan untuk menggerakkan #QuranCorner yang mana ia akan menjadi ruang untuk sesiapa sahaja yang berada di hospital memanafaatkan ruang tersebut untuk berinteraksi dengan Al-Quran walaupun sekejap.
Semoga dengan sedikit masa bersama Al-Quran yang besar kesannya sebagai panduan, peringatan, penyembuh, ia menjadi cara untuk Rehat & Rawat, Biidznillah.
Wakaf Quran ini juga Insyaallah menjadi sedekah jariah kita. Dari ummah untuk ummah kerana orang Mukmin itu seperti satu tubuh. Kita ikut merasa luahan penat, derita sakit yang ditanggung oleh saudara kita.
Wakaf juga adalah cara kita yang menyumbang untuk membebaskan diri kita dari cinta harta yang salah di hati. Wakaf yang dilakukan secara sukarela adalah hadiah kita kepada sesama sehingga ia menimbulkan rasa kasih kepada penerima. Itulah psikologi wakaf sebagaimana yang ditulis oleh SS Prof Dr Ali Gom’ah, Mufti Mesir.
Ads
Semoga dengan formula wakaf ini, terbit rasa kasih pada sesama, lahirkan ramai rakyat Malaysia yang lebih baik dan akhirnya terbina Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafur, Biidznillah.
CARA BERWAKAF
Orang ramai yang ingin berwakaf boleh melakukan demikian. Wakaf dibuka sekarang, RM45 senaskah, dengan sasaran 15,000 naskah untuk semua hospital dan klinik kesihatan seluruh Malaysia.
Berwakaflah atas nama sendiri, keluarga dan juga untuk ibu ayah sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Juga buat syarikat-syarikat yang ingin menyumbang kepada komuniti atau hospital.
Bagaimana ingin berwakaf?
Ads
1. Daftar sebagai pewakaf di bit.ly/wakafquranhospital 2. Bank-in bayaran wakaf ke akaun
Maybank Islamik : Warisan Ummah Ikhlas Foundation
No akaun : 564276516031
Sila letakkan rujukan (reference) : *Wakaf Quran*
(Semasa bank in, niatkan wakaf atas nama yang diniatkan)
3. Whatsapp slip bayaran ke
☎http://www.wasap.my/60193803635/WakafQuran
#HaveFaith
#JanganPutusAsaMalaysia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Tanpa AZIZAH Di Sisi, Tidak Mungkin Saya Mampu Menggalas Amanah Yang Cukup Berat Saat Ini”
3 Disember lepas merupakan ulangtahun kelahiran Dato Seri Dr Wan Azizah Ismail ke-70. Ramai yang memberi ucapan dan doa sebagai tanda ingatan buat bekas Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama Malaysia ini.
Namun demikian, ucapan Hari Jadi daripada Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini kepada isteri tersayang cukup menyentuh hati.
Ramai mengetahui pengorbanan dan penjalanan getir yang Dr Wan Azizah harus lalui sepanjang 42 tahun pasangan ini mendirikan rumahtangga dan dikurniakan 6 orang cahayamata.
Berikut antara titipan ucapan yang dikongsikan oleh Perdana Menteri buat isteri tersayang;
“Seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan berbakti. Seorang ibu yang tidak pernah jemu mencurahkan kasih sayang.”
“Saya sentiasa bersyukur. Tanpa Azizah di sisi, tidak mungkin saya mampu menggalas amanah yang cukup berat saat ini. Saya berdoa agar Azizah sentiasa di bawah lindunganNya.
Happy birthday!
Terdahulu, sempena ulangtahun kelahiran beliau, Dr Wan Azizah ada meminta supaya tidak memberikan sebarang hadiah mahupun cenderahati kepadanya sebaliknya memadai hanya titipan doa dan amal jariah buat beliau.
Mingguan Wanita: Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-70 buat isteri Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini. Disebalik kejayaan suami, berdirinya seorang isteri yang teguh dan setia di sisi suami.
Nad Zainal sedang kritikal di ICU, rakan artis Ungku Ismail Aziz mohon doa dari semua. Perkhabaran sedih mengenai Nad Zainal yang kini sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi menarik perhatian ramai baiknya, Ungku Ismail Aziz yang memuat naik kenyataan memohon doa dari semuar agar diri kembali pulih.
Dalam insta stori yang dikongsinya hampir sejam tadi, pelakon ini memaklumkan situasi terkini Nad di mana katanya, sedang kritikal sekarang di ICU Hospital Ampang Puteri di sini.
Nad Zainal Sedang Kritikal Di ICU
Perkhabaran pagi tadi dimaklumkan situasi pelakon ini dilaporkan stabil namun situasinya berbeza pada sebelah tenghari ini.
“Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahumma Amin.
Dalam pada itu, Ungku yang juga pelakon drama Cina Buta itu kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Berikutan itu, Nad mengambil keputusan ke hospital pada Ahad lalu dan keadaan kembali baik selepas makan ubat yang diberikan doktor.
Bagaimanapun, Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).
Memetik Berita Harian, Ungku memaklumkan, selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar jam 6 petang, semalam berikutan Nad berdepan masalah pernafasan.
“Nad dimasukkan ke unit kecemasan dan bila buat CT scan, doktor sahkan paru-parunya penuh dengan darah. Mereka terus melakukan prosedur keluarkan semua darah.
“Alhamdulillah, prosedur ini sudah selesai, tetapi dalam keadaan macam ini, paru-parunya masih basah, jadi bernafas pun susah.
“Bila tengok keadaan Nad nak bernafas, sedih juga. Doktor juga mengatakan Nad nampak bergelut untuk bernafas.
“Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar jam 6 petang, semalam.
“Doktor mahu pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan paru-paru dan badannya. Kita tak mahu Nad bergelut untuk bernafas,” katanya.
Memohon doa agar Nad kembali sembuh, Ungku juga berharap tiada pihak membuat spekulasi mengenai keadaan aktres berusia 32 tahun itu.
“Doktor masih tidak dapat kesan punca paru-parunya berdarah, tetapi aoa yang pasti bukan disebabkan ‘long COVID-19’. Harap semua orang jangan buat spekulasi tidak betul,” katanya.
Dalam pada itu, semakin ramai rakan-rakan artis menitipkan doa kesembuhan buat pelakon ini. Antaranya Afdlin Shauki berkongsi doa kesembuhan, Zul Ariffin dan ramai lagi.
Semalam netizen dikejutkan dengan satu kes kematian bayi 4 bulan, Yusof Al-Baihaqi Zainal Abidin yang dikatakan disebabkan tersedak susu di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) di Bukit Baru Melaka, tetapi selepas dibedah siasat sebenarnya mangsa meninggal berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru.
Laporan itu diterima selepas bedah siasat oleh Jabatan Forensik Hospital Melaka yang dijalankan selama kira-kira lima jam yang berakhir sekitar 1.05 pagi tadi, selesai dilakukan ke atas bayi tersebut.
Menurut kenyataan daripada pihak polis, tiada sebarang unsur jenayah mahupun berpunca dari tersedak susu seperti didakwa sebelum ini.
Apa pun pihak perubatan hospital masih meneliti rekod perubatan bayi tersebut untuk mengenal pasti sama ada bayi itu mempunyai sebarang masalah sejak lahir.
Selamat Dikebumikan Di Kelantan
Jenazah bayi berkenaan telah diserahkan kepada kedua ibu bapanya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan di negeri Kelantan.
Bayi malang itu menurutnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Bakat, Mahligai Bachok, Kelantan kira-kira 9.40 pagi tadi.
Pihak polis juga akan merakam percakapan ibu bapa bayi tersebut yang merupakan anggota polis dan guru, bagi mengetahui sejarah kesihatan anak mereka itu.
Namun proses itu akan dijalankan selepas kedua-dua mereka pulang dari Kelantan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Bayi terbabit, meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari ketika menerima rawatan selepas dikejarkan ke Hospital Melaka.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...