
“Sebuah Isi Rumah Umpamanya Suami, Isteri Dan Dua Orang Anak Dewasa Akan Dapat RM400” itulah antara pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini membuatkan ramai yang tersenyum.
Menerusi pengumuman pagi tadi, Kerajaan mengumumkan pemberian RM100 secara one-off kepada setiap warganegara berusia 18 tahun ke atas melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Sebuah Isi Rumah Umpamanya Suami, Isteri Dan Dua Orang Anak Dewasa Akan Dapat RM400”
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos ini sempena Hari Kebangsaan sehingga 31 Disember ini bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai termasuk pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99Speedmart serta kedai runcit di semua daerah seluruh negara.
“Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah. Maknanya, sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400.
“Ikhtiar ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat membabitkan peruntukan RM2 bilion. Ini bermakna, jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025 dan ini adalah kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.
“Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini. Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan,” katanya.
Tarik Nafas Lega
Selain itu Anwar Ibrahim juga telah mengumumkan beberapa khabar gembira yang lain antaranya;
- Hari kelepasan am tambahan pada Isnin, 15 September 2025 bersempena Hari Malaysia sebagai tanda penghargaan atas ikatan yang membentuk kita sebagai bangsa
- Peruntukan Jualan Rahmah MADANI digandakan kepada RM600 juta, diperluas ke semua 600 kawasan DUN agar harga barangan asas mampu milik lebih dekat dengan setiap keluarga
- Tiada kenaikan tol bagi 10 lebuh raya, kerajaan memperuntukkan lebih RM500 juta demi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan tanpa beban tambahan
- Harga petrol RON95 diturunkan ke RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia
Semoga segala kemudahan ini dapat menjimatkan wang poket rakyat.
Baca Disini : Dato Sarimah Ahmad Pernah Diuji Kanser Usus, PMX Beri Sumbangan Buat Legenda Filem Klasik
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI