Sebenarnya anak tiada masalah adab, melainkan meniru adab mak yang yang sememangnya bermasalah.
Kadang-kadang mak ayah lupa bahawasanya masalah adab anak-anak berpunca daripada mereka sendiri. Selama ini anak-anak hanya meniru apa yang mak dan ayahnya lakukan.
Jika mak ayah kerap menjerit dan menengking, dalam tak sedar anak meniru kelakuan buruk ini yang datangnya daripada ibu bapa sendiri.
Kongsi Mohd Fhais Salim, tak perlu susah-susah hendak didik anak respect kita.
Sebenarnya Anak Tiada Masalah Adab
Kita jaga adab-adab kita bila bercakap dengan mereka, secara automatik mereka akan respect dan patuh pada kita. Insyallah.
Adab-adab bila bercakap dengan anak :
– Tidak mengherdik
Kita bukan hendak tunjuk bagus tapi kita hendak lentur anak jadi bagus. Jadi kurangkan perkataan herdik.
– Tidak membanding
Elakkan membanding anak dengan kanak-kanak lain. Walaupun membanding dengan adik-beradik sendiri.
– Tidak body shaming
Tolong jangan jadikan anggota badan sebagai point untuk marah, memalukan atau jadi punca kesalahannya.
Tidak Menengking
– Tidak sarcasm ( menyindir )
Anak tidak faham kata-kata sarcasm. Hendak tegur cakap terus terang dan pastikan ikut level kefahaman anak juga. Jangan marah syok sendiri.
Ads
– Tidak gunakan kata kesat
Kata-kata kesat ini bukan anak saja akan hilang respect tapi orang dewasa pun boleh terus jadi benci kalau mendengarnya.
– Tidak menengking
Nada dan intonasi suara pastikan bersahaja dan tidak terlalu tinggi sampai boleh pecah gegendang telinga anak.
Menengking ini satu signal bahawa kita tak hormat pada anak.
– Tidak memalukan ( depan orang )
Nak marah ke, hendak tegur atau nak bagi nasihat sekalipun bukan di depan orang ramai. Selain jaga adab, kita kena jaga juga maruah anak kita.
Mingguan Wanita : Jika berdepan dengan karenah anak, cuba selidiki terlebih dahulu. Jangan hanya menuding semua kesalahan di bahu anak kerana kadang-kadang sikap anak berpunca daripada mak ayah juga.
Dari mata turun ke hati. Itulah permulaan bagi seorang lelaki yang mula suka dan tertarik pada seorang perempuan. Mungkin inilah pasangan yang layak dijadikan isteri dan permaisuri hatinya.
Jika sudah sampai jodoh, kenal hati budi dan rasa serasi, tidak perlu tunggu lama-lama. Memang layak untuk menjadi ibu rumah pada bakal anak-anak.
Namun, bagaimana ditakdirkan bila kenal dan mula rasa tidak selesa dek perangai yang terbongkar satu persatu. Peel dan perangai yang mungkin ‘menjengkelkan’. Baik lelaki mahu pun perempuan, ada masanya kita akan rasa dia ini tak layak dijadikan pasangan dan tidak serasi walaupun beberapa kali berjumpa.
Perumpamaan ini selalu diberikan, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Tapi apa yang boleh dikatakan lelaki yang baik juga mampu membimbang isterinya ke jalan yang lebih baik lagi.
Perkongsian daripada Samuel Dzul ini, cukup menarik untuk dijadikan panduan buat wanita di luar sana. Sikap-sikap inilah yang kita sendiri tanpa sedar ada dalam diri.
Bagi wanita yang sudah berkahwin kenalah perbaiki dan bagi wanita yang belum berkahwin, elakkan daripada sikap ini dan sebenarnya kita layak jadi isteri solehah.
Imam Ghazali pernah memberi nasihat kepada kaum lelaki agar tidak menikahi 6 jenis perempuan iaitu Al-Annanah, Al-Mananah, Al-Hananah, Al-Haddaqah, Al-Barraqah, dan Asy Syaddaqah.
Siapakah mereka ini?
Al-Annanah adalah sifat seorang wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah yang dihadapi kepada sesiapa sahaja atau secara berlebihan.
Contoh yang dapat kita lihat buat masa ini adalah meluahkan masalah rumah tangga di media sosial, keluarga sendiri dan pihak ketiga.
Bagi lelaki yang mengahwini wanita yang bersifat suka mengeluh adalah sukar untuk mencapai kebahagian kerana wanita tersebut hanya akan mengeluh tanpa membincangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di samping itu, suami juga akan mengalami tekanan perasaan dan boleh merosakkan hubungan bersama keluarga mertua atau sahabat.
Al-Mananah adalah wanita yang suka mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah mereka lakukan. Wanita yang mempunyai sifat seperti ini biasanya akan mendatangkan masalah kepada lelaki kerana biasanya jika mereka berbeza pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan jasa yang pernah dibuat. Ini akan lebih memberi impak yang negatif lebih-lebih lagi jika suami mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada isteri.
Al-Hananah adalah wanita yang suka menceritakan kelebihan orang lain di hadapan suami.
Sebagai contoh jika wanita itu seorang janda maka dia akan menceritakan kelebihan bekas suaminya. Jika si wanita masih belum pernah berkahwin mungkin dia akan membandingkan atau menceritakan kelebihan ayahnya atau saudaranya.
Namun yang paling teruk adalah jika wanita itu pernah mempunyai teman lelaki dan wanita itu membandingkan bekas teman lelaki dengan suaminya yang mana akan dapat merosakkan hubungan perkahwinan. Nauzubillah.
Al-Haddaqah adalah wanita yang boros dan mempunyai keinginan untuk berbelanja besar tanpa memikirkan kehendak atau keperluan. Biasanya wanita jenis ini mudah tertarik kepada sesuatu barang atau produk dan suka meminta ataupun memaksa suami untuk membelikannya. Jika jenis-jenis wanita sebelum ini mereka lebih kepada merosakkan emosi namun wanita jenis ini lebih kepada merosakkan kewangan Suami.
Walaupun wanita mempunyai suami yang kaya raya namun seharusnya sifat boros patut dielakkan kerana bertentangan dengan agama dan perkara ini akan menjadi lebih teruk jika suami seorang yang miskin atau hanya cukup-cukup makan. Disebabkan itulah ramai suami terjerumus kepada jalan haram kerana ingin memenuhi kehendak Isteri yang berlebih-lebihan.
Jenis wanita ini adalah yang suka berhias berlebih-lebihan sepanjang hari.
Mereka ini biasanya akan berhias berlebih-lebihan sehinga menelan belanja yang tinggi.
Perkara ini adalah lebih teruk jika wanita itu berhias bukan untuk suaminya tetapi hanya untuk menunjukkan kecantikan di khalayak ramai.
Asy Syaddaqah adalah seorang wanita yang terlalu banyak berbicara. Hampir setiap perkara mahu dikomen atau ditegur dan teguran itu bukanlah untuk memperbaiki atau pun memberi manfaat, akan tetapi hanya sekadar menegur tanpa sebab.
Terdapat perkara yang boleh ditegur apatah lagi jika perkara itu salah namun bukan sepanjang masa menegur tanpa unsur periksa.
Menikahi wanita jenis ini akan menyebabkan susah bagi pasangan tersebut untuk mendapat kebahagiaan kerana semestinya suami akan sentiasa menjadi sasaran dan ditegur tentang pelbagai perkara hatta perkara yang remeh temeh sekalipun.
Sebelum berkahwin, adakanlah sesi taaruf secara terjaga syariatnya sebagai usaha lahir.
Lakukan istikharah, minta Allah pandu agar bersesuaian dengan diri kita.
Untuk para wanita yang kasihi, berhati-hatilah di dalam mengendalikan 9 nafsu kalian.
Jangan turutkan emosi dan perasaan. Tapi rujuk semula Hadith dan Al-Quran sebagai panduan.
Jadilah seperti yang Allah dan Rasul suka. Bukan seperti yang diri sendiri suka.
Buat para lelaki yang saya kasihi, kejar dan usahakanlah taqwa agar Allah jadi pembela buatmu sentiasa serta mampu didalam mendidik para wanita sehingga ke hujungnya.
Hidup yang tanpa mujahadah adalah hidup yang menolak redha Allah secara terang-terangan.
Mingguan Wanita : Moga kita dijauhkan dari sikap-sikap ini. Jadilah orang bersederhana dan sentiasa bersyukur.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Umurnya panjang. Walaupun ibunya meninggal dipatuk ular tedung, bayi dalam kandungan berusia lapan bulan berjaya diselamatkan melalui pembedahan.
Kejadian yang berlaku di Manila, Filipina ini dianggap sebagai keajaiban kerana bayi ini mampu bertahan walaupun ibunya telah maut setelah dipatuk ular berbisa tersebut.
Seorang bayi dalam kandungan berusia lapan bulan yang terdedah kepada bisa ular tedung selar selepas ibunya digigit reptilia itu berjaya diselamatkan menerusi pembedahan Caesarean kecemasan, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Bayi perempuan di Manila, Filipina, sepatutnya dilahirkan pada bulan hadapan disifatkan sangat bernasib baik apabila masih hidup selepas ibunya disahkan mati akibat gigitan maut itu.
Ibunya tiba di Hospital Daerah Diffun, wilayah Quirino pada 4 Ogos lalu dan disahkan mati namun bayinya masih lagi mempunyai denyutan jantung namun lemah akibat bisa yang menular.
Pasukan perubatan bertindak pantas apabila menjalankan pembedahan Caesarean kecemasan dan segera mengeluarkan bayi itu untuk menyelamatkan nyawanya.
“Seorang ibu hamil yang digigit ular berbisa dibawa ke sini tanpa denyutan nadi dan disahkan mati.
“Pada penilaian Pengarah Hospital, Dr. Moises Lazaro, memilih menjalankan pembedahan caesarean kecemasan sekali gus menyelamatkan nyawa bayi itu,” demikian menurut jurucakap hospital.
Bayi itu kini berada dalam keadaan stabil dan dipindahkan ke hospital wilayah yang lebih besar di mana dia dimasukkan ke unit rawatan intensif neonatal kerana lahir pramatang. – Agensi
Mingguan Wanita : Tindakan pantas pihak hospital harus dipuji kerana berjaya menyelamatkan nyawa bayi dalam kandungan. Semoga bayi ini kuat meneruskan hari mendatang tanpa ibunya di sisi.
Inilah istimewanya seorang wanita, sebaik bergelar isteri. Hidupnya bukan lagi untuk dirinya semata-mata, malah diserahkan kepada suami dan anak-anaknya. Sebab itulah isteri boleh ingat segala benda yang ada di rumahnya.
On the very first day dia jadi seorang isteri kepada suaminya, dia telah melakukan kehebatan demi kehebatan, satu persatu sehingga ke akhir hayatnya.
Ini paling best. Dia akan ingat benda-benda kecil macam nombor, tarikh lahir dan tarikh special. Dia akan jumpa barang yang suami dan anak-anak terkial-kial mencarinya tak jumpa-jumpa. Dia akan ingat peristiwa lepas dengan baik.
Cumanya yang dia lemah sikit nak ingat ialah jalan nak pergi ke mana-mana. Yang tu memang dia perlukan seorang lelaki bergelar suami. Ngeh ngeh ngeh.
Sebab itu kita katakan isteri memang wanita hebat.
Hebat dunia hebat akhirat.
Wahai seorang wanita, darjatmu diangkat tinggi oleh Allah kerana kehebatanmu. Sehingga Allah meletakkan syurga hanya di tapak kakimu.
Syurga suamimu di telapak kaki ibunya. Syurga anak-anakmu di telapak kakimu. Kedua-duanya adalah kaki seorang wanita.
Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf seorang ibu 3 kali ganda lebih tinggi dari seorang ayah. Anak-anak mesti taat kepada ibu terlebih dahulu sebelum daripada taat kepada ayah.
Rasulullah SAW juga memberi tawaran yang tidak diberinya kepada orang lelaki.
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
“Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan taat kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”.
[Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]
Ya Allah… jadikan isteri kami wanita yang solehah. Mereka menjaga solat 5 waktu. Mereka berpuasa pada bulan Ramadhan. Mereka menjaga maruah. Mereka taat kepada kami.
Ya Allah… masukkan isteri kami ke dalam syurgaMu yang paling tinggi dari mana-mana pintu yang mereka kehendaki.
Amin.
#KAB
Mingguan Wanita : Betul tu, bila suami atau anak-anak lupa. Isteri boleh ingat segalanya termasuk keperluan suami dan anak-anak.
Kisah Yusoff Al Qardawi yang disahkan menghidap ADHD dan disleksia dikongsi oleh Datin Seri Nur Shahida. Ketahui cabaran sebenar membesarkan anak istimewa serta perkembangan positif selepas terapi.