datang jumpa doktor

Faham tengah sakit tetapi kalau boleh bila datang jumpa doktor, pesakit kenalah bantu mudahkan urusan orang yang nak merawat penyakit. In shaa Allah, cepat je nanti selesai.

Mungkin ada yang masih tak tahu apa yang patut dibuat setiap kali nak ke hospital atau klinik, jadi sila hadam pesanan Doktor Khairul Faizie ini ya.

Tips Ringkas Sebelum Jumpa Doktor

1) Kalau anda tahu anda perlu ambil suntikan atau perlu ambil darah, maka jangan pakai baju lengan panjang yang ketat lengannya atau susah nak singsing.

2) Kalau anda sakit kaki terutama bahagian lutut, maka pakailah seluar panjang yang longgar utk mudah di singsing seluar tu. Doktor perlu check lutut. Terutama bagi wanita, pakai seluar ya. Kalau pakai kain memang tak logik nak test angkat kaki, bengkok kan kaki tu semua.

3) Kalau bawa anak, terutama yang baby, tak perlu nak pakaikan baju yang complicated. Ambil masa dan menyusahkan doktor dan anak itu sendiri. Nak kena bukak layer by layer baju tu.

Dan logiknya, kalau anak anda demam pun, jangan pakai baju tebal-tebal, nanti haba susah nak hilang.

4) Kalau anda ada ruam yang ingin diperiksa oleh doktor, jangan sapu apa apa atas ruam tu sebelum datang ke klinik. Ada banyak kali pesakit datang dah tertepek inai / sirih / serbuk kunyit dan pelbagai lagi bahan yang u name it diamalkan as petua. Doktor perlu melihat dengan jelas rupa ruam tu, baru dapat buat diagnosis yang betul.

IKLAN

Begitu juga buat wanita, jangan apply make-up atas ruam itu.

5) Kalau anda pening atau sakit kepala, kalau boleh… tolong jangan sapu apa apa minyak seperti minyak cap Kapak atau minyak angin yang kuat bau nya. Bau yang kuat itu boleh ganggu konsentrasi doktor untuk memeriksa. Bilik consultation doktor bukannya luas sangat, bertutup dan ber air cond. So, apa-apa bauan memang akan jadi obvious.

6) Kalau anda sakit perut atau lenguh cramp kaki atau tangan, bila nak jumpa doktor, kalau boleh….tolong jangan sapu minyak gamat, minyak kuda atau whatever minyak pada kawasan abdomen / kaki / tangan tu. Doktor perlu sentuh badan anda semasa pemeriksaan fizikal. Beri kerjasama untuk elakkan tangan doktor melekat minyak tersebut.

7) Kalau anda luka berdarah di kawasan tangan / kaki, jangan ikat guna kain ketat letat di kawasan peha / atas lengan, dengan niat kononnya unutk stop kan perdarahan. ( Do not apply tourniquet) . Ini kerana anda mungkin akan terus hentikan pengaliran darah ke bahagian tersebut dan ini bahaya, tisu boleh mati.

IKLAN

Apa yang perlu dilakukan ialah berikan tekanan secara langsung ( apply direct pressure) ke atas luka tersebut, menggunakan gauze, ataupun kain yg bersih ( dalam kes kecemasan takde gauze). Lepas tu balut luka tersebut. Dan tinggikan anggota yang luka tu ( angkat tangan / kaki). Ini membantu kurangkan perdarahan, tanpa risiko anda block pengaliran darah ( oxygen) ke kawasan cedera.

8. Sambungan perkara nombor 7, jangan tabur serbuk kopi kononnya untuk hentikan perdarahan. Anda mencemarkan luka berdarah anda, dan tinggikan risiko jangkitan. Dan amat amat payah bagi doktor dan team untuk bersihkan luka anda yang penuh dengan serbuk kopi! Ini aku dah beberapa kali alami.

Apa yang perlu anda buat, ikut tips dalam isu no. 7 tu.

IKLAN

9) Kalau anda sedang sakit tekak yg teruk, contohnya anda biasa kena Tonsilitis, jangan kemam lozenges / gula-gula masa menunggu giliran jumpa doktor. Kalau tengah kemam, cepat2 kunyah dan telan atau buang lozenges tu. Sebab banyak kali terjadi bila doktor nak check tekak, pesakit tengah mengulum lozenges / gula-gula. Dah satu kerja nak tunggu buang / alihkan dulu lozenges tu.

10) Kalau anda ada masalah pada kulit kepala (ruam / bisul / bengkak/ etc), dan anda bertudung, kalau boleh….tolong jangan pakai kain tudung yang complicated ya utk di buka. Maksud aku, lilit tudung yang entah berapa kali lilit, dan di pin kan dengan 3- 4 posisi brooch. Nanti menyusahkan doktor dan anda sendiri untuk buka tudung tu.

Kalau Pesakit Jenis Berniqab?

Begitu juga yang berniqab, kalau anda memang tahu anda tak boleh bukak niqab di hadapan doktor lelaki, maka please jumpa doktor perempuan. Pernah terjadi beberapa kali, pesakit yang berniqab mengadu sakit tekak / ada masalah dalam mulut, bila aku nak periksa, tak boleh sebab ada niqab. Aku tak akan short cut / assume penyakit, aku jenis yang perlu pasti, perlu buat pemeriksaan fizikal. So tanpa pemeriksaan fizikal, tak dapat buat diagnosis, tak dapat diagnosed, so tak dapat lah bagi rawatan.

Namun ada je yang berniqab yang lebih terbuka, tak kisah untuk buka niqab bila diperlukan.

NOTA TAMBAHAN:

Dalam keadaan bukan kecemasan, kalau anda tahu bahawa anda perlu buat pemeriksaan doktor melibatkan kawasan ketiak atau kawasan kemaluan / ari ari, sebaiknya sila cukur dahulu segala bulu yang ada di situ.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI